Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Monday, 5 January 2015

orientasi qistina

tahun ni qistina dah masuk darjah satu.. so 31disember, adalah hari orientasi untuk qis.. qis asyik Tanya je bila nak sekolah.. tak sabar-sabar betul dia nak sekolah.. excited sangat.. tapi hakikatnya ibu ayah agak risau.. boleh ke qis survive nanti sebab sekolah rendah tak sama macam masa tadika.. masa tadika, semuanya cikgu handle.. makan minum dll.. huhu...





 ingat masa hari orientasi nanti boleh la tinggal iskandar rumah mak dia.. so kami bertiga je ke sekolah.. taaaaapi, mak diorang kata nak hantar kakak shafiqah juga orientasi tingkatan 1..huhu.. sangat hampa. sebab dah tau dah mesti dia buat perangai nanti (anggapan kami sebab kebiasaan nya memang mcm tu) tapi redha jela..

so pendaftaran pagi macam biasa.. ramai jg ibu bapa datang.. ramai jg yang bawa anak-anak lain selain yang didaftarkan.. so takdelah kami rasa lain macam.. lepas daftar, kami masuk dewan.. lepas tu cikgu panggil qistina beratur dekat luar. sebab nak hantar dia masuk kelas ke apa ntah.. memang tak dengar sangat pon sebab memang bising dgn budak-budak kecik. so dah hantar qis keluar, msuk dewan balik. masa ni iskandar dah start merengek-rengek... (ibu dah mula rimas).. lepas tu bagi je la apa makanan yang ada dalam beg.. huhu..senyap sekejap.. tengah -tengah aku konon-konon nak konsentrate apa cikgu cakap tu.. tiba-tiba air milo basah kat muka aku. ya Allah!!!!.. habis tudung.. rasa nak ngangis pon ada.. dengan tak sengaja terus cubit budak iskandar, terus dia meraung mcm kene dera.. kalau ayah takde.. dia tak nangis macam tu kot.. sebab kat rumah, kalau ayah takde, kene cubit lagi kuat dari tu pon dia boleh lawan mata balik dengan ibu... terus tak dapat nak konsentret langsung kat taklimat cikgu.. dengan bau milo.. dengan panas dalam dewan terus buat kepala pening..

ayah tengok ibu dah naik singa terus bawak iskandar keluar.. hahahaha

dah habis taklimat, tengok qis kat kelas jap.. amek buku teks.. kitorang pon balik.

the end..

No comments:

Post a Comment

tinggalkan luahan hati di sini