Tamatla sudah percutian aku untuk kali ni. Tapi sebelum aku cerita pasal cuti aku kali ni, aku sajalah nak say sori. Blog yang lepas tu agak memboringkan. Terutamanya kat abang. Abang memang kan. Tak menyokong saya pon. Eee tarik idung padan muka. Biar panjang macam pinochio. Aku pon tak tahu kenapa excited sangat pasal kenegaraan tu. Abang lain la. Dah selalu didedahkan pasal semua ni. Tu yang abang macam mende ni cerita biasa. He. Kepada yang lain yang tak suka jugak. Sowi.
Hmm dahla. Malas la nak cerita pasal kenegaraan. Nak cerita lain lak. Cerita pasal percutian.
Mula2 ingat nak duk jb sampai 5 hari. Dari isnin sampai jumaat. Tapi jadi 3 hari je. Tapi takpelah. 2 hari lagi jadi percutian kat cameron pulak. He. Tetiba abah aku ajak kitorang gi sana pulak. Aku mula2 rasa macam tak nak ikot sebab penatla jalan jauh2 ni. Aku kalau boleh nak cuti, nak duk umah. Rehat sepuas-puasnya. Ceh. Macam la keje berat kan. Nak rehat puas2. Entah la. Aku rasa makin tak banyak keje. Makin penat aku. Aku penat nak pikir apa aku nak buat. Tapi abang excited sangat nak pergi sebab katanya tak pernah pergi sana lagi. So, bila aku pikir2 balik, ikotje la. Dah alang2 cuti ni kan. Kalau tak ikot, duk umah pon tak best jugak.
Nak dijadikan cerita. Qistina tiba2 ada bintik2 berair kat badan dia. Bila ek? Dalam hari rabu ke khamis. Khamis kot. Sebelum kitorang cuti. Orang kata, mende tu chicken pox. Orang kata jugak, biasanya budak akan demam sekali bila kene mende tu. Tapi qistina tak demam pon. So, aku mengharap je la. Tapi harapan hanya tinggal harapan. Hari jumaat tu makin penuh badan dia dengan bintik2 tu. Nasib baik dia ni kalau sakit tak banyak ragamnya. Dia pon tahu kot mak dia ni jenis yang tak reti nak sabar. Tu yang dia pon baik je. He. Ikotkan hati memang aku nak cuti je. Tapi segan pulak. Dah la minggu sebelum tu dah cuti. Pastu hari tu aku demam. MC. Takpelah. Sehari je lagi. Nasib baik akak yang yang jaga qistina tu ok. Huhu. Kalau tak, susah jugak. Aku tak nak la bawak budak tu ke ofis. Pernah dulu masa kat ofis lama ada kakak tu bawa anak dia yang kene chicken pox datang ofis. Abis jangkit. Sian kat member aku. Hish. Xnak la aku. Tak pasal2 jadi penyebab. Tak semua orang kene penyakit tu masa kecik.
Hari cuti dah makin dekat. Aku makin risau. Huhu. Dah la aku pon memang tak berapa sihat. Batuk je. Terkencing-kencing dibuatnya. Batuk yang takde kahak tu. Ya Allah. Perit sgt. So, ari sabtu tu mak n abah aku datang KL. Tapi aku lak yang takde. Aku balik seremban. Kurang hasam punya anak kan. Tapi aku dah bitau dah. Nak balik tukar kereta je. Takot nak bawak wira ni jalan jauh2. He. Kat seremban qistina mengada2 ngan makcik2 nya. Fuh!! Memang aku nak sangat. Aku punya demam pon tak baik lagi. Kejap baik, kejap tak baik. Pastu, balik KL, qistina ngada2 ngan mak aku lak. Bestnya. Bestnya. Dengan aku pon dia tak nak.
Day 1: Trip to Cameron
Pagi2 lagi dah bangun. Tapi still lagi lambat dari mak aku. Huhu. Aku pon tak tahu kenapa kalau mak ada, aku malas je nak bangun. Patutnya aku la yang kene bangun dulu. Duk pikir. Camana la cameron tu kan. Macam genting ke. Ok ke perjalanan dia. Aku duk membayangkan ok je. Aku pon tak ingat qistina bangun awal ke lambat masa aritu. Dia siap tunggu ibu n ayah dia kat kereta dengan atuk. Tapi yang aku tau, abang tak bangun2. Abang ni memang tau. Abah tu dah la jenis yang menepati masa. Huhu. Dah dua kali jadi macam ni. Abah yang kene tunggu. Kalau kitorang dulu dah lama dah kene marah. Ni sebab dia menantu. Ee abang berlagak la tu. Abah tak marah. Malam tadi tak nak tido cepat. Tengok badminton. Sib baik malaysia menang. Kalau tak, sia2 je stay up tau.
On da way. Qistina tido je. Tapi amat malang. Bila masuk kawasan berliku2 dia dah sedar. Agaknya tak selesa. Huhu. Nak nangis aku dibuatnya. Dalam hati, bila nak sampai. Tekak dah mual. Bila2 masa je boleh keluar. Qistina ni dah merengek je. Dengan badan dia gatal2 agaknya. Bila dia dah ok sket, aku akan tutupkan mata aku. Tapi last2 aku yang kompius. Kene bukak mata ke tutup. Sama je pening dia. Tapi aku tutup jugak sambil menahan loyer di tekak. Akhirnya. Sampai jugak. Wahhh.. sejuknya. Tapi susasana memang lain sangat dari genting. Kat cameron ni macam kampung sket la. Banyak kebun2. Nyaman. Lega sesangat bila dah sampai. Kalau jalan sket lagi ni. Sure aku meluahkan segala isi perut ku. Sampai2 je. Makanan dah ready. Wah. MAKAN. MAKAN. Seronoknya dapat makan. Aku dari semalam tak reti nak makan. Arini baru terasa laparnya. Qistina macam biasa. Asyik nak kat mak aku je. So, aku relax. Best sungguh.
Petang tu. Lepas je abang cukup tido. (Maklumlah driver penat. Sib baik sampai atas baru pening. Kalau dalam kete dah pening. Sapa nak bawak kete. He. Cian abang.) dalam kul5, aku kejutkan abang. Dia jugak yang beria nak pergi tengok ladang strawbery. Bawak qistina dengan adik aku dua orang. Adan n adzmi. Tapi kau paling suka ayat adam ni. ‘kat mesia takde pon strawbery kan’ adzmi pun dengan terpinga2 cakap. ‘ni kat mesia la’ si adam ni dengan bangga nya cakap ‘ni bukan mesia. Ni cameron.’ Hahahaha.. gelak aku dibuatnya. Kesian budak kecik tu. Belum paham lagi kot.
Lepas je balik ladang. Aku pulak dating ngan abang. Qistina macam biasa duk ngan nenek dia. He. Abang siap borak ngan mat saleh. Borak punya borak, mat saleh tu kata diorang holiday for 6 months all over asia. Mak ai. Lama tuh beb. Ni la lagi yang menyebabkan kenegaraan aku bertambah. Tengok mat saleh. Currency duit tinggi. Bawak duit ciput pon boleh merantau lama2. Tapi aku bangga sebab mat saleh tu kata ‘nice to be here’. I’m proud to be malaysian. Wahaha. Speaking la pulak. Masuk hari tu dah 9 hari dia kat cameron. Bilalah currency duit kiter nak tinggi. Jangan jadi macam indonesia dah la.
Dah malam. Tido. Wah sedapnya. Sejuk beb. Qistina lak nyenyak tido. Macam tak sakit. Agaknya cuaca sejuk ni kurang kan gatal dia tak. Tapi dia kesejukan pulak. Asyik nak berkepit ngan aku. Pagi tu kejut bangun pon tak nak. Last2 bawak je dia. Nak bekfes. Kalau tak, lapar.
Day 2: going bact to JB
Perjalanan begitu mencabar bila balik. Jauh tu beb. Dari cameron ke JB tuh. Tapi sebelum gerak, abah cakap nk benti kat kampung je. Kat muar. Abang kata, dia ok. Sebab jb memang teraaaaamat la jauhnya. Tapi. Entah macam mana. Masa kitorang berenti kat RnR Seremban, abah tepon. Cakap terus ke JB. Abang kata dia dah down. Jauh lagi nak sampai. Kesian abang. Tapi aku nak buat camana. Qistina memang kompem nak duk ngan aku je kalau naik kete. Apa pun, thanks to abang sebab sabar mengharungi perjalanan yang panjang. He. Cayang abang.
Day 3, 4 & 5.
Masanya duk kat JB. Takde apa yang menarik pon. Sebab qistina dah mula tak nak ngan orang lain. Asyik nak berkepit ngan aku je. Geram. Kesabaran aku memang tercabar. He. Sib baik mak memang dah tahu perangai aku. Tapi sekarang ni alhamdulillah. Qistina dah beransur pulih. Cuma dia bila malam je gatal2. Kesian. Pastu mula batuk balik. Aritu, dia batuk dulu. Pastu aku kene batuk. Ni dia kene balik. Huhu. Hope dia cepat baik. Penat rupanya jadi seorang ibu ni.
Kesimpulan
Entah la. Percutian kali ni memang mencabar. Mencabar semuanya. Kesabaran aku terutamanya. He. Tapi semuanya telah berakhir. Tunggu bulan 7 ni pulak untuk percutian akan datang. Tak sabar nak bercuti. Cuti raya tak tentu lagi dapat ke tak ni. Tapi yang pasti, aku kene cuti gak. Sebab mesti orang yang jaga qistina nak cuti. Huhu. Sayang cuti aku. Tengokla nanti camana. Mana la tahu kan. Rezki lain pulak ker.
K lah. Tak larat dah nak menaip.
No comments:
Post a Comment
tinggalkan luahan hati di sini