Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Monday, 23 June 2014

buah hati baru

tq my lovely abang sebab tolong carikan kedai nak beli mesen jahit ni.. hehehe.. memang rasa teruja nak buat itu ini.. tapi masih agak terbatas sebab takde mesen jahit tepi.. so, masih kene balik rumah mak untuk jahit tepi. hehe.. tapi tetap gumbira.. beli lepaas kenduri ke sebelum kenduri kawen adik ipar aritu? dah lupa.. hehehe.. keterujaan nak menulis pon tak berapa ni.. kikiki.. pastu g jalan2 Terengganu.. tapi hati asyik teringat mesen jahit je.. hahaha.. (opss.. abang dah tahu rahsia)..

balik je dari Terengganu, balik rumah mak jap.. terus shoot gi nilai 3.. hehehe.. nak buat langsir.. bukan apa, hari tu teringat mak mertua duk bising-bising. langsir kat bilik kitorang tido kat semban tu jarang pastu ada jugak yang dah terkoyak-koyak.. kalau ikut aku dengan abang, tak kesah je keadaan langsir camana. asal dapat tido.. kuikuikui.. dia kata penat dah dia bising dekat anak-anak dia suh cari langsir tapi budak-budak ni buat tak tahu je.. huhu.. aku diam je la.. sengih sengih.. huhu.. nak janji apa-apa takut nanti tak terbuat la pulak.. dapat je kain, terus buat.. sehari dah siap.. (ala.. untuk 3 tingkap je pon).. dah siap terus pasang.. huhu..

raw material

bofren baru

proses jahit

yeayyy!!!.. dah siap


bila dah siap, aku menganggur balik la.. memang bosan kalau takde keje.. tv pon asyik kartun je. nasib la badan.. mesin jahit pon simpan semula... lama tak bersentuh, ibu masuk hospital.. dugaan buat kami..

masa pergi Terengganu haritu, ibu macam demam. sejak dari hari kenduri lagi.. tapi dia kata sikit aja.. lepas makan ubat, ok la.. tak lama lepas tu, asyik on off je.. dua minggu.. anak-anak ajak pergi hospital/ klinik semua tak nak. sampai satu masa, ayah yang paksa.. so, kene tahan la ibu dekat wad (12/6/14).. sejak haritu, lepas balik kerja je mesti balik seremban nak melawat.. so, masa kat rumah memang takde. sebab sampai KL balik dah kul 10 lebih..  sampai satu hari, masa kami melawat, tengok ibu macam tenat sangat.. susah nya dia nak bernafas (nak terang apa yang doc cakap tak reti).. orang-orang yang dating melawat pon semua mata dah berair.. huhu.. aku ni lagila.. tengok orang mata merah, hidung merah.. cepat je nak ikut sama.. huhu.. semoga semuanya baik baik aja.

hari pertama di hospital. Nampak ok lagi


#nicumadiarielektronikku
#sapataksukabacajanganbaca
#akunakbaca2ke3tahunakandatang
#naksuruhanakanakbacabiladiorangdahbesarnanti

No comments:

Post a Comment

tinggalkan luahan hati di sini