Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Monday, 13 January 2014

terasa penat

seminggu lagi emak dan abah balik dari umrah.. terasa lama pulak masa berlalu.. rasa lambat pulak mak dengan abah balik. huhu.. selama ni kalau mak abah ada tak terasa pulak.. huhu.. so, hujung minggu aritu memaksa diri balik jugak rumah mak, kalau ikut turn, time berehat kat rumah... huhu..



so, tu yang terasa penatnya. kene masak. waaaa... :'(
yang tak best nya bajet untuk banyak orang makan lepas tu rupanya takde yang balik. haish.. so, terbuangla nasi dan lauk yang ada.. ahadnya pulak, masak sikit. taak cukup pulak.. eh.. cukupla.. tapi cukup2 ajala.. (kesimpulannya memang aku tak pandai bajet. hahaha) karang tak masak karang kesian pulakkan.. tapi dorang ni makan time berterabur. sarapan masa tengah hari. pastu dah petang baru nak lunch. haish.. malam x makan. patutla kurus kering budak adam tu.. ke, time mak takde ni masa makan diorang dah jadi  berterabur.. tapi nasib baik jugakla kitorang balik aritu, kalau tak tinggal adam dengan maya je berdua, dahla diorang tu asyik bergaduh je. tak boleh jumpa. asal jumpa gaduh.. asal gaduh jumpa.. huhu..

eh
apa aku merepek ni.. hahahaha.

in shaa Allah jumaat ni mak abah balik. harap selamat semuanya. huhu..

Monday, 6 January 2014

Happy New Year

hari ni dah 6 jan.. macam2 azam tahun baru yang dibaca dalam fesbuk kan.. aku macam biasala takde azam.. hahahaha.. sebenarnya ada.. hari2 ada azam tapi hari2 tak berapa nak tercapai. adoila... sedihnya.. bermula dengan awal muharam aritu, banyak azam yang ditanamkan.. dan aku sedang berusaha untuk mencapainya.. semoga dengan doa kawan2 dan orang tersayang, aku mampu melaksanakan... eceh.. macam ayat skema lak.. huhuhu..

tahun ni jugak, tengok ramai kawan2 yang dah start hantar anak pergi sekolah.. kekadang macam terasa awal jugak aku kawen.. ke kengkawan yang kawen lambat. huhu.. qis tahun ni dah masuk tahun ke3 bersekolah.. so, kami tak berapa nak excited dengan penghantaran anak ke sekolah. hehehe.. tahun depan dah darjah satu.. darjah 1???!!!.. owh cepatnya masa berlalu.. hope qis dapat membaca tahun ni.. risau sangat sebab budak darjah satu sekarang dah kene buat ayat tak kiralah subjek BM atau BI... kesian budak2 zaman sekarang kan?? seingat aku dulu, aku pandai baca bila nak masuk darjah dua.. sebab tu masa darjah satu, dapat nombor corot.. huhu.. lepas tu, alhamdulillah dapat nombor top 5.. hihi..
gambar ni masa hari terakhir dia dalam kelas 5 tahun. besar dah anak ibu ayah ni kan...
ni hari pertama dia dalam kelas 6 tahun.. tengok kawan baru nangis masuk kelas.. dalam hati, nak pujuk camana ni.. hehehe.. gaya rambut baru menampakkan kebulatan dia.. hehehe

budak kecik ni, tak tau la bila nak hantar sekolah.. manja dia lain macam...
 so, hujung minggu haritu, balik seremban.. macam biasa bawakan sesuatu untuk di makan.. kali ni aku bawa kan cheese kek.. satu adunan. tapi aku rasa banyak gila dapat. huhu.. dah mula risau takut tak habis. tapi alhamdulillah.. dapat habiskan.. happy rasa..

hari ni, mak abah pergi umrah. harap mak abah selamat pergi dan selamat pulang.. huhu.. tiba2 je.. diorang ni bukan nak bagitau awal.. kalau tak, takdelah aku arrange meeting esok.. so, rasa kelam kabut sikit harini sebab bila esok nak meeting banyak menda la nak kena uruskan.. hope sempat buat.. budak adam, setakat ni adi yang jaga.. agak kurang percaya di situ, tapi sapa lagi yang boleh diharapkan.. kalau qis belum sekolah, boleh la.. huhu..

apa lagi nak cerita ye.. huhu.. rasa taadi macam banyak yang nak diceritakan..

Monday, 23 December 2013

cuti di JB

seronoknya bercuti... rasa malas nak bekerja.. kat ofis sekrang ni pon sunyi sangat.. mungkin ramai juga yang becuti kan.. atau... jeng. jeng. jeng.. entah la.. bersangka baik aja la kan.. so, sekrang ni aku tengah mencari mood untuk bekerja..

khamis jumaat lepas tiba-tiba amik cuti. perasaaan malas bekerja amat la kuat.. bila abang kata kalau dia tak dapat cuti minggu ni, dia tak dapat cuti lagi sampai tahun depan jugak membuatkan aku berfikir banyak kali walaupon bercadang nak bawak cuti aku tahun depan je. huhu.. harap urusan tahun depan dipermudahkan dan tak perlu ambil banyak cuti emergency..


so, kali ni dengan drastik pergi bercuti ke JB... ni sebenarnya cadangan bapak mertua. mula-mula ingat nak bawa adik ipar je untuk jagakan budak berdua tu memandangkan kantung duit tak berapa nak penuh. hehehe. tapi adik2 ipar pulak excited cerita kata kitorang nak bawak ibu ayah sekali.. mula2 ayah mertua request nak pergi pulau sibu.. tapi bila survey harga tk mampu.. so, ke JB ajala.. pulau sibu, postpone tahun depan.. kita cari  kat mattafair ke. bolehla dapat murah sikit. huhu.. no shoping and no masuk taman tema mana2. hehehe.. sebab ayah cakap nak berehat..tema percutian hanyalah berehat. makan-makan. 
lunch
dinner
tengok qis tunjuk perasaan tu.. hish.. aidil lak tunjuk perasaan masa orang tengah makan.. sabar ajala


tapi balik semban kali ni tak bawak kuih apa2. maklumlah bila nak cuti kena la siapkan kerja kan.. bila penat, balik rumah pon nak berehat ajala... huhu.. cita-cita nak buat cheese tart pon tak kesampaian lagi ni. hehehe. eh.. melalut cerita lain lak.. hehehe.. so, hari 1st, sampai jb, makan tengah hari, check in.. pastu kuar minum petang.. malam pulak keluar makan malam la kan. mula2 abang kata nak pergi kedai kawan dia. tapi tutup pulak.. tapi ok la makan dekat situ..
breakfirst
budak berdua yang hepi dapat tido hotel
bergambar bersama depan hotel
kami berempat
makan petang.. of course murtabak singapura dan otak2
ayah begitu berselera :)
dinner @ senibong
hari kedua pon sama je.. sarapan.. tengah hari makan piza.. konon2 sambut besday ibu juga 20 disember 2013.. petang makan lagi.. malam makan lagi kat senibong. sedap. sampai ketat perut tak boleh berjalan. penuh dengan makanan.. hehehe... dah lama nak abang datang sini tapi selama ni duk cakap ngan dia stulang. rupanya senibong. hadoi..
breakfirst on last day
hari ketiga lepas sarapan terus balik sebab ayah ada urusan petang tu. nak bincang tarikh kahwin adik ipar dengan bakal besan. hmm.. akhirnya dapat jugak tarikh.. lepas bertekak sana sini.. legala sikit walaupon masa tu raya.. daripada dia nak buat kenduri bulan mac kan. dapat la aku bernafas.. pastu kami setiap family kene sponsor duit jugak.. hmmm.. tu yang tak berapa sedap nak dengar. hehehe.. so, dengan ini, nekad untuk simpan duit untuk budak berdua tu memandangkan kos kenduri tinggi. tak nak menyusahkan orang lain pulak bila anak nak kawen. walaupon, orang yang nak disusahkan tu anak sendiri, tapi ye lah kan.. takut diorang pon baru nak mulakan hidup.. kadang, nilai tu walaupon dikatakan tak banyak tapi kalau duit gaji yang dapat pon cukup2, kesianla nanti.. huhu.. qis and is, InsyaAllah.. korang doakan ibu ayah senang ye.. boleh simpan duit korang banyak-banyak.. duit belajar korang pon ibu ayah dah start simpan sejak korang baby.. hope korang takde hutang untuk belajar nanti.. amin..
bakal pengantin yang nak kawen bulan 3.. muka nampak tak puas hati

tak saabar nak bercuti lagi

huhu.. baru masuk keje nak cuti?? apadaaaa