hari ni dah jumaat... seperti biasa, setiap jumaat ada meeting sepanjang pagi. jadi pagi ni aku nak berelax2 sebelum bermeeting dan memikirkan apa yang akan terjadi akan datang walaupon tak dapat nak menyelesaikannya.
kat ofis??
seperti biasa. terlalu banyak politik pejabat. aku mengambil jalan untuk malas memikirkannya. orang suruh buat, aku buat. orang tak suruh aku diam dan aku banyak habiskan masa aku dengan membuat sesuatu yang aku kira best. hahaha... apa mende tu??? access.. best ke?? ok la kan dari takde keje. lagipon aku rasa mende ni perlu untuk kerja aku. untuk kemudahan aku di masa akan datang... :) anak buah pulak?? aku pon malas pikir. lantak kau la. huhu...
terbaru!!!'
baru je diorang ni kelam kabut tanya saya camana buat. apa ni?? mana aku tahu. aku budak baru belajar. baru 2 bulan kat sini yop. apa celop. hahaha... heloooo!!! sapa bos ni.
kat rumah??
huhu.. minggu ni seminggu dah baby demam tapi aku tak mampu nak mencutikan diri sepanjang minggu ni. sori sayang. ibu kene kerja. kalau tak, nanti takde sapa nak buat kerja ibu ni. esok cuti ye sayang. nanti baby cepat baik tau. dah banyak minggu ibu tak berapa tidor malam ni... minggu aritu baby demam. minggu lepas qis pulak asyik batuk2 n muntah. minggu ni baby demam balik.... harap minggu depan semuanya berjalan lancar. ibu teringin nak tido nyenyak. dapat sehari pon cukupla. huhu... (bole ke ibu tido nyenyaari dulu tido tak nyenyak pon.. hahaha)
dalam sibuk2 diorang demam semalam dapt mencuba resepi baru. udang butter!!! best. best. tapi telur nya tak berapa menarik. tak jadi la buat sampai jadi berjala-jala tu. jadi hancur. huhu... takpelah. asalkan rasanya jadi. telur bungkus aku pon jadi semalam. best. best.
hehehe... gambar tak sempat nak amek sebab dah lapau
No comments:
Post a Comment
tinggalkan luahan hati di sini