yeahhh.. hari yang ditunggu muncul jua.. lama meunggu masa untuk bercuti ni. walaupon serba salah nak minta cuti dengan bos sebab keje yang banyak.. tapi rasa dah tak larat sangat... kene bercuti juga..
cuti bermula 19/9/2015 dan berakhir 23/9/2015
tema cuti kalini.. cari pantai.. memang tak booking apa2 hotel setakat ni.. main redah aja.. dah tanya pada abang.. ok ke buat macam ni.. cuti sekolah ni.. kalau takde.. camana.. tapi abang kata takpela.. kita try.. hehe.. memang best.. thrill.. so i follow je la..
19/9/2015
pagi-pagi bangun.. macam nak pergi keje tu.. mandi semua.. masukkan beg2 dalam kereta.. bila dah siap.. baru kejut budak-budak bangun.. tak payah mandi.. terus je masuk kereta.. malam tu, memang suh diorang tido lambat2.. haha.. tektik takmo diorang bising dalam perjalanan.. kalau diorang ngantuk, nanti diorang tido je.. heheehe.. kitorang pon tak bagitau budak2 kita nak pergi mana.. so takdela sibuk diorang asyik bertanya je.. hehehe..macam yang dirancang.. masuk kereta budak2 sambung tido.. amanla perjalanan sampai R&R temerloh..
sampai kuantan.. terus cari makanan.. lepas tu cari hotel.. cadangnya terus nak redah hyatt.. tapi tutup pulak.. renovate katanya.. jadi kami teruskan perjalanan.. cari hotel lain.. banyak jugak la berenti.. qis kata dia kira dah 9hotel ayah berenti..hehe.. sampai si ayah dah susah hati.. dari kuantan sampailah cherating.. tak jumpa juga.. dah pesan pada cik abang sayang tu.. tak payahla cari hotel grand2.. sure penuh punya.. sebab cuti skola ni.. dia takmo dengar jugak.. akhirnya.. terpaksa mengalah .. so kami berenti la kat area cherating yang ada banyak resort2 kecik.. mula2 berenti tu ada kosong.. tapi abang mintak tengok dulu keadaan bilik (cik abangku ini memang cerewet sikit.. hehehe).. bila tengok, dia tak berkenan.. so kami cari lagi sampai la jumpa astana beach resort cherating.. ok la tempat tu.. memang la tak grand.. tapi pada aku kalau dapat dua katil besar tu dah ok la daripada duk hotel mahal pastu dapat satu je katil..sebab kalau cuti.. kita bkn duk kat hotel sgt.. banyak keluar.. rugi bayar hotel mahal2... hehehe..
20/9/2015
teruskan perjalanan ke terengganu.. yang ni abang dah booking tempat tido.. resort kecik tapi ni yang paling aku suka sebab dapat berendam dalam air lama..
sebelum sampai.. singgah jap kat dungun.. rumah adik ipar.. dapat makan nasi dagang yang amat best.. memang makan tak toleh kiri kanan la.. lepas zohor baru gerak ke marang.. lepas je check in kat angulia beach resort.. terus geram nak ke pantai.. waktu tu panas lagi..so, termennug je la tengok pantai.. oooohh damainya.. dah petang.. cepat2 tukar 'uniform' terjun dalam air.. sangat best pantainya.. cuma tiba2 datang obor-obor.. haish.. tak dapat berendam lama-lama.. terus je kitorang naik.. tapi nasib dah lama jugak la masuk air..
21/9/2015..
pagi2 bangun tido je terus ke pantai.. memang puas sangat2 berendam.. hhehe.. lepas tu gerak balik ke Dungun.. tido semalam kat rumah adik ipar malam tu.. sebelum tu pergi bandar kaytee dulu.. singgah kedai payang la.. semenjak reti menjahit ni.. suka beno shopping kain.. haisk.. melayang-layang duitku.. tapi puas hati dapat dhopinh kain.. hahahahaaa...malang tak berbau.. lepas makan.. ajak budak2 main.. masa nak balik terlanggar pokok pulak.. ingat lepas tyu nak singgah tempat lain pulak.. tapi mood dah ke laut.. terus balik dungun.. tido.. hahaha..
bersambung....
Pages
Wanita…
Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan
Thursday, 1 October 2015
Wednesday, 30 September 2015
iskandar starting to school
sebelum jalan-jalan cuti, so 17hb.. kami decide nak turun tengok sekolah iskandar.. penat kami tunggu dia cakap nak sekolah.. akhirnya setelah nak dekat setahun.. sikecik cakap nak sekolah.. tu pon asyik berubah ubah je cakap dia.. sekejap nak.. sekejap tak nak. tapi ok la dari sebelum ni memang langsung tak nak.. so, lepas je dia cakap dia nak skolah.. terus je kami ke sekolah untuk daftar walopon belum mula tahun baru..
sebenarnya,
sebelum daftar, kami dah buat survey.. mulanya nk sekolah kan budak iskandar ni kat little caliph or mana mana tadika yang berasaskan Islam.. tapi kami dah kaji dari semua aspek.. lokasi.. keadaan jem.. cara penghantaran dia kat skolah.. semuanya nampak nya susah untuk kami realisasikan harapan kami.. jadi kami terpaksa juga hantar ke smart reader tempat skolah qis sebelum ni. dan untuk pembelajaran jawi.. kenala ajar sendiri.. macam yang kami buat pada qis.. cuma untuk qis, kami terpaksa buat fast treck.. sbb kami pon tak tahu pembelajaran darjah satu sekrang betul2 mencabar.. so, untuk iskandar kami boleh la buat slow2..
perasaan
memang rasa amat syahdu bila si kecik dah skolah ni.. rasa sekejap je masa berlalu.. tapi apakan daya.. sayang anak tinggal-tinggalkan.. (tinggalkan dia kat skolah).. semoga semuanya baik-baik aja nanti.
gambar adalah semasa testing2 baju sekola dan pendaftaran:
sebenarnya,
sebelum daftar, kami dah buat survey.. mulanya nk sekolah kan budak iskandar ni kat little caliph or mana mana tadika yang berasaskan Islam.. tapi kami dah kaji dari semua aspek.. lokasi.. keadaan jem.. cara penghantaran dia kat skolah.. semuanya nampak nya susah untuk kami realisasikan harapan kami.. jadi kami terpaksa juga hantar ke smart reader tempat skolah qis sebelum ni. dan untuk pembelajaran jawi.. kenala ajar sendiri.. macam yang kami buat pada qis.. cuma untuk qis, kami terpaksa buat fast treck.. sbb kami pon tak tahu pembelajaran darjah satu sekrang betul2 mencabar.. so, untuk iskandar kami boleh la buat slow2..
perasaan
memang rasa amat syahdu bila si kecik dah skolah ni.. rasa sekejap je masa berlalu.. tapi apakan daya.. sayang anak tinggal-tinggalkan.. (tinggalkan dia kat skolah).. semoga semuanya baik-baik aja nanti.
gambar adalah semasa testing2 baju sekola dan pendaftaran:
Monday, 28 September 2015
semoga roh mereka dicucuri rahmat
14/9/2015
tragedi kren runtuk di mekah
24/9/2015
tragedi rempuhan di mina
besar sungguh ujian jemaah haji tahun ni.. apa pon semoga mereka semua dan yang ditinggalkan redha dengan ketentuan Allah..
Allahu
memang sangat-sangat terkejut dengan semua kejadian yang terjadi.. hanya mampu berdoa dari jauh.. teringat diri sendiri yang akan pergi bertemu Ilahi dalam keadaan apa nanti... tak mampu terfikir dek akal.. semoga kita semua dijauhkan dari sebarang keaiban..
rancangan umrah kami
hmmm.. rancangannya.. sepatutnya tahun ini sepatutnya kami ke tanah suci untuk menunaikan umrah.. ni la satu-satunya tempat yang aku teriiiigin sangat nak pergi.. tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.. rancangan tahun ni masih tak dapat diteruskan seperti tahun lepas..
muhasabah diri
mungkin Allah belum menjemputku dan suami kerana masih ada yang perlu kami perbaiki.. semoga dapat la kami ke rumah Mu ya Allah..
Subscribe to:
Posts (Atom)























