BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
ni la satu sajak guru yang paling aku suka. aku dapat sajak ni masa darjah 6 lagi. tak tahu kenapa hari ni aku nak bercerita pasal cikgu walaupon hari guru dah lama lepas. mungkin sebab seorang cikgu aku tu. tapi nanti sket la aku cerita. kiter mula dari kecik sampaila besar ye. hehehe
masa sekolah rendahyang aku ingat cuma cikgu2 yang mengajar untuk UPSR aku je dan beberapa cikgu lain yang jugak mengajar aku. tapi tak semua la. maklumla. dah 28 aku sekarang ni. nak mengenang peristiwa masa 12 tahun, agak sukar bagi aku. huhu.... cikgu BM, cikgu jawahir. cikgu math, cikgu omar dan cikgu Bi, cikgu vincent. cikgu lain yang aku ingat rasanya cuma ustazah aku ni je. sebab dia garang. ustazah Lijah. hehe. yang paling takot masa dia cek kuku. kalau kuku panjang, mesti kene ketuk dengan pembaris kayu. sakitnya. (aku tak pernah kene kot) hehe. lagi satu yang takot, kalau tak bawak buku or tak buat keje sekolah dia. huhu. mesti kene ketuk ketampi sampai beratus kali. lengoh lutut ni TUHAN je la yang tahu. nak balik jalan kaki ke rumah tu punyalah seksa. huhu. aku pernah kene sekali. tak tahu kenapa lupa sgt nak buat keje dia. sedih ada. malu pon ada. tapi tu pengalaman yang berharga untuk aku.
masa lower formmasa ni, ramai cikgu yang aku ingati. aku sayang semua cikgu sekolah ni. diorang ni memang tersemat dalam hati aku. aku tak tahu kenapa. mungkin diorang la yang banyak mengajar erti kehidupan di dunia ini. 1st time berjauhan dengan mak bapak, tentulah cikgu menjadi mak bapak kiter yang paling dekat. owh. rindunya nak berjumpa dengan cikgu2 semua. kalau dapat, rasa nak peluk je. hehe. tapi cikgu lelaki takkan nak peluk kan??
1) pn. norly....
aku rapat masa aku kene wakil ssekolah untuk kuiz geografi se mrsm. memang hari2 kene ngadap teacher ni. huhu... kene cover semua topik dari tingkatan satu sampai 3. dah la kitorang masa tu baru tingkatan 2. luckily, kitorang dapat nombor 3. so proud rasa masa tu. beza dengan orang yang dapat nombor 2 tu sikit sgt walaupon diorang hantar wakil tingkatan 3. so, sejak hari tu memang rapat la dengan maklong (kitorang satu sekolah panggil dia maklong sebab kitorang mengamalkan warga penyayang. generasi gemilang). sampailah sekarang. tiap raya. aku mesti nak pergi umah maklong. bergantung kepada jadual abang ku la. masa kawen hari tu pon, maklong tolong carikan orang buat kek untuk aku. thanks maklong. memang cantik. thanks jugak sebab hadir kat kenduri saya yang serba kekurangan tu. he,
2) ustaz hamdan
dia ni cikgu agama kelas aku. memang jadi kesayangan semua murid. maklumla cikgu bujang masa tu. muda lak tu. mesti senang nak masuk dengan kitorang terutamanya budak2 lelaki. suka sgt time ustaz mengajar. tak payah nak study balik. mesti dah ingat. tapi bahasa arab, aku memang terpaksa study balik. sebab aku memang bengap sikit kalau bab bahasa ni. lagi pulak, kawan aku selalu ajak aku jumpa ustaz ni nak bitau masalah dia pada ustaz memandangkan ustaz ni cikgu h/r dia. huhu. masa tu aku memang terasa kalau ustaz cikgu h/r aku kan ke best. huhu kepada cikgu h/r aku, teacher siti hajar. sori. bukan saya tak suka cikgu. masa tu saya sgt membenci subjek BI. jadi apa2 yang berkaitan BI memang saya benci sgt. setiap kali habis kelas BI, mesti aku menangis. tak faham. huhu. sedih. tapi takde orang pon tahu. diorang anggap aku ni terer. huhu. apa2 je la. so, lama2 aku baik dengan ustaz aku ni.sekali pandang, muka ustaz ada iras dengan laki den. hehe. cayang abang. (eh. tetiba abang masuk dalam ini cerita lak) :P sejak habis sekolah. memang langsung tak dengar khabar. hari tu buat reunion pon ustaz tak dapat nak datang. memang sgt berharap dapat jumpa ustaz walaupon tak dapat berborak. nasib baik ustaz ada akaun fb. jadi taklah terputus hubungan kami.
3) cikgu sharifah
cikgu memang superb bagi saya. huhu. pasal cikgula saya menulis blog bertajuk cikgu ni tau. semenjak cikgu dapat nombor telefon saya hari tu. setiap event mesti cikgu mesej kat saya. selamat berpuasa. selamat hari merdeka. macam2 la. malu saya. patutnya saya yang wish dulu kat cikgu. huhu. tapi kesibukan alam rumah tangga membuatkan saya lupa semua tu cikgu. maafkan saya. thanks sebab cikgu still ingat kat saya walaupon dah lama kiter tak jumpa. last kiter jumpa masa 2002 kan. masa tu saya pergi umah cikgu masa cuti sem memandangkan mak saya duk jauh masa tu. kesian cikgu terpaksa melayan saya ni. hehe. aku dulu suka sgt dengan matematik. atas faktor tu jugaklah aku rapat ngan cikgu sharifah ni. hehe. aku jugak pernah mengidamkan dia sebagai cikgu h/r aku. tapi takdir menentukan segalanya. cikgu. ilove u so much. miss u. kalau datang KL, bagitau la. kalau dapat jumpa, boleh kiter umpa (bolehkan abang??)
masa upper formaku mintak maaf banyak2 memang tak banyak yang aku ingat. mungkin pengalaman manis masa di lower form membuatkan aku merasakan diriku terlalu terasing di MRSM jasin yang memang gah. aku tak bangga walaupon aku pernah menjadi pelajar di situ suatu ketika dahulu. jahat kah aku?? sori sgt.
masa kat UTMsemestinya cikgu (eh. lecture la.) yang paling aku rapat adalah lecture PSM aku. dr. A. Aziz Saim. huhu. pada aku, dia memang seorang ayah yang paling baik pernah aku jumpa. kalau la abah baik macam dr kan best. hehe... abah tetap abah.
anyway... thanks to all my teachers. semua ilmu yang cikgu bagi memang tak ternilai.
No comments:
Post a Comment
tinggalkan luahan hati di sini