Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Monday, 28 September 2015

semoga roh mereka dicucuri rahmat


14/9/2015
tragedi kren runtuk di mekah

24/9/2015
tragedi rempuhan di mina

besar sungguh ujian jemaah haji tahun ni.. apa pon semoga mereka semua dan yang ditinggalkan redha dengan ketentuan Allah..

Allahu
memang sangat-sangat terkejut dengan semua kejadian yang terjadi.. hanya mampu berdoa dari jauh.. teringat diri sendiri yang akan pergi bertemu Ilahi dalam keadaan apa nanti... tak mampu terfikir dek akal.. semoga kita semua dijauhkan dari sebarang keaiban..

rancangan umrah kami
hmmm.. rancangannya.. sepatutnya tahun ini sepatutnya kami ke tanah suci untuk menunaikan umrah.. ni la satu-satunya tempat yang aku teriiiigin sangat nak pergi.. tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.. rancangan tahun ni masih tak dapat diteruskan seperti tahun lepas..

muhasabah diri
mungkin Allah belum menjemputku dan suami kerana masih ada yang perlu kami perbaiki.. semoga dapat la kami ke rumah Mu ya Allah..

Monday, 24 August 2015

sambutan raya 2015 di ofis

tahun ni tahun pertama raya di ofis baru.. start pindah november 2014 lepas..

sesungguhnya rindu midveli di kala stress..

14.8.2015
eh.. sori.. ni cerita raya... hhehehe.. sebenarnya tak ada apa nak diceritakan.. sebab tahun-tahun sebelum ni, di ofis lama, ada gerai yang perlu setiap unit buat.. tapi tahun ni takde pulak.. tempat yang disediakan pon tak berapa menarik sebab ada dua side yang berlainan.. jadi macam kami terbahagia dua pulak untuk satu cawangan..

ok la kan daripada takde

dapat la bergambar bersama kawan-kawan opis dan pengarah.. dapat makan.. hahaha..


Monday, 27 July 2015

selamat hari raya 2015

alhamdulillah..

selesai menjalani ibadah berpuasa selama sebulan.. semoga masih ada jodoh lagi untuk bertemu ramadhan 2016.. alhamdulillah juga sebab tahun ni qistina berpuasa penuh.. mulanya rasa macam tak yakin qis boleh puasa penuh.. tapi dia berjaya juga akhirnya. alhamdulillah.. cuma bila dah pukul5 lebih, dia dah start merengek sebab lapar katanya.. sebab dah dekat sangat time maghrib, suruh jugak la dia paksa sebab dia nampak nak makan sebab nampak adik makan dan nampak cergas lagi... risau juga bila fikir.. tapi still pantau la dia.. huhu..

so
tahun ni.. malam raya tido rumah mak.. lepas semayang raya, balik seremban.. ingat nak balik johor dulu tapi sebab abah kata nak balik esoknya jadi kami balik la seremban dulu.. budak-budak macam biasa la happy bukan main sebab dapat balik rumah wan cu (adik mak mertua yang bongsu).. suka duduk kampung.. malam-malam dapat main bunga api.. cuma risau diorang ni makan tak berjaga.. suruh makan tak nak.. main aja kerjanya..

tahun ni juga telah berjaya buat baju raya sendiri..

alhamdulillah..
harap masih panjang umurku untuk ramadhan akan datang..

okeylah.. tengok gambar je la.. penat menaip..

*gambar adalah tidak mengikut turutan