ada orang tu, dia komplen.. katanya ibu dah tak update blog.. ye la... nanti saya update. :( huhu... (kata ku dalam hati).. hehe.. sebenarnya blog ni merupakan bahan untuk aku bercerita tentang anak2 dan juga luahan hati.. huhu.. ye la.. kadang2 kat rumah tak sempat. bila kat rumah. ada je keje nak buat. bila dah siap semua, time tido pulak. esok pagi ulang mende yang sama (macam iklan dalam radio tu).. huhu..
eh.. apa pulak aku merepek ni.. nak cerita hari jumaat aritu.. ya ALLAH.. DIA je yang tahu betapa penatnya. malam tu tak dapat nak tido. badan baby panas sesangt. risau sangat, muntah banyak kali. sebelum tido sekali pastu malam tu dah tido sampai 3 kali. banyak pulak tu. rasa macam tak percaya pulak dia muntah sebanyak tuh. sebab aku rasa susu aku tak la bnanyak. tu la kan. kalau dia dah kenyang tu, maksudnya banyak la. syukur kepadaNYA sahaja...
kalau ikotkan hati, memang aku nak EL je. tapi ada mende nak kene buat. jadi aku pergi jela. keje. sebab pagi tu dia dah kebah sikit. tengah hari, aku mintak kebenaran bos balik awal. huhu... tapi bila balik je. baby ok je. tak panas pon. entah la. anak2 ku ini memang macam tu kot. demam time malam. mungkin dia tahu ibu keje. ye la kan. memang dah dikatakan bahawa ALLAH akan meduga kepada hambaNYA yang mampu aja.
 |
| budak kecik yang asyik nak menepek kat ibu je... |
malam tu, kul 2 pagi baby bangun merengek2 bagi susu resah gelisah. semua serba tak kene. rasa dahi dia dah panas... huhu... terus bangun amek suhu dia. panasnya. dah 38 degree lebih.. bagi makan ubat... muntah.. bagi lagi sikit. ok.. pastu ajak masuk bilik sama jugak resah gelisah.. aku pulak asyik tengok jam je... tik tok tik tok... 330.... tak tido lagi sayangku itu... tengok jam lagi... 430.. huhu.. dah 3 kali muntah ni.. huhu... kul 5 dia mula menangis pulak.. adoi.. apala yang dia rasa sakit kan.. tapi kepala dia dah basah.. berpeluh2.. mungkin kesan ubat dah mula mengesan kan dirinya.... bawak dia keluar.. nangis jugak.. pastu try masuk buai.. nangis lagi... keluarkan balik. dokong jap.. masuk buai balik, baru tido.. aku pon tido jugak... kul 6 aku bangun. huhu.. sejam je dapat tido.. pening kepala ni... cek suhu dah turun skit satu darjah.. ok la walau pon masih panas... cepat2 aku mandi dan solat.. dia bangun lagi.. tapi merengek2 sikit... tapi sempatla aku siapkan diri aku. huhu... masa nak hantar... angkat dia, dia bangun terus duduk dalam stroller macam takde apa2 berlaku. aku cakap dengan dia. sayang tak ngantuk ke?? tido la.. hehe...
si kakak pulak. bawak diri je. biasala ayah takde. tapi malam tu dia sempat cakap ngan aku, teacher suh pakai klip rambut. hehe.. aku tahu.. tu mesti kawan dia nak pakai klip rambut. ye la sayang. nanti ibu beli k.... jumaat tu sebelum balik, aku singgah jap la sinma. beli klip dia.. memang suka la dia.. hehehe.
 |
| tengokla dia sengih tu.. tutup mulut sebab gigi dah tak cantik. huhu... |
masa amik baby, dia ok je.. aku lega. takpelah. tak yah la g keje. teman kan dia.. cian dia ye... malam tu dah aktif seperti biasa. 'mengemas' seadanya.... bersama kakak tersayang...
 |
| huhu.. budak berdua ni... |
hati ibu lega.. tapi batuk n selesema masih tak baik.. hope sayang ibu berdua cepat baik ye.