Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Monday, 23 November 2015

penyampaian hadiah sekolah qis

alhamdulillah

berakhir dah sesi sekolah darjah satu. alhamdulillah prestasi qis juga sangat ok tahun ni.. kenapa ok? sebab ibu ayah cuma target dia dapat nombor belas-belas aja.. tapi dia berjaya dapt no.3 dalam kelas. alhamdulillah sangat. walaupon qis dapat nombor yang bagus tahun ni, tak bermakna ibu ayah target dia dapat nombor yang bagus juga tahun depan. yang penting result periksa dia bagus. ye la kan. kalau tengok budak-budak sekolah sekarang ni pandai-pandai. tak mau la dia stress nanti.

sekolah petang pon sama. dapat nombor 3. yang ni memang ibu  ayah langsung tak jangka. ye la sebab masuk sekolah agama dengan 'kosong'. langsung tak kenal huruf jawi. mengaji pon tak pandai. tapi alhamdulillah.. qis dapat tangkap dalam masa sebulan je.. ibu rasa terharu.. rasa nak nangis

tahniah qis. harap qis kekalkan pencapaian.. kekalkan tu maksudnya bukan kekalkan nombor.. cukupla semangat belajar..

#gambartakde
#tatktausimpanmana
#mungkinmasa tukarfon

--->ayah: kalau baca ni.. nanti send gambar qis amek hadiah ye. nanti boleh update gambar dalam ni. dan untuk memori family kita...

No comments:

Post a Comment

tinggalkan luahan hati di sini