Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Wednesday, 6 June 2012

sedihnya hati

semalam tak dapat nak ambil gambar budak2 banyak sebab semuanya dah start buat perangai. dan ibu dah mula tensen. terasa lama sangat masa berlalu. yang dapat difikirkan masa tu cuma dapat ke aku bertahan sampai ahad depan ni...

Arina Qistina

Aidil Iskandar



qis
dah mula bercakap sesorang. nangis sesorang.. membebel cakap tak suka ayah kerja lama. adik suka ayah keje sikit je. adik nak ayah... masa aku nak tido kan baby.. aku suh dia diam2 tapi dalam diam2 tu dengar dia nangis sorang2 kat hujung katil. entah apa dia cakap. tapi aku tahu mesti dia cakap nak ayah. rindu ayah.. lepas dah habis meratap... dia turun pulak sambil amek baju bucuk ayah dia... tido kat bawah sebelah aku n baby...

layan mata ke sayang
baby...
semalam pon nanges aja.. aku tak tahu kenapa. kalau qis, tahu sebab dia pandai cakap... dia nagis tak benti. suh makan tak mo.. nak susukan pon tak mo.. last2 aku cuma mampu tengok dia menanges... sambil aku pon menanges jugak... akhirnya air mata ni mengalir juga setelah sekian lama (opsss... menanges sebab tengok tv dikecualikan yer).. lama jugak dia menanges.. bila nampak dia reda sket aku bawak masuk bilik.. susukan lepas tu dia bangun lagi main.. dah 10 lebih... tido pon dia..

aku
lepas baby tido n dah buat susu utnuk si kakak.... aku pon tido sebab dah tak tahan.. kepala dah pening.. dengan rumah tak berkemas.. tapi nasib baik qis dah kemas sikit.. pinggan tak kemas... tapi dah basuh yer.. baju tak lipat.. kain tak basuh... memang tak larat sangat...

owh.. cepat la masa berlalu....

semoga perjalanan hari esok dan seterusnya lebih baik

2 comments:

  1. Sedeyla pulak.. Huhuhu camana ayah nak peegi kursus lain lagi.. Hope qis aidil n ibu dia x demam.. Ayah merindui kalian.. Sabar la ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu.. kalau bole, xmola abang pergi... tapi kalau nak pergi jugak tahun depan yer.. agaknya time tu baby dah besar sikit... bole la nak layan kakak yang beremosional tu...

      Delete

tinggalkan luahan hati di sini