takde apa yang nak kuceritakan pasal raya kali ini. sebab cuma beraya 3 hari je. jumaat sabtu dan ahad. isnin dah memulakan kerja seperti biasa. kerja yang begitu membosankan hati dan sanubari ku ini. bagaimanapun, aku harus pasrah menerima semua ketentuan dari ALLAH.. abang pula tak dapat bercuti kali ini. tapi macam biasalah. dia sedaya upaya melarikan diri untuk beraya dikampung halaman nya. pada aku, aku tak kesah sebab mak abah n adik2 ada kat kampung, sememangnya aku tak berapa suka duduk dekat kampung itu untuk satu jangka masa yang lama. kalau sekejap, takde masalah bagiku. aku pon tak tahu kenapa. memang perasaan tu ada sejak dari dulu lagi.
raya kali ni, kami memilih tema kaler hijau lumut. semua sama je. dari ibu, ayah dan qistina bucuk. semua hijau plane. malas aku nak mencari naju yang ada corak2. mungkin tahun depan la kot. kalau panjang umurku. huhu. macam biasa, raya pertama aku akan beraya kat kampung n beraya kat umah sedara mara abang. yang paling best qistina la kan. mengutip duit raya. kalau orang tak bagi duit. mesti dia tak mo salam ngan orang tu. kurang hasam betul. buat malu je. huhu. tapi nak wat camana. budak kecik. nanti dah besar, harapanku, paham la dia. malam tu perut aku masuk angin. eh. ke angin tak mo keluar. dengan batuk yang tak tertahan. sampai je umah. aku terus masuk bilik. terlantar atas katil selepas selesai mandi n solat isyak n kemas2 apa yang patut. terpaksalah abang menguruskan si kecik walaupon tak lama lepas tu aku trekejut dari lena sebab mendengar jeritan si kecik tu. bagi kat aku pon takde guna sebab dia tetap mahukan ayahnya. huhu.
pastu, raya kedua, seperti biasa juga, aku akan balik pagoh. balik kampung aku pulak. tak pergi banyak tenpat sebab mis communication pulak ngan pakcik makcik aku. banyak duk umah. mmm.. aku tak kesah la. janji dapat jumpa sebab diorang semua ada kat umah arwah atuk n nenek. cuma nak pergi beraya je tak dapat nak join. dah petang. aku tak nak tunggu sampai malam sebab kesihatan tak mengizinkan. kalau malam, batuk aku bertambah teruknya. huhu. pulak tu masa nak masuk n keluar tol pagoh, jalan jem. adoila. timbalan Pm pulak buat umah terbuka kat pagoh. memang sesak la pagoh yang memang tak vberapa nak sesak tu. sabar je la.
(kenapa ayat aku macam bagus je ni)
tetiba teringat zaman kecik2 dulu. kalau raya mesti abah duduk lama2 kat kammpung sampai la aku rasa agak .... tak tahula apa nak cakap (agaknya sebab tu la aku jadi tak suka nak duk kampung lama) kalau cuti sekolah 2 minggu, jawabnya dua minggu la kitorang terperuk kat kg. lepas tu sekejap kg mak sekajap kg abah. arghhh.. aku pening. (masa tu arwah atuk nenek semua ada lagi).. dengan keadaan rumah yang penuh sesak. pastu yang paling aku tak suka kalau pakcik aku sorang tu menyakat. aku tak kesah kalau orang nak menyakat. tapi kalau dia menyakat, terasa sehingga kedalam kalbu yang paling dalam ni (ceh kalbu tu). pastu ada sorang sepupu aku tu jugak. huhu... entahla. aku ni perasa ke orangnya. agaknya kot. cuma kalau aku terasa memang jarang orang akan dapat tahu sebab aku rasa muka aku muka takde perasaan kot.
tapi yang paling best kalau raya dulu2 mesti ada orang berlawan meriam (meriam ke?? lupalah aku) buluh... kalau sebelah sini bum mesti ada orang lawan bum sebelah sana. he. tapi pada aku bunyinya tak mengejutkan macam bunyi mercun zaman sekarang atau aku yang hilang ingatan.
raya dulu2 jugak. aku rajin nak tolong mak buat kuih raya especially kuih tart, biskut kacang mazola n biskut2 lain kalau lebih rajin... hehe. sekrang. haram. nak belikueh pon malas. hahaha... sebab sepanjang aku berumah tangga ni memang takde orang beraya kat rumah. so, memang tahun ni aku langsung tak beli kueh untuk diletakkan kat rumah. hanya untuk mak aku, mak mertua dan pengasuh sikecik bucuk aku tu.
paling meriah kalau ada aktiviti kejar mengejar ayam untuk disembelih buat hidangan raya. aku tukang tengok je la sebab aku pompuan. biasanya adik2 aku ngan sepupu2 lelaki aku akan menjadi pengejar setia ayam2 tu. hehe.. kesian ayam. penat menyelamatkan diri dari dijadikan sajian kami. aku akan menengok dari atas dan kalau rajin, bitau diorang kat mana ayam2 tu menyembunyikan diri. biasanya aku malas. aku tengok je. hehe...
kalau arwah nenek belah ayah ada lagi, mesti dia yang bagi duit raya paling banyak kat aku. huhu...
entahla. memang lain la raya dulu dan sekrang. masa kecik2 masa sekolah rendah, satu kampung mak aku akan berjalan raya. tak tahulah m ana datang kekuatan berjalan tu. memang muka tak malu la pergi datang umah orang. bagi salam. makan2, minum2 pastu balik. paling best kalau dapat duit raya. dulu 10 sen 20 sen tu dah suka la sgt. budak2 sekarang, jangan harap. minimum pon 2 hengget. duet aku jugak yang melayang. yang paling banyak kalau ada rumah bagi 50 sen. ada sepupu aku tu sampai pergi banyak kali sebab nak banyak 50 sen. haha. kelakar je kalau ingat. memang tetiap tahun aku akan kene cirit birit kalau raya. memang perut ku begitu sensitif. setakat ni lepas kawen ni, belum kene lagi cirit birit. sebab aku kena jaga diri aku sekarang. dulu ada mak nak jaga. huhu... dah kawen ni malu nak manja2 ngan mak. abang je la tempat ku bermanja.
mmm dah takde apa dh kot nak diceritakan. mungkin akan bersambung kalau ada kisah menarik yang aku ingt. kalau tak teringat. sini jelah cerita ni berkubur. huhu...
wassalam.
Pages
Wanita…
Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan
Tuesday, 21 September 2010
Thursday, 2 September 2010
raya
rabu depan kerja meneropong anak bulan akan dilakukan. huhu... takde persediaan bagi aku. cuma qistina je dah belikan baju. baju aku tengah jahit lagi. tudung belum beli lagi. owh. bila nak setel ni. kueh. memang takde. aku pesan kepek je ngan adik aku. sib baik dia baik nak melayan pesanan aku. cuti, aku tak amek. amek pon sebab takde orang nak jaga si kecik. huhu.. apapon, semuanya berjalan lancar walaupon semangatku hilang entah ke mana
raya
rabu depan kerja meneropong anak bulan akan dilakukan. huhu... takde persediaan bagi aku. cuma qistina je dah belikan baju. baju aku tengah jahit lagi. tudung belum beli lagi. owh. bila nak setel ni. kueh. memang takde. aku pesan kepek je ngan adik aku. sib baik dia baik nak melayan pesanan aku. cuti, aku tak amek. amek pon sebab takde orang nak jaga si kecik. huhu.. apapon, semuanya berjalan lancar walaupon semangatku hilang entah ke mana
Subscribe to:
Posts (Atom)