Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Monday, 13 October 2014

happy graduation qis

11/10/2014

hari konsert qis.. tahun ni tahun ke-3 kami hadir konsert qis tapi kali ni berbeza sikit sebab qis dah 6 tahun. so konsert ni bersekali dengan graduasi qis.. rasa cepat sangat masa berlalu.. tahun depan qis dah darjah satu.. tak tahu nak rasa apa.. sebak ke, happy ke terharu ke.. entah la.. memang semua mak bapak akan rasa macam ni ke bila anak dah masuk sekolah.. ke kami je yang touching2. hehehe..


qis bagi speech.. semua budak 6 tahun kene bagi speech.. dapat tepukan gemuruh sebab nama qis start dengan A.. yang dah belakang2 tu orang dah malas nak dengar.. hehehe
 
iskandar. hehe.. dia masih belum baik cirit birit lagi ni.. tapi gaya kena ada
bergambar dengan ibu
bergambar dengan ayah

bergambar ramai-ramai

classmate qis.. qis sorang je melayu kot.. huhu

comel je nampak

mak dan ibu

disebab kan majlis qis ni yang terakhir sebelum dia darjah satu... so kami jemput semua atuk dan nenek qis dengan mak dan bapak sedara semua.. meriah.. family kami yang paling ramai datang.. satu table kami bolot semua.. hehehe.. seronok pulak rasa.. tapi penat la jugak kan.. sebab family mertua tido kat rumah.. so kene masak2 sikit.. lama tak masak banyak.. tapi Alhamdulillah menjadi.. (gambar2 masak dah masuk dalam blog dapur.. malas dah nak korek balik masuk sini.. hehehe).. mak pon kata mula2 nak tido rumah kitorang tapi bila dah ramai mak tak jadi.. lagipon, rumah mak kat kajang je..

akhir kata, semoga qis bersekolah rendah dnegan success nanti ye sayang.. ibu ayah tak mengharap sangat qis Berjaya dengan cemerlang.. cuma nak qis jadi anak yang solehah.. tapi kalau qis Berjaya untuk bonus yang paling berharga untuk kami.. tapi kalau qis Berjaya tapi tak hormat kami.. apa yang kami mampu buat.. tapi kami akan sentiasa mendoakan qis.. juga adik iskandar..

No comments:

Post a Comment

tinggalkan luahan hati di sini