sekarang tengah sibuk pasal cerita sabah dan kerajaan sulu...
macam-macam cerita yang dipolitikkan. aku timas sangat. politik semakin menjadi2. dan aku semakin rimas. semua cerita pada kau memburukkan antara satu sama lain. ish. apa ni!!! yang aku tahu semua pemimpin kita tu orang islam. sebagai orang islam bukan kah kita kene diam kalau dicaci. dicemuh.. teringat cerita Rasulullah S.A.W.. baginda tak pernah melawan balik kalau musuh buat apa2 yang jahat pada baginda. baginda diam. dan kalau mereka ada masalah, baginda akan membantu seikhlas hati...
hmm.. setahu aku
kalau betul pon apa yang dikata merupakan satu fakta. kalau kita bercerita tidakkah ia telah membuka aib orang. kita orang islam kan. orang islam tak boleh nak buka aib orang sesuka hati. dan kalau mende tu salah. lagila dah jatuh kepada memfitnah orang. wallahualam... aku pon kadang2 terlepas. ya Allah... ampunila dosa hambaMu ini.
balik pada cerita sabah tadi,....
setiap kali tengok berita isteri arwah menangis semahunya. aku rasa aku faham sangat perasaan dia. setiap kali tengok mesti aku pon sama menangis. memang tak dapat menahan hiba. tak dapat dibayangkan kalau abang kene ke sana. harapan dan doaku semoga semua ni selesai segera dan abang tak perlu lagi ke sana. aku tahu abang teringin gak nak ke sana kan. sebab tu abang jadi polis. semngat juang tinggi. owh abang. saya tak sanggup. tapi aku pasti. Allah hanya menguji hambaNya yang mampu sahaja.
k lah.. rasa nakb erlinang semula air mata ni.
ya Allah selamatkan la bumi Malaysia ni... jadikan la pemimpin kami pemimpin yang berada di jalanMu ya Allah. bukan pemimpin yang sering menuding jari sahaja...
dalam kesdeihan mencari semangat untuk bekerja... rabu nak outstation pulak tu...
Allahuakbar..
Semoga krisis kat sabah tu segera selesai.. risau juga sebab ade keluarga ipar kat lahad datu & kinarut. semoga semua selamat..sabar ya umi..mesti tak tenteram sekarang..
ReplyDeletetu la liza.. harap semuanya ok kan.
Delete