Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Monday, 2 August 2010

ramadhan

nampaknya bulan puasa akan sampai dalam masa terdekat ni. minggu depan jangka NYA. sesungguhnya aku gembira dengan kehadirannya. tapi kali ni, aku rasa takut. takut tak sempat lagi nak ganti puasa yang ada 3 hari lagi ni. aduh. aku sekrang ni cuma menyalahkan diri aku. suka bertangguh. padan muka aku. aku cuma mengharapkan keampunan ALLAH je. harap2 DIA makbulkan doa aku. doa untuk menghabiskan puasa yang aku tinggalkan. siksa rasanya ganti puasa sejak ada anak kecik ni.

pada masa yang sama jugak... aku terpikir. macam mana la keadaan jalan masa balik keje nanti ek? maklum la 1st time berpuasa dari ofis ni. aku harap jalan tak la jem. dan aku rasa, aku tak sanggup untuk mengharungi jem dalam keadaan aku sekrang, keadaan yang sentiasa pening sebab takde keje. bilakah masa ini akan berakhir agaknya. macam mana sambutan raya tahun ni agaknya. abang awal2 dah cakap tahun ni dia tak dapat cuti raya. entahla. aku takde perasaan sgt pon. bagi aku raya sama je. cuma yang lain, pakai baju baru dekat rumah. (jahat kan aku). tapi itulah yang aku rasa. sama je. raya ke tal raya ke. bilalah aku nak berubah. nakberubah menjadi seorang yang sukakan sesuatu yang berbentuk macam ni. kumpul family ramai2. hakikatnya aku tak suka keadaan yang crowded. huhu... semoga ramadhan kali ni memberi kan ruang untuk satu perubahan.

abang aku pulak??
huhu.. sedih tu memang tak leh nak cakap la. makin dekat nak puasa. makin dekat nak raya. makin menjadi2 orang jahat ni buat keje. nak cari duit lebih la katakan. tapi cara nak cari duit tu memang grrrrrrrrrrrr.... tak boleh ke diorang pikir, apa yang diorang buat tu menyusahkan orang lain. menyusahkan banyak pihak. samada yang langsung dan tak langsung. susah sangat ke nak cari keje secara halal. kalau dah tak mampu, buat la cara tak mampu. adoi. kalau keadaan berterusan macam ni. alamt nya. hari2 la aku beli je makanan kat pasar ramadhan nak berbuka. budak kecik tu bukannya bagi ibu dia ni nak masak.

kuih??
tahun ni tak nak la beli kueh. nak beli kerepek je. dan sudah tentu, aku nak mintak adik aku yang tengah belajar kat batu pahat tu belikan. satu je kuih yang aku suka dan memang setiap tahun aku cari. tat gulung. kuih lain, aku tak leh nak makan sangat. setakat sekeping tu boleh la. tapi mak hari tu dah cakap nak buat biskut raya. hmmm... mentang2 la dah duk dekat ngan aku kan. cepat je mak booking aku suh tolong dia. nak harapkan adik pompuan aku yang sorang tu, memang jangan harap la. harapnya aku dapat balik la bulan puasa nanti,

apa lagi nak cakap ek? rasa nya takde dah kot. lepas ni, cerita pasal raya pulak. hihihi

No comments:

Post a Comment

tinggalkan luahan hati di sini