alhamdulillah
ramadhan dah sampai ke penghujungnya.. tahun ni Qis dah mula puasa.. dan sehingga hari ni.. dia masih berjaya mengekalkan puasa penuh.. macam tak sangka pulak.. mula-mula dia merengek juga.. tapi sebab dah pukul 5-6 baru merengek.. tak dapat la nak buka qis.. kalau qis merengek tengah hari.. mungkin ibu bagi.. hehe.. tahniah qis..
thn ni.. abang sentiasa ada masa buka dan sahur.. seronok.. tak macam selalu.. sorang-sorang je.. lagipon, nak handle anak dara tu susah sikit la kalau ayah takde.. rasanya 2-3 kali je dia bangun ibu kejut.. lain-lain tak nak.. nak ayah yang kejut. lepas tu kalau balik seremban, mengada-ngada.. geram betul la hai.. nak marah nnt mak mertua bising.. hehehe.. dia mengada-ngada sebab ramai yang sayang dia kat sana.. huhu..
ok la.. malas cerita panjang.. ni senarai menu sehingga hari 27.. :)
(nak bagitau juga)
1: ayam kurma
2. berbuka di balai
3. roti john, sate dan lain2 (rumah mak mertua)
4. nasi arab (rumah mak mertua)
5. sardin
6. pizza
7. kue teow sup
8. ayam segera berlada dan telur kicap
9. spaghetti karbonara
10. ayam merah (rumah mak)
11. kari rusa (rumah mak)
12. ayam kicap
13. makan luar- paksu
14. makan luar lagi - happy birthday to me.. hehe
15. berbuka di balai
16. sardin lagi sebab abang buka luar
17. sup ayam, mee rojak (rumah mak mertua)
18. udang masak lema, ikan 3 rasa, daging kicap (rumah mak mertua)
19. telur kicap + lauk semalam.. hehe
20. makan luar - depan lrt
21. meehoon goreng
22.tak ingat la
23. berbuka kat skolah qis
24. Nasi arab (rumah mak)
25. makaroni bakar, ayam masak lemak (rumah mak mertua)
26. nasi ayam
27. Makan kat luar - sambut annivesary konon.. hehe
tu je la setakat ni.. bukan apa.. ni nak rujuk untuk tahun depan pulak.. selalu lupa kalau dah setahun ni..
sori, takde gambar.. sbb selalu tak sempat nak snap.. sampai je terus masak.. siap terus ngam ngam masa buka.. jalan jem teruk betulla sekrg.. kan best kalau berani bawa moto.. tapi apakan daya.. tapi alhamdulliah.. masih selamat sampai dalam waktunya.
No comments:
Post a Comment
tinggalkan luahan hati di sini