Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Tuesday, 16 April 2013

sek. keb. sri saujana sri petaling, KL

dapat je borang aku dengan bersemangatnya terus isi.. kikikiki.... siap isi dua borang sebab tak tahu nak letak alamat sendiri ke alamat rumah abah kat bukit jalil. takut nanti kalau letak alamat rumah sendiri sekolah tolak pulak. sebab jauh kot.. kira2 dekat 4kilo jugak beza jauhnya. huhu..


dalam borang tu kata nak
1. surat beranak asal
2. salinan surat beranak
3. salinan ic ibu bapa
4. sampul surat 4'x9' bertingkap
5. setem 60sen
6. pengesahan kakak/abang disekolah sama

lepas mengisi borang.. dengan bersungguh mencari sampul surat. berjalan la satu midveli ni.. pergi care4. pergi aeon. mergi mph semua jual bundle je.. 20 plak tuh.. kalo 10 bole tahan lagi.. ingat lepas tu nak terus pergi pejabat pos beli setem kot2 ada jual sampul surat sekali.. tapi dah penat sangat (aku memang jenis tak larat berjalan lama2) terus naik ofis balik... pencariann  sampul surat diteruskan kepada rakan2 tapi hampa. huhu...

15/4/2013
pergilah kami ke sekolah hari tu... masuk2 je tengok mamat hari tu lagi yang jaga kaunter. hadoiyai.. cek punya cek setem tertinggal.. hadoi.. seram rasanya. takut abang marah.. aku memang lupa sangat. lepas balik ofis tu memang tak hengat la nak cari setem, padahal banyak hari lagi bole cari kan.. abang dah terdiam. huhu.. aku pon diam. takut. dia dahla penat tak tido lagi.. sori abang.. tapi sayang abang sebab abang tak marah.. huhu... keluar la kami sekali lagi mencari setem...

kat luar
kat dalam.. tempat perhimpunann pagi kot ni
maka terdaftar la qis di SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SAUJANA, SRI PETALING, KUALA LUMPUR... semoga qis menjadi anak yang berguna

tapi... apa yang dirisaukan... bimbang segala yang dirancang tidak dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.. maklumlah.. sekarang baru 2013... 2015 lama lagi kan...



apa yang dirisaukan??
  • takut pengasuh qis tiba2 mintak berenti ke?? camana la kehidupan kami nanti..
  • uncle yang hantar qis pulak tiba2 takde hantar budak lagi ke.. (nila antara sebab kami nak hantar qis kat sekolah tu.. sebab dia hantar budak sekolah tu dan dialah yang hantar qis ke skola sekarang.. hantar sampai depan pintu rumah ok)
  • qis kata nak sekolah sekarang sampai bila2.. ibu risau... hope teacher dia akan terangkan bila dia dah 6 tahun nanti
  • qis kata tak nak sekola agama... camana ye.. aku pon lupa nak tanya pasal ni kat mamat kaunter tu.. memang ni la yang aku nak tanya. tapi bila nampak dia.. haish..tak dapek den nak torang lagi dah.
  • aku / abang kene transfer... owh tidak!!!
apa pun.. ya Allah. semoga Engkau permudahkan segalanya....

1 comment:

  1. insyaAllah akan dipermudahkan..

    kita setakat mampu merancang aje umi.. sebaik-baik perancang adalah Yang Maha Berkuasa :)

    ReplyDelete

tinggalkan luahan hati di sini