Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Wednesday, 26 March 2014

hobi baru...

entah kenapa.. sekarang macam malas nak menulis sangat kat blog ni.. entah kenapa macam cerita aku ni rasa macam sama je. boleh menimbulkan keboringan kan kalau orang baca. mm tu la yang aku raasa. asyik nak cerita menda sama je.. skrg macam lagi suka update kat blog dapur ku.. sebab kat situ tak perlu membebel banyak. hehe.. cuma letak gamabar.. pastu ayat sepatah dua dah memadai.

tapi.. takpelah.. cerita la juga kan. untuk kenangan diri sendiri.. nanti bila rasa rindu, sini la jugak tempat nak tengok gambar-gambar yang ada


dua minggu lepas, belajar potong baju kurung ngan mak. hahaha.. akhirnya. tapi seriusly penat weh.. memang potong baju ni nak kene teliti yer? adoi la.. pastu gunting lak tumpul.. rasa nak tercabut tangan aku. tapi takpelah.. mula2 memang macam tu kan.. macam masa mula2 baru belajar buat kek dulu.. rasa susah jugak.. tapi buat kek tak belajar dengan orang.. main hentam. so kesusahan tu tak terasa. sebab takde orang mengomen. adoi. tapi tak sempat nak jahit sebab dah balik KL. so, harapan minggu ni dapat sambung jahit. huhu.. nanti mesti kene komplen jahit senget benget.. waaaaa (nangis jap).. bila fikir2 balik.. macam tak percaya aku leh suka nak buat menda-menda ni semua. hai la kan.. kalau dari dulu minat, leh amek jurusan yang menjurus ke situ.. takdela keje macam sekrang. tapi Allah maha mengetahui.. percaturan dia lebih baik.. kan?.. pasni, kalau  nak pakai  baju leh jahit sendiri.. hehehe.. cpt sikit siap.. nak suruh mak takkan nak paksa suh cepat kan.. kuang ajo la tu.

minggu ni jugak nak cari-cari bahan hantaran untuk adik ipar. aku yang sengaja volunteer nak buat sebab aku bosan. entahla.. tak tahu kenapa bosan. orang lain duk cerita tak sempat nak buat apa bila malam2 kat rumah tapi aku boleh cakap bosan. aku pon tak tahu jawapannya.. mungkin memang jenis yang tak reti duk diam kot. hehe. cuma sekarang ni dilema.. nakbuat kek hantaran ke cupcake hantaran.. aku macam nak try buat cupcake untuk hantaran.. tapi adik2 ipar tu mcm nak suruh buat kek.. so aku dilema.. aku nak belajar buat cupcake.. huhu.. buat dua2 ke kan? tapi nanti camana nak susun kat dulang hantaran tu.. aiyak.. tema purple silver.. kenduri belah pompuan awal bulan mei.. so, akan upload kemudian gmabrnya ye.. hehehe..

qistina
dah semakin boleh membaca.. alhamdulillah.. hope semuanya berjalan lancar bila dia masuk darjah satu tahun depan.. ibu still risau pasal ngaji.. huhu..

aidil
makin becok mulut dan semakin tak dengar kata. suka menyakat kakak. anak dua je pon riuh sesangat. pening jugak kekadang tu. jumaat ni besday anak bujang ibu yang ke-3.. besar dah dia.. patutla makin berat...

minggu lepas
sibuk pergi kenduri kawan abang (khamis malam akad nikah kat ceras, sabtu kenduri kat menara telekom -belah ponpuan & ahad kenduri kat semban - belah lelaki). so, ada lagi sorang la kawan abang yang belum kawen. seronok ada kawan yang berkawan sejak kecik ni. kenal mak bapak semua.

semalam (25/3/2014)
Adalah hari polis.. so, selamat hari polis kepada abangku sayang. semoga PDRM akan sentiasa maju ke depan. terima kasih sebab tempah cupcake dari saya untuk majlis di IPD Ampang Jaya tu.. hepi bila dapat buat kerja yang kita suka ni kan. hehe. dan bertambah hepi bila ramai yang memuji. tq abang bagi support. (gambar boleh tengok kat blog dapur saya yer)

k lah.. banyak pulak bercerita yer.. tadi kata malas bercerita. hahahaha...


2 comments:

  1. salam umi.. dah menjahit pulak eh hehe...
    samela.. minat terpendam.. jahit utk diri sendiri dan anak2 je pun.. :)
    BTM sekarang makin teruk dah.. gambar2 kat blog semuanya takleh view.. access block.. geram betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. tak pernah pendam pon.. baru timbul je liza. hehe..

      kan.. semua gambar dia block.. suruh kita buat kerja je liza.. mana boleh buat mende merepek ni.. huhu

      Delete

tinggalkan luahan hati di sini