Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Wednesday, 30 April 2014

becoknya mulut dia!!!!

aidil iskandar

ibu ingat budak kecik ni adalah seorang budak yang baik, pemalu, dengar kata dan segala yang baik-baik la.. (berdasarkan tingkah laku dia sebelum umur dia dua tahun la)

tapi

apa dah jadi sekarang?? adoi.. naik sesak nafas ibu dibuatnya.. ibu korang ni senang je kalau korang nak rasa ibu korang paling baik dalam dunia.. jangan banyak cakap dengan jangan menangis.. huhu.. dulu masa qis memang rasa tak tahan.. ingat dapat anak lelaki, perangai lain, rupanya sama aja.. adoila... camana yer... memang tak dapat la nak ada anak ramai camni.. memang telah diuji tahap kesabaran memang tak mampu ditanggung.. huhu..

sekarang ni makin kuat menyakat kakak.. kakak pula sikit2 nangis.. merengek.. waaa.. setiap kali sampai rumah memang rasa kepala nak meletup.. (sebab menahan perasaan marah --- tapi selalu tak dapat tahan dan meletup kebabum).. bila kat ofis rindu pulak dengan diorang.. terfikir jugak, kalau aku tak kerja or buat kerja kat rumah, boleh ke aku.. sbb kalau buat kerja rumah pon tak mampu.. tapi bila diorang tido, laju je aku buat keje.. padahal diorang tak kacau aku buat keje pon.. memang aku tahu, budak banyak cakap ni sebenarnya cerdik.. sebab dia akan Tanya apa yang dia nak  tahu.. huhu..
bila baik tu.. comel aja kan

ni adik kena paksa minta maaf & peluk kakak sebab pukul kakak.. hihi...

kawan-kawan ada nasihat berguna tak untuk saya ni??

anak sendiri pon tak tahan kan.. lagi kan anak orang yang sikit2 suka nak menempel kat aku.. memang eeeee... entah la.. tak tahu nak cakap.. kadang-kadang boleh kalau budak tu setakat senyum2 comel tu, aku bole la kot.. kalau budak yang sedikit peramah tu.. aiyak.. memang rasa nak cubit2 je mulut kecik tu kan.. huhu... budak tu tak bersalah pon.. aku amat kagum dengan semua kawan-kawan aku.. aku tengok diorang sume dapat jadi ibu yang baik.. tak macam aku.. :'(

entah...

ya ALLAH.. please help me

No comments:

Post a Comment

tinggalkan luahan hati di sini