Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Tuesday, 3 April 2012

tak sekolah

semalam qis tak sekolah lagi.. masa ambil dia dari rumah pengasuh, mak dia cakap, dia nak ibu hantar. adoi la qis sayang. kalau la ibu tak kerja, boleh la ibu hantar. ibu pon lagi suka tengok qis pergi sekolah dan selamat sampai sekolah sendiri. siapkan qis ikut cara ibu tapi bila ibu bekerja ni, ibu terpaksa serahkan semuanya kepada orang. buat masa ni, tentula dengan mak qis...

tapi, kalau ibu tak kerja, boleh ke ibu bawak kereta. entah2 lesen pon ibu takde. semua nak kene mengharap dengan ayah. tapi ibu harap qis akan faham. memang hidup sekarang perlu untuk kami bekerja. semuanya perlukan duit sayang..

haritu, masa ibu kerja jauh, dua hari qis tak sekolah kan. qis memang terlalu ayah manjakan. tapi aku tak salah kan ayah. sebab kalau aku tegas, kenela ayah nya lembut. huhu. kalau tak nanti, bimbang qis cepat memberontak. budak2 sekarang ni lain sikit kan. memang budak2 macam tu ke?? kalau tak nak sekolah, senang2 je cakap tak nak. huhu.. ibu rasa ibu dulu takde pon macam tu sayang. ke ayah macam tu. hehehe... ibu memang pantang sangat orang ponteng. rntahla. mungkin ibu dididik macam tu.


apa pun, ibu harap qis akan memahaminya suatu hari nanti. faham pentingnya menimba ilmu. bukan bermaksud kalau kita pandai, kita dapat kerja bagus. sebab rezeki semua di tangan TUHAN... tapi kita ni manusia kene berusaha. sebab kita tak tahu apa akan jadi masa depan.

eh
kenapa aku berbicara begini......

No comments:

Post a Comment

tinggalkan luahan hati di sini