Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Tuesday, 7 May 2013

cuti 'raya'

wahhh.. cuti panjang aku sempena pilihanraya ni (walopon aku tak mengundi.. huhu.. sedey dan terkilan)

perancangan 1 mei semuanya hancur.. (eh semua ke)... rancangan jenjalan je yang hancur. abang tiba2 ada kes orang mati berikat kat ampang.. kalo korang tengok berita mesti korang tahu kes ni... huhu...jadinya aku duk rumah je la seharian. tapi malam tu badan iskandar panas sngt. nasib ubat demam ada lagi sket.. tapi siangnya ok pulak.. ingatkan demam manja je..sbb 1 mei tak keje kan. aku relaks je la.. bole monitor panas dia.. tapi bila malam demam balik pulak.. huhu...

sepanjang hari aku duk kat dapur je la.. memang dah janji ngan budak ofis nak bawa makanan. buat dua bijik kek. satu untuk ami satu untuk ofis.. besday ami 1 mei tapi sebab dia balik dari asrama 3 mei.. simpan je la dulu kek tu. hehehe... pastu malam buat krimpaf. ingat nak buat dua kali bakar tapi badan dah tak larat. hehehe... banyak jugak keje aku buat hari tu.. sapu sampahla.. macam2 la. terasa bangga lak ngan diri sendiri.. tapi yang sedeynya bila budak2 seharian takmo makan. is adala makan roti sket. qis langsung taknak. setakat minum milo. huhu.. last2 abang kata bawak pergi balai budak2 ni sebab abang nak balik tak boleh.. bila nampak ayah semua serbu ayah macam dah bertahun tak jumpa. huhu.. makan banyak pulak tu. geram je aku tengok. kalau ikutkan hati ibu ni sayang oiii.. ibu nak duk umah je...
rindu ayah sangat la ni

bawak ofis (sebelum mekap).. gambar krimpaf tak sempat nak amek.. penat sangt dah)

untuk ami. konon kek pelangi tapi malas nak buat banyak warna.. hari jumaat baru mekap kan dia. hehehe

hari khamis pergi keje macam biasa tapi hati tak sedap sebab malam tu iskandar panas lagi. tapi bila pagi dah ok. huhu.. ubat dah habis jadi kami amek keputusan balik jugak sebab nak amek ubat is. dia tak boleh makan ubat sembarangan sebab nanti dia berak2... jumaat aku malas keje. hahaha.. atas alasan is demam.. tapi sampai je umah mak jumaat tu dapat jumpa adam dia tiba2 ok. huhu....jumaat malam tak panas tapi sabtu malam panas balik... (siang sentiasa ok)... ahad isnin ok tapi batuk selesema pulak. still monitor tapi badan still suam2.. hope dah ok harini atau esok..

tunggu ami balik.. malam baru budak tu sampai. ami kata dalam kereta lagi qis dah nyanyi lagu besday. ceh.. ingat nk suh nyanyi kat umah sambil potong kek.. nyanyi jugakla tapi macam dah takde seri. hahaha macam pengantin pulak nak berseri bagai...
ami malu2 pulak.. kek tu pon dah cair mekapnya. meleleh... huhu

setelah melakukan 'pembedahan' - ami siap bagi awek sebelah rumah.. pastu kek ni pon sampai kampung. alhamdulillah.. panjang sedekah aku.. hehehe

hari sabtu rileks
hari ahad ikut mak balik mengundi. huhu.. tak pernah plan nak ikut balik tapi is pulak nangis nak ikut. terpaksala aku ikot. lagipon takde sapa kat rumah. kalau aku tinggal pon mesti dia meragam sepanjang hari.. tak dapat nak amek gambar sebab bateri fon habis la pulak.. y (ye la.. tak plan nak ikot kan. semua la tertinggal...charger dan tak charge malam tu. huhu...)

harini baru masuk keje.. tapi still malas. hahaha... sori penceritaan agak kelam kabut. akupon rasa pening membacanya,

habisla kisah cuti kali ni..

2 comments:

  1. Napa tajuknya cuti raya?? Hehhe.. seronok pru dah habis. Xdela keje mcm org gila. Tp ni nak ngadap bala lepas pru.. huhuhu thanks sayang kerana memahami tugas abang. Hope budak2 paham. Qis dah mula mengerti. Cuma aidil je kecik lagi huhuhu.. hope negara kita sentiasa aman.. peacee yooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. raya la abang.. kan pilihan'raya'
      huhu.. nak jugak buat2 tak paham.. nak memberontak jugak masa dah hujung2 tu sebab macam dah tak tahan. huhu..rasa nak nangis. tapi tahankan diri je.

      Delete

tinggalkan luahan hati di sini