Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Tuesday, 26 January 2016

dapat pink form

setelah 4 tahun di cawangan sekarang..

akhirnya 19/1/2016.. dapat pink form.. naik pangkat sekali.. siap naik pentas kau.. huhu.. bila petang.. ambil pink form.. dapat masuk BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT. hambek kau.. tak atau nak gembira ke sedih.. kita tengok nanti camana..

tahniah kepada kawan2 semua yang sama-sama naik pangkat.. semoha sakses di tempat baru.

aku?
sedih.
sabar ye umi


Friday, 22 January 2016

gigi ku sakit lagi

8/1/2016

sakit gigi.. pergi klinik.. dapat mc.. tapi tak boleh cabut lagi sebab gusi tengah bengkak

15/1/2016

minggu lepas dah buat appointment.. so kene cabut juga walopon gigi tak sakit. sebab nanti dia akan sakit balik juga. so tabah ajala.. yang cabut doc perempuan.. risau juga sebab takut dia tak kuat nak tarik gigi bongsu aku ni kan. tapi alhamdulillah dia berjaya... ye la. dia kan doc. mesti ada teknik-teknik dia kan walopon gigi tu susah nak tarik. huhu. agak lama.. tapi akhirnya berjaya.. masa cabut tak rasa apa sangat sebab kan kene bius..

selesai cabut.. doc bagi ubat tahan sakit. antibiotik.. dan mc dua hari.. what?? dua hari..alahai.. ruginya.. patut datang semalam.. dapat cuti free kamis jumaat.. huhu.. esok sabtu.. memang cuti.. huhu..

balik rumah.. kepala dah weng.. dahla abang demam.. so kene kuatkan diri juga untuk budak-budak.. abang demam terukjuga kalini.. huhu.. tak pernah dia demam teruk camtu.. memang risau sgt.. tapi rasa sakit tu mengurangkan sikit rasa risau tu.. huhu.. dah tengah hari.. semakin berdenyut2 gigi.. darah pulak tak berenti.. mulut dah tak boleh nak buka.. sakitnya.. huhu.. dah makan ubat tahan sakit pon sama..

2-3 hari jugak la sakitnya.. nangis..



Tuesday, 1 December 2015

belajar solat

sesi sekolah dah habis.. teringat qis belum lagi ajak dia solat sama.

sebelum ni ada la buat research sikit-sikit.. macam mana nak ajak budak kecik ni solat. ye la kan.. kena la ajar dari kecik.. nabi pon suruh ajar anak solat bermula umur 7 tahun.. dah 10 tahun nanti kalau malas jugak.. rotankan (rotan bukan rotan teruk-teruk.. Islam tak bagi.. rotan hanya untuk pengajaran)..

sepatutnya, dia masuk tujuh tahun dah ajak solat.. maksudnya masa 5/7 la kan.. tapi tak tahu la.. rasa berbelah bagi.. rasa macam tak cukup kekuatan nak ajak dia solat sama.. maklum la diri ni kan agak baran jugak kan. so aku takde la ajak.. walaupon diri rasa sangat bersalah masa tu.. tapi entahla tak boleh nak mula. tak tau nak mula camana..

rasanya cuti sekolah ni la waktu yang paling sesuai nak mulakan..

alhamdulillah.. bila cakap dengan qis, qis kata nak.. (dengan mata bersinar teruja).. ya Allah.. hanya ENGKAU tahu betapa rasa nya masa tu.. sebenarnya masa sebelum cakap dengan qis tu, rasa risau. risau diakata malas la apala kan dengan segala bagai alasan.. tapi ya Allah.. alhamdulillah.. semuanya dipermudahkan.. takut tiba-tiba ibu jadi singa bila qis bagi alasan.. cakap dengan qis, lepas ni kene solat penuh tau.. 5 waktu.. dan dia pon ok juga..

cakap lagi.. nanti rumah mak solat juga tau bagitau la mak.. dan dia kata ok juga.. ya Allah.. memang rasa lega.. esoknya bila tanya.. solat tak rumah mak.. dia kata tak.. haish budak kecik ni.. kenapa tak.. (nasib fikiran masih waras.. tanya dulu kenapa kan).. dia kata sebab malu.. laaa.. nak malu kenapa.. cakap je la.. hehe.. lepas tu kami pon apa lagi.. bagitau la mak dia.. danlepas tu alhamdulillah.. semua nya berjalan lancar.

semoga istiqomah sayang

testing telekung baru.. adik pon menyibuk nak amek gambar jugak


- bila ingat balik.. bagus juga ajak dia solat masa hujung tahun sebab sepanjang darjah satu, memang dia ada belajar pasal solat kat sekolah.. so, memang senang. ajar pon sikit2 aja. -

- semoga iskandar pon senang -

test telekung ibu buat pulak