Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Tuesday, 8 October 2013

down

alhamdulillah... malam tadi budak-budak tido nyenyak. tido sampai pagi.. lega sikit hati.. dua minggu lepas terasa amatla seksa bila dua budak kecik tu demam.. minggu pertama kakak demam.. lepas tu adik..



minggu pertama
badan kakak tiba-tiba panas. tapi dia macam biasa bila demam belah malam aja.. bila siang ok.. cuma suam-suam sikit la...so, dapat la pergi kerja juga walopon aku mengantuk sebab malam dia asyik merengek je... bila pegang kepala pon panas.. kene la basah-basahkan kepala dia dengan air kan. huhu.. tahu pulak dia cari ibu kalo sakit ye. kalo tak tak nak kawan ibu. nak kawan ayah je.. :( pastu adalah juga muntah.. tapi takpe sebab dia dah besar. dah pandai muntah dalam toilet. huhu..

minggu kedua atau minggu lepas
giliran adik pulak demam. ingatkan dia kebal. tak berjangkit dengan kakak tapi jangkaan ibu meleset rupanya. tapi aidil ni kalau demam tak macam kakak... dia kalau demam lembik lain macam. huhu.. muka pon sampai naik merah. kadang-kadang risau jugak ibu. dah la letak tuala  basah xmo. tapi nasib baik basahkan kepala dia tak kesah pulak... minggu lepas 3 kali ibu outstation.. lebih memenatkan tapi nasib baik time yang ibu tak ada kat ofis (outstation), aidil ok pulak. ye lah kan.. dah memang Allah janjikan.. DIA cuma menguji hambaNYA yang mampu aja.. walopon penat.. terpaksalah.. berapa kali tukar cadar. berapa kali basuh muntah.. malam semalam muntah lagi.. risau juga semalam dia demam balik tapi nasib baik ok.. huhu..

minggu ni pulak
aku yang terasa down.. terasa macam takmo keje sesangat. tapi kalau tak keje, sapa nak bayar hutang-hutang aku. huhu.. rasa nak nangis sebab terpaksa meneruskan rutin harian dalam jem ke ofis. entah la. kekadang jeles tengok orang laen. jeles kenapa pon tak tahu. just jeles. ke orang pon jeles tengok aku. hahaha.. ala, aku ni takde apa pon tak payah nak jeles-jeles.. (ayat memujuk diri.. mungkin orang laen pon akan kata mcm ni kan kat aku)... apa aku merepek di pagi selasa ni... entah ler... tak tahu nak cerita apa sebenarnya.. cuma rasa DOWN.....

ya Allah.. sesungguhnya Engkau maha mengetahui.

2 comments:

  1. kesian bila anak sakit kn. sedih n tak sanggup rsnya. tu lah. mmg akn ada rs penat yg tak tertanggung. rasa stress. tp kena lalui juga sbb itulah rutin ibu n isteri. mmg kalo bab keja rs nk bhenti je dok rmh kemas rmh jg anak masak tp tu la mcm umi bgtau sapa nk bayar hutang kt kn. huu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ha.. betul tu.. huhu... tapi kan nak buat camana.. hadapai je la hari2 mendatang ni kan..

      Delete

tinggalkan luahan hati di sini