Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Monday, 24 December 2012

macam-macam la

teramat-amat la tak best nya hari ni...


pagi2 je kewangan dah tepon kata hari ni last hantar2 duit ke negeri. aku stress.. duit dari kementerian pon tak dapat lagi. camana aku nak hantar ke negeri. huhu... penat dah jari ni mendail ke kementerian tapi takde sorang pon angkat. last2 aku beranikan diri sms bos dia. huhu.. nak harap bos aku??? huh!!!... nasib baik dia balas. aku tak tahu la apa citer tapi lepas tu anak buah dia call aku. agaknya dia suh anak buah dia balik keje kan. ya Allah... lega satu perkara. nasib juga pengarah mengucapkan terima kasih pada aku yang bersusah payah ni.. terasa terubat jugak la kepenatan yang aku rasa ni...

bos aku??
aku kompiius la.. sejak kebelakangan ni yang aku rasa ok sket aritu dah mula buat perangai. sebelum aku cuti panjang aritu, aku tengok dia buang nama kat pintu bilik dia. aku ingat aku berkhayal... so aku abaikan je la... lepas tu aku bercuti dengan gumbiranya (6/12-12/12). balik cuti, dia takde... kata kengkawan. dia cuti jugak. so, ok la... dengan bestnya aku mengira berapa kali dia masuk meeting pasal belanja cawangan... cuma sekali??!!! huhu.. sekali out of berapa kali banyak nya la...

minggu depannya..
tetiba kementerian pulak panggil meeting 18/12. aku cuak....cari bos tak jumpa2 emel tak jawab. mesej tak jawab.... katanya datang ofis tapi tak nampak batang hidung.. pagi isnin tu 17/12 tetiba ada pompuan cari dia. lorrr... kecoh lagi. agaknya dia menyorok dari pompuan tu dalam bilik kot. sebab bila aku hantar surat untuk sign, surat tu bersign tapi tak dihantar kat meja aku macam biasa. tak bertanya itu ini macam biasa. dia cuma sign dan letak je balik kat tray dia. haish. so terpaksala aku meeting sesoprang. nasib baik ada team lain dan bos lain ikot sekali. huhu.. rasa nak nagis

lepas balik meeting dilaporkan oleh PA pengarah yg bos aku cakap dia g putrajaya. so sume orang ingat dia meeting sekali. eeee sakitnya hati. 19/12/12.. tiba2 pentadbiran kata dia cuti pulak. owh tidak. tahun depan mungkin dia cuti sebulan tanpa gaji. tengah2 genting camni... bole dia cuti... sabar ajala....

lantakla...

hmmm... tu jela... sekadar luahan. sapa2 yang tak paham citer ni abaikan je. hehehe...

2 comments:

  1. hehe umi stress dengan bos ler tu :)
    sabor ye *peace :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mau tak stress... orang tengah sibuk2 dia buat skandal lak... skanal pon gak2 la... jangan sampai cari kat ofis... ofis kerajaan lak tu. buat malu je la.

      Delete

tinggalkan luahan hati di sini