hmmm.. dah berapa hari duduk rumah mak je... sejak jumaat lepas...
kenapa??
hari jumaat pengasuh budak2 mintak cuti katanya nk check-up.. so aku ok ajela.. (
memang dasar pemalas bekerja kan... hahahaha).. petang tu pulak dia call lagi mintak sambung cuti. katanya suspek ada batu karang. huhu... aku pon ok la sebab tengah duk umah mak. last sekali aku pon EL jugak ari isnin 25/3 aritu (
sila rujuk entry sebelum2 ni.kikiki).. pagi isnin tu, akak tu call lagi saspek kanser pulak.. huhu... sedih.. harap semuanya ok dan hasben akak cepat sembuh
 |
masa kenduri adik aku mei 2012 aritu
pakai tudung pepel tu kakak syafika qis.. yang pink itam tu 'mak' qis. yang merah itam tu kak ngah qis. |
dalam kepala aku??
macam mana kalau abang tu terus sakit. takkan nak suruh akak jaga lagi. takkan aku nak hantar budak2 pergi taska. ke kene cari orang lain ke.. perancangan aku nak hantar budak2 sampai diorang sekolah menengah. (huyyooo perancangan tak hengat. hahaha)
aku fobia taska
kenapa
kawan mak aku ada bukak taska.. sebelum ni mak ada tolong dia jagakan taska tu sebab tak cukup orang. walaupon jaga cuma sehari. tapi macam2 mak bawak balik cerita. so, kesimpulannya kau jadi takut.
- budak2 nakal kene duduk dalam buai seharian. kalau bangun kene marah
- diorang mandikan budak2 pakai siram aje. amat menakutkan aku... selalu mandikan budak2 ni pon kalau kene siram kat kepala camtu diorang menangis. huhu
- kalau dah nakal tahap gaban duduk seharian dalam buai tak dibagi makan. sampai nya hati diorang nih
- baby baru lahir pon dimandikan dengan air sejuk je!! sungguh kurang hassam ok!!!
- sampai je taska terus diorang salinkan pampers. walopon pampers tu baru ditukar oleh mak2 sebelum bergerak ke taska. satu pembaziran.. and orang yang berkira macam aku tak suka tu ok.
- entah apa lagi yang aku tak tahu
waaaa.. semoga abang tu cepat sembuh. seminggu ni kami bagilah diorang bercuti. walopon akak tu cakap dah boleh hantar budak2 esok. kesian la pulak. tadi call katanya diorang tido spital malam tadi. budak2 ni dah la nakal. huhu...