Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Tuesday, 14 June 2016

Bertugas di tempat baru

dah masuk 4 bulan di sini.. tapi masih rasa tidak serasi dengan kerja yang ditugaskan.. tak tahu apa nak buat. kadang-kadang terfikir beruntung nya orang yang stay kat tempat kerja dia dalam masa yang lama dan tak perlu bertukar skop kerja.

mula-mula rasa macam nak bertahan je kat sini.. tapi akhirnya terluah juga kat sini. tak tahu nak luah kat mana lagi. cuma berdoa semoga diri ini tabah menghadapi dugaan Allah ni. ye la.. memang dah dinyatakan.. Allah cuma bagi dugaan bagi hambaNya yang mampu sahaja. masalah nya mampu ke aku.

semoga aku tabah

sekurang-kurang kamu masih ada kerja daripada orang lain yang takde kerja. jangan merungut.

#blogniuntukdirisendiri
#taksukabacajanganbaca

Monday, 30 May 2016

hari sukan sekolah Iskandar

eh.. tiba-tiba pulak ada hari sukan sekolah iskandar..

ni first time iskandar bersukan.. ibu ayah maacam excited sikit. heheh.. kalini buat dekat padang sekolah.. selalu buat dalam dewan (masa qis dulu la).. so berharap tak hujan la.. sebab kitorang fikir mesti iskadar excited nak main. and yes betul.. dia excited sgt.. hehe.. tak macam kakak dia dulu.. boleh jadi ahli sukan berjaya ni..

yang kitorang perasan. sukan kali ni tak banyak joget-joget.. banyak aktiviti sukan. hehe.. baru la betul bersukan. kalo tak rasa macam konsert tarian je. tapi yang tak syoknya mak bapak budak-budak ni la duduk betul2 dekat border budak-budak nak bersukan.. apa la salahnya duduk belakang sikit.. anak awak tu da besar la.. huhu.. sampai satu tahap tecer tak nampak iskandar sebab mak pak yang lebih. sampai kami terpaksa mengadu.. kesian budak tu nak lari tapi cikgu tak nampak. kalau qis dulu, memang dia takmo lari pon.. so kalau cikgu tak nampak.. kami pon buat2 tak nampak je.. rasanya next time, tecer kene buat border jauh sikit. budak-budak ni kalau nampak mak pak dia caring sgt.. lagi la diorang ni ngengada.. betul tak.

7/5/2016

semua dapat emas.. semua menang.. !!

panaskan badan

kakak teringat la tu

nampak tak kesungguhan dia tu

dalam barisan menunggu giliran

Monday, 9 May 2016

kenduri

selesai majlis di kelantan

19/4/2016
alhamdulillah.. selesai kenduri di rumah mak. a.k.a di bukit mahkota... rasa lega sangat. walopon macam penat.. setiap minggu kene cari  barang-barang untuk kenduri.. tapi hati ni puas..

kepada pengantin. semoga berbahagia ke akhir hayat. gaduh-gaduh tu biasa.. cuma cara handle masalah tu penting untuk belajar supaya tak mudarat.. hehe.. kakak pengantin cuma selesaikan bab goodies bag, bunga telur dengan kek untuk tetamu dan pengantin. kek pengantin macam kontot sikit. kene cari kayu yang panjang sikit la lepas ni. dah jumpa dah kayu tu. harap kek pengantin akan datang takdela nampak kontot tu.. :)

kemuncak
nasi tak cukup!!! haha.. tu la.. memang nampak crowd ramai.. tapi tak sangka sampai nasi pon tak cukup,.. orang catering pon tak datang bisik kat family pengantin bagitau nasi tak cukup ke apa ke. haihh.. sabar ajaala.. tapi best jugak sebab takde lebihan makanan terbuang dan makana-makanan sampingan lain membantu juga dengan ketidak adaan nasi dan lauk tadi..

apa pun, syukur semuanya dah selamat

next. bln 10. kenduri adik ipar pulak.

*eh.. gambar kek takde.. kenela selongkar blog dapurumimira ni.. hehe

dewan makan di malam hari

ewah.. budak kecik ni tak mandi.. sibuk kat meja makan pengantin yer

proses angkut barang.. barang dah habis.. masukkan orang pulak.. budak budak la paling suka dapat naik ni

konon-konon nak jaga.. tapi cuma bertahan beberapa minit je.

sempat bergambat sebelum kenduri mula

gambar setelah orang/ tetamu balik

keluarga mertua yang hadir

antara yang hadir

abang cakap apa dengan abah. huhu

Monday, 25 April 2016

kenduri di kelantan

alhamdulliah

9/4/2016

dah jadi suami orang adik aku sorang. adik paling senyap dalam dunia. hehe. ada jugak yang melekat dengan dia. walopon agak kelam kabut, semuanya dapat selesai dengan baik.

disebabkan bukan cuti sekolah.. jadi kami mula gerakdari KL lepas solat jumaat. tu pon terpaksa pontengkan qis sekolah agama. huhu.. ingtkan awal malam dah sampai. tapi 10 lebih baru sampai. ya Allah. jauhnya nak sampai. sabar ajala. nasib la aku tak kawen dengan orang jauh. walopon dulu berangan jugak nak kawen dengan orang jauh. haha. Allah kan lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. hehe. nasib ada orang dekat nak walopon banyak kenalan orang jauh-jauh juga.

ok la.. dah melalut pulak ke cerita sendiri. ni cerita adik la. hahaha... malas nak cerita. simpan gambar je la dalam ni. buat kenangan dan rujukan pada masa akan datang. anak-anak pon boleh baca. hehe..

amek gambar sebelum hantar pengantin

yeah.. kami sekeluarga

adeh.. camana nak rotate gambar ni.. pengantin pompuan


sempat buatkan baju kembang qis.. bole la sedondon dengan anak dara

kek. tak dapat buatkan kek pulak kali ni

dah habis kenduri.. balik la kita.. singgah pantai jap

biasala.. mengimbau.. hehe

budak2 memang suka la dapat jumpa pantai. dapat main pasir

ewah.. anak dara posing pulak

check in hotel.. pntenkan qis sehari









Monday, 28 March 2016

happy birthday iskandar

28/3/2016

sekejap je masa berlalu.. dah 5 tahun.. dah besar dah baby ibu.. semoga adik sentiasa sihat.. murah rezeki.. jadi anak soleh.. ibu sentiasa doakan adik.. 3 bijik kek ibu buatkan adik tahun ni. hehe.. yang paling seronok adik dapat lilin no. 5 kan.. apa-apa la adik.. asalkan adik happy je.. :)

rumah atuk seremban: potong kek untuk march babies
rumah mak diorang.. tengok snyum dengan lilin
dengan kakak2

meriah pulak bunga-bunga.. jangan marah ye dik.. hehe
rumah atuk kajang
krimpaf dan kek

Tuesday, 26 January 2016

dapat pink form

setelah 4 tahun di cawangan sekarang..

akhirnya 19/1/2016.. dapat pink form.. naik pangkat sekali.. siap naik pentas kau.. huhu.. bila petang.. ambil pink form.. dapat masuk BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT. hambek kau.. tak atau nak gembira ke sedih.. kita tengok nanti camana..

tahniah kepada kawan2 semua yang sama-sama naik pangkat.. semoha sakses di tempat baru.

aku?
sedih.
sabar ye umi


Friday, 22 January 2016

gigi ku sakit lagi

8/1/2016

sakit gigi.. pergi klinik.. dapat mc.. tapi tak boleh cabut lagi sebab gusi tengah bengkak

15/1/2016

minggu lepas dah buat appointment.. so kene cabut juga walopon gigi tak sakit. sebab nanti dia akan sakit balik juga. so tabah ajala.. yang cabut doc perempuan.. risau juga sebab takut dia tak kuat nak tarik gigi bongsu aku ni kan. tapi alhamdulillah dia berjaya... ye la. dia kan doc. mesti ada teknik-teknik dia kan walopon gigi tu susah nak tarik. huhu. agak lama.. tapi akhirnya berjaya.. masa cabut tak rasa apa sangat sebab kan kene bius..

selesai cabut.. doc bagi ubat tahan sakit. antibiotik.. dan mc dua hari.. what?? dua hari..alahai.. ruginya.. patut datang semalam.. dapat cuti free kamis jumaat.. huhu.. esok sabtu.. memang cuti.. huhu..

balik rumah.. kepala dah weng.. dahla abang demam.. so kene kuatkan diri juga untuk budak-budak.. abang demam terukjuga kalini.. huhu.. tak pernah dia demam teruk camtu.. memang risau sgt.. tapi rasa sakit tu mengurangkan sikit rasa risau tu.. huhu.. dah tengah hari.. semakin berdenyut2 gigi.. darah pulak tak berenti.. mulut dah tak boleh nak buka.. sakitnya.. huhu.. dah makan ubat tahan sakit pon sama..

2-3 hari jugak la sakitnya.. nangis..



Tuesday, 1 December 2015

belajar solat

sesi sekolah dah habis.. teringat qis belum lagi ajak dia solat sama.

sebelum ni ada la buat research sikit-sikit.. macam mana nak ajak budak kecik ni solat. ye la kan.. kena la ajar dari kecik.. nabi pon suruh ajar anak solat bermula umur 7 tahun.. dah 10 tahun nanti kalau malas jugak.. rotankan (rotan bukan rotan teruk-teruk.. Islam tak bagi.. rotan hanya untuk pengajaran)..

sepatutnya, dia masuk tujuh tahun dah ajak solat.. maksudnya masa 5/7 la kan.. tapi tak tahu la.. rasa berbelah bagi.. rasa macam tak cukup kekuatan nak ajak dia solat sama.. maklum la diri ni kan agak baran jugak kan. so aku takde la ajak.. walaupon diri rasa sangat bersalah masa tu.. tapi entahla tak boleh nak mula. tak tau nak mula camana..

rasanya cuti sekolah ni la waktu yang paling sesuai nak mulakan..

alhamdulillah.. bila cakap dengan qis, qis kata nak.. (dengan mata bersinar teruja).. ya Allah.. hanya ENGKAU tahu betapa rasa nya masa tu.. sebenarnya masa sebelum cakap dengan qis tu, rasa risau. risau diakata malas la apala kan dengan segala bagai alasan.. tapi ya Allah.. alhamdulillah.. semuanya dipermudahkan.. takut tiba-tiba ibu jadi singa bila qis bagi alasan.. cakap dengan qis, lepas ni kene solat penuh tau.. 5 waktu.. dan dia pon ok juga..

cakap lagi.. nanti rumah mak solat juga tau bagitau la mak.. dan dia kata ok juga.. ya Allah.. memang rasa lega.. esoknya bila tanya.. solat tak rumah mak.. dia kata tak.. haish budak kecik ni.. kenapa tak.. (nasib fikiran masih waras.. tanya dulu kenapa kan).. dia kata sebab malu.. laaa.. nak malu kenapa.. cakap je la.. hehe.. lepas tu kami pon apa lagi.. bagitau la mak dia.. danlepas tu alhamdulillah.. semua nya berjalan lancar.

semoga istiqomah sayang

testing telekung baru.. adik pon menyibuk nak amek gambar jugak


- bila ingat balik.. bagus juga ajak dia solat masa hujung tahun sebab sepanjang darjah satu, memang dia ada belajar pasal solat kat sekolah.. so, memang senang. ajar pon sikit2 aja. -

- semoga iskandar pon senang -

test telekung ibu buat pulak

Monday, 23 November 2015

penyampaian hadiah sekolah qis

alhamdulillah

berakhir dah sesi sekolah darjah satu. alhamdulillah prestasi qis juga sangat ok tahun ni.. kenapa ok? sebab ibu ayah cuma target dia dapat nombor belas-belas aja.. tapi dia berjaya dapt no.3 dalam kelas. alhamdulillah sangat. walaupon qis dapat nombor yang bagus tahun ni, tak bermakna ibu ayah target dia dapat nombor yang bagus juga tahun depan. yang penting result periksa dia bagus. ye la kan. kalau tengok budak-budak sekolah sekarang ni pandai-pandai. tak mau la dia stress nanti.

sekolah petang pon sama. dapat nombor 3. yang ni memang ibu  ayah langsung tak jangka. ye la sebab masuk sekolah agama dengan 'kosong'. langsung tak kenal huruf jawi. mengaji pon tak pandai. tapi alhamdulillah.. qis dapat tangkap dalam masa sebulan je.. ibu rasa terharu.. rasa nak nangis

tahniah qis. harap qis kekalkan pencapaian.. kekalkan tu maksudnya bukan kekalkan nombor.. cukupla semangat belajar..

#gambartakde
#tatktausimpanmana
#mungkinmasa tukarfon

--->ayah: kalau baca ni.. nanti send gambar qis amek hadiah ye. nanti boleh update gambar dalam ni. dan untuk memori family kita...

Sunday, 1 November 2015

pertunangan adik ipar

24/10/2015

alhamdulillah.. selesai majlis pertunangan adik ipar..

sibuk nak juga duduk situ

ibu ayah bergambar dengan cucu-cucu

Monday, 26 October 2015

iskandar is school

kami cadang nak masukkan iskandar start 28/9/2015.. tapi.. cuti jerebu pulak.. teruk betul jerebu kali ni.. so 29/9/2015.. hari yang ditunggu muncul juga.. hari pertama.. katanya takmo pakai baju skolah.. kami ikutkan je la.. hantar skola.. tapi suruh ayah teman.. (ibu tak dapat join sebab ada meeting).. penat ayah cari helah nak turun.. akhirnya berjaya juga.. time balik.. terpaksa suruh uncle van yang ambil.. kami fikir.. dia akan ok kot sebab dah kenal.. dia hantar kakak sebelum ni.. tapi nangis meraung raung.. sorila dik.. tak boleh amek adik petang tu.. huhu...



30/9/2015
ingatkan dah ok.. bangun pagi nangis lagi.. takmo pakai baju skolah lagi.. paksa jugak pakai baju skolah.. harini.. ibu yang teman.. macam ayah semalam.. ibu pon puas fikir camana nak turun lari dari budak kecik ni.. balik skolah ayah amek.. bawak pergi ofis ibu.. kesian pulak mak budak2 ni.. katanya takde air kat rumah.. lagi pon.. konon2 macam upah iskandar pergi sekolah la..

gambar dr tecer






1/10/2015
lohhh.. demam pulak

2/10/2015
demam lagi

3-4/10/2015: sabtu & ahad
nampak macam dah ok sket

5/10/2015: isnin
eh
demam balik..

6/10/2015
kalini ayah hantar lagi.. ingatkan dah boleh hantar sampai tangga je.. tapi still nak teman.. kesian ayah.. hehe..




gambar dari mak budak-budak: balik terus mintak milo kataanya

7/10/2015
kalini ayah tekad hantar kat tangga je.. teacher bagitau dia ok je kat skolah

rajin buat homework.. jheehe


gambar dari tecer: dah ada kawan

gambar dr tecer: dah join aktiviti skolah


8/10/2015
dah ok.. dah tak nagis.. yeahhh.. ibu tak kesah adik pandai ke tak.. yang penting adik suka sekolah je..