Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Tuesday, 8 July 2014

7th

Alhamdulillah.. pada 7.7.14, genap la usia perkahwinanku bersama abang tersayang. susah senang diharungi bersama.. rasa tak percaya pon ada. walaupun, diperkenalkan melalui kawan sekerja dan kenal sekejap terus sahaja abang menghantar pinangan.. tapi hubungan ini bahagia hingga ke saat ini.. Alhamdulillah.. semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat kami

so
semalam kami celebrate sama-sama. walaupun bulan puasa, kami tak nak lepas kan peluang. hehehe.. anak-anak, kami mintak tolong mak jaga. so, dapat la kami buka sama-sama semalam. kali ni, abang pilih menara kuala lumpur sebagai destinasinya. kalau tak salah, masa 2011 kot.. kami dah pergi sekali masa lunch hour tapi kami sampai terlambat sikit.. so, dah tutup.. huhu.. tertangguh hinggalah semalam..

so far, buka puasa kat atas tu best la. masa naik lif, aku gayat. hahaha.. rasa tinggi sangat.. tgk struktur dia pon, rasa macam nak naik sekejap je. hahaha.. tapi kat atas tu tenang je sebab tak crowded. mungkin belum penghujung ramadhan. biasa kalau penghujung ramadhan je penuh.. makanan pon ok.. tak rasa macam dah lama masak dan dipanaskan semula (lauk semalam semalam).. tapi aku pulak yang tak ok. pagi tu kene cirit birit. tak tahu kenapa. padahal makan makanan yang masak kat rumah je. mungkin perut lebih sensitive masa bulan puasa kot. so, makan pon kena jaga-jaga.. keseronokan makan kurang di situ.. kita repeat lain kali nak tak abang.. hihi.. tapi segan nak mintak mak jaga budak-budak aja...nak solat pon selesa. Alhamdulillah..
 
uiiiii.. tingginya
pemandangan dari atas sebelum matahari terbenam.. dah malam nak amek gambar.. tak cantik pulak
selfie sikit
dah habis makan.. :)
kepada abang ku sayang
selamat ulangtahun perkahwinan kita yang ke tujuh.. semoga perkahwinan kita ni kekal hingga ke akhir hayat kita dan ke syurga (amin.. mudah-mudahan.. layak ke??).. terima kasih atas segalanya. terutama pengurusan budak-budak waktu pagi.. kalau abang takde tolong, memang tak dapat saya bayangkan macam mana.. memang huru hara dibuatnya pagi-pagi. tapi selama kita ada anak, pagi-pagi memang tenang.. (kecuali ada masa-masanya la kan).. walaupun pertolongan tak seberapa, tapi besar sangat bagi saya.. tolong kemas rumah.. dan lain-lain.. maklumla isteri abang ni cepat penat.. huhu.. tq abang.. tq sangat.. love u much..
*(hish.. rasa malu lak tulis dalam ni.. tapi nak tulis gak)





#nicumadiarielektronikku
#sapataksukabacajanganbaca
#akunakbaca2ke3tahunakandatang
#naksuruhanakanakbacabiladiorangdahbesarnanti


2 comments:

  1. Happy anniversary yg ke7 sayang.. susah senang kita harungi bersama.. i love u so much my dear.. walaupun abg sentiasa bz.. sayang x pernah marah2.. (kadang marah juga :p) semoga perhubungan kasih sayang kita ni kekal hingga ke syurga. Love u.. love qis n aidil... kalau bsday abg nak buka kat situ lg.. abg ok je sebab abg ada jusco card..:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. love you too... birthday abang dah dekat.. still pikir nak belikan apa ni.. huhu.. abang la mintak hadiah riban-riban.. masih belum mampu lagi abang.. tengah saving untuk matlamat yang entah bila nak tercapai..

      mana ada marah la.. kalau abang perasan, saya marah kalau budak2 dah mula buat perangai.. yang lain mana ada.. :P

      Delete

tinggalkan luahan hati di sini