Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Monday, 7 July 2014

happy birthday qis

5 julai 2014.. genap la qistina 6 tahun.. heehehe.. besar dah kan anak ibu ayah ni.. memang setiap kali hari lahir anak-anak, ibu dah janji ngan diri ibu, nak buat kan kek untuk makan-makan kat rumah dua-dua atuk.. dengan rumah pengasuh memandangkan dah 6 tahun akak tu tolong jaga anak-anak. tak tahu la camana nak jadi kalau tiba-tiba akak tu nak pindah ke.. apa-apa la kan. huhu..

eh.. cerita pasal pengasuh qis pulak yer.. hehe..

minggu lepas dah sambut besday qis kat rumah atuk seremban.. so, minggu ni buat kat rumah atuk bukit mahkota pulak... ibu tak buat deko berat-berat sebab bulan puasa memang ibu ni akan jadi pemalas yang amat. huhu.. nasibla birthday kita semua kene bulan puasa tahun ni. hehehe.. itu pun, tak tahu sapa ada kat rumah mak tu.. hmmm... macam minggu lepas, lepas buat kek, budak-budak ni sibuk nak makan.. huhu.. tapi Alhamdulillah Berjaya sampai ke bukit mahkota .. sampai sana pun sibuk juga nak makan.. so, 7 lebih dah potong.. ingat nak potong lepas buka.. sabar aja la.


Arina Qistina.
Selamat hari lahir sayang. ibu ayah diakan qis Berjaya dunia akhirat. semoga qis jadi anak solehah...

mak masak nasi minyak. konon-konon macam sambut besday qis la..

Thursday, 3 July 2014

32 tahun

1 julai 2014

genap la umur 32 tahun. alhamadulillah.... semakin dekat dengan kematian (seram sejuk kalau mengingatkan ni.. entahkan cukup entahkan tidak amalan di dunia ini)..

apa pun, syukur Allah kerana masih beri peluang kepada hambaNya ini untuk memperbaikinya lagi di masa akan datang.. terima kasih kepada kawan-kawan dan keluarga yang mengingati diri ini.. rasa diri tak keseorangan bila rama yang wish birthday.. tq all..

dan semestinya orang kesayanganku.. suamiku yang menjadikan 1 julai setiap tahun sepanjang kita berkenalan adalah yang terindah.. ucapan happy  birthday sepanjang hari 1 julai juga membuatkan saya sentiasa tersenyum... terima kasih hadiah yang abang bagi.. love u abang.. terima kasih belanja buka puasa haritu.. hehe.. walaupon tak dapat nak romantic-romantic sebab budak kecik berdua dah mula meragam.. diorang kan biasa kalau balik dari rumah pengasuh terus balik rumah sendiri.. pastu dapat main2 sekejap sebelum makan.. ni, bila tak dapat main, macam-macam la ragam dia.. adoila. memang menduga emosi kemarahan di kala bulan pose yang mulia ni..



anyway, thanks abang atas hadiah.. gambar makan-makan tak dapat nak snap.. maklumla kelam kabut..

*xdela buat kek sendiri untuk harijadi sendiri.. hehehe

Monday, 30 June 2014

alhamdulillah

setelah hampir 3 minggu, akhirnya ibu mertua dapat keluar hospital (26/6/14).. Alhamdulillah.. kalau tengok keadaan masa ibu dalam wad, doc pon cakap minimum duduk dalam wad 6 minggu sebab kena masuk antibiotic directly.. tak boleh pakai ubat telan.. tapi ibu dapat recover cepat.. kuasa Allah.. begitulah doa anak-anak soleh dan solehah.. (huhu.. aku je menantu hantu di situ.. rasa diri ni kerdil).. ayat-ayat quran memang membasahi bibir diorang.. Alhamdulillah..

gambar setelah keluar dari HDW (ward kedua serius selepas ICU). ni anak sulung perempuan family abang.... tak sanggu nak letak gambar masa tengah tenat..

so, sabtu lepas.. diorang adik beradik buat la makan-makan.. tak panggil sapa pun, cuma adik beradik je.. tapi aku sampai lambat sket. sebab abang kerja malam.. so, lepas abang bangun tido baru leh gerak.. sementara tu, boleh la aku buatkan makanan sikit-sikit. aku buat puff daging je.. ingat nak buat tart telur tapi macam tak sempat..

saambil-sambil tu selit sambutan qis birthday yang ke-6.. besar dah anak ayah ibu ni kan.. hehe.. so, semakin besar anak, semakin tua pulak rasa diri ni.. dapat buat kek princess untuk qis. dah setahun lebih qis mintak.. tapi baru tahun ni dapat buat.. sapa ingat lagi entry aku sebelum ni... (cuba klik sini).. dari tahun lepas qis minta.. hehe.. tapi tahun lepas ibu letak edible image je.. gambar princess. puas hati dengan kerja tangan sendiri tapi rambut princess tu kene touch up dulu kot sebelum pacak kat kek.. ok.. next time yer qis.. hehehe..

masa tengah buat tu, sibuk je qis

qis: ni kek sapa ibu
ibu: ni kek kawan ibu la.. jap lagi ibu nak bagi dia
qis: ala...
ibu: qis nak kek macam ni ke
qis: nak.. nanti bila besday adik, ibu buat macam ni yer ibu.. please.. please.. please.. (bukan main banyak lagi please dia)
ibu: ok (sambil tahan gelak sebab ni memang kek dia)
 
sementara tu, yang kecik tu pon sibuk pulak nak potong kek.. nak makan time tu jugak.. hadoi.. selama ni ibu buat kek, takde pon nak kesah.. huhu

bergambar kat rumah sebelum bawa seremban

bunga-bunga dah jatuh letak dalam kereta..comot.. rambut tu memang tak puas hati..

qis potong kek disaksikan sepupu-sepupu

smile qis.. smile
adik sibuk nangis nak pisau.. spoil betul




#nicumadiarielektronikku
#sapataksukabacajanganbaca
#akunakbaca2ke3tahunakandatang
#naksuruhanakanakbacabiladiorangdahbesarnanti