Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Tuesday, 22 June 2010

merapu dan merepek

Ya ALLAH.. kenapalah aku rasa hari ni lambat sangat berlalu. (bukan ke memang perasaan aku selalu macam ni). perasaan geram. serba salah. semua adalah. ni yang rasa nak mengumpat kat dalam ni. boleh ke?

oktober, november, disember.. habis tahun 2009
masuk tahun 2010
januari, februari, mac, april, mei dan sekrang jun.
lamanya rasa. kalau dulu, tak pernak pon rasa lama mcam ni, aku ni. apalah. asyik cakap. dulu. dulu. dulu. entah la. rasa masih belum boleh membiasakan diri dengan kerja macam ni. aku rasa sangt rugi dengan kelulusan yang aku ada. bukan senang tau belajar. 6 tahun kat utm. last2 ini yang aku dapat. Allah memang nak menguji aku (kene bersangka baik selalu)...

ayat untuk menyedapkan hatiku sendiri

mungkin aku ditakdirkan kerja kat sini sebab:
  1. nak bagi aku satu kemahiran lain selain kerja aku dulu
  2. nak bagi aku kenalan baru memandangkan aku ni memang pendiam orang nya. so, untukm emudahkan berkenalan dengan orang. aku ditukarkan ke tempat lain
  3. memberikan aku pengalaman baru
  4. bagi aku rasa macam mana jadi bos
  5. bagi aku rasa bekerja tapi takde keje
huhu... yeah aku tahu. tapi entahla. hati ni masih tak boleh nak menyukakan keadaan ni. tiap2 hari aku berdoa kepadNYA agar aku segera ditukarkan. dan dengan itu jugak. saban hari aku menunggu sehelai kertas yang berwarna pink untuk singgah di ofisku. tapi takjugak kunjung tiba, berapa lama lagi aku harus diuji.

tapi, bila aku pikir balik, kalau la aku dapat tempat lain yang aku tak suka jugak? camana? camana? camana? mampukah aku menerimanya lagi. tapi aku tetap bersangka baik. TUHAN tak mungkin menduga hambaNYA yang takm empu menerima dugaan itu. aku pasrah.

setakat aku bekerja kat sini, akutakde masalah dengan staf aku pks, j22, j26 dan j36 (sekarang dah 38) aku.. tapi haritu aku mintak tolong ngan j22 ni, dia suh aku cari sendiri pulak. hampes betul. tapi takpelah. aku tak kesah pon. dah selalu aku kene macam tu masa kat tempat lama. staf bawahan dah macam bos. nak buat camana. dah memang aku dilahirkan tak reti nak melawan. kan best kalau jadi macam abang ku sayang. kalau dia tak puas hati kat staf dia, dia cakap direct je. sesungguhnya. aku tak mampu. pada aku, abang aku ni dapat keistimewaan pandai berkata2 dan pandai buat kerja... kalau la aku macam dia. takde la aku asyik memendam rasa je kat tempat keje. huhu

yang j38 ni pulak. asyik takde kat opis je. keje dia asyik bagi ceramah je. entahla. kalau ikot hati, nak je aku tahan dia kat opis n buat semua report yang terbengkalai. tapi eee.. dah big bos suruh. ni la salah satu staf yang pada aku pandai bercakap tapi kerja takde. ish. memang geram la. dia duk sibuk cakap "kiter ni sebenarnya banyak kerja nak buat.kiter kene bangunkan orang melayu. bla. bla. bla" tapi aku tengok, takde apa pon yang di buat. entahla. asyik jumpa big bos je kat hq.

tadi dia accident kat seremban. dia ni duk kat muar. semalam tak datang keje sebab uruskan anak dia masuk ipta. pastu tetiba call driver opis suh amek dia kat seremban. kenapa dia tak call aku? dia ingat kete opis ni boleh main pakai sesuka hati je ke. nanti kalau orang atasan tanya. aku jugak nak kene menjawab. memangg serba salah aku dibuatnya. last2 aku call dia. aku suh dia balik sendiri. huhu. kejam ke aku. umur dia dah sebaya abah aku. dan dia ada anak sebaya aku. huhu. tapi aku dah mintak maaf. bukan aku tak bagi. kalau kompeni ni aku yang punya. aku tak kesah je. tapi sebab ni bukan aku yang punya. adoi.

last2. dia tak datang opis. dia bitau driver, yang dia dapat mc sebab dia cedera jugak disebabkan accident tadi. see!! tak bitau aku lagi. salah ke aku? salah ke?

yang driver aku ni pulak salah satu jugak orang yang pandai cakap. dia siap cakap ngan aku lagi dia nak jadi seorang motivator suatu hari nanti. tapi aku tak kesah la kan. tu cita2 dia. aku cuma mampu nak mendengar. cuma kadang2 aku tak tahan bila dia asyik komplen pasal polis. semua pada dia semua tak betul. aku kadang2 geram. kadang2 ke. mana ada. setiap kali dia cakap tu aku akan geram. aku tahu la abang aku polis. cakap memang la senang. kalau nak buat. cuba dia yang jadi polis. entahla. aku tahu. memang banyak orang cakap yang tak baik pasal polis ni. pada aku, biarlah dia. yang penting, kalau kiter jadi polis tu, kiter kenelah buat yang betul. dan tak payah la nak judge keje orang lain. buat keje sendiri lagi baguis. lagi berfaedah.

dah la. geram. dah la opis ni sejuk. aku tak buat apa pulak tu. memang terasa sgt sejuknya. waaaaaaaaa

Monday, 21 June 2010

reunion pioneer mryt

ah.. lega rasanya. segalanya dah berakhir pada 19 jun 2010. terima kasih kepada semua yang hadir terutamanya kepada teacher siti hajar (difahamkan oleh tuan rumah, teacher datang awal) dan maklong yang walaupon datang lambat dan sesat sesat, tapi maklong berusaha jugak mencari rumah syed. thanks sebab maklong meneruskan jugak pencarian walaupon diberitahu dah hampir nak give up. thanks sangat. hati gundah gulana jugak sehari sebelum hari kejadian nya. tak tahu la kenapa risau sangat. lagi2 hari jumaat tu, aku terpaksa cuti sebab orang yang menjaga anak ku mintak cuti. so, tak tahu apa perkembangan pada keesokan harinya. nak bukak internet kat rumah, paham-paham je la dengan ada si kecik tu. mak abah pulak tiba2 datang hari khamis tu. abang pulak kene keje. aduh. memang menjadikan diriku gundah gulana la. he.

sufian organizer. pulak tiba2 sms pada malam kejadian yang dia tak dapat datang. dapat oncall job dan kene standby pada hari 19 jun tu. katanya lagi, hamdan a.k.a medang jugak tak dapat datang sebab isteri dan anaknya demam. epi yang jugak akan hadir sama2 dengan dia tak dapat datang, ah. rasanya macam ada satu batu menghempap kat kepala ni. semuanya tiba2 dan satu2 kata tak dapat nak datang.

farhan kata dia ada tugas rasmi
adila kata, dia baru kematian pakcik nya. so, dia masih memerlukan masa untuk berkumpul bersama keluaga.
ustaz wan ismail pulak kata wife dia ada kursus. so, dia tak dapat nak hadir. dia pesan, sapa2 yang nak buat umrah, carilah dia. dia boleh uruskan. :)
(ni yang bagitau kat saya la. yang lain, entah la.)

anyway. thank kepada yang hadir.

teacher siti hajar dan suami
pn norly
tuan rumah, syed fazrul, isteri dan dua heronya
sanusi
zulkarnain
mohaizan
saiful ramzan
syed khalil, isteri dan anak perempuan
wan hidayah, suami dan anak lelaki
hariz dan isteri
suryani
umi aima, suami dan anak lelaki
engku nani, suami dan anak perempuan
hanim, suami dan anak perempuan
badri dan ehem2...

sesungguhnya kehadiran kalian semua amat2 la dihargai. (pssttt jangan lupa bayar kat syed k. kesian dia. mendahulukan wangnya)

aku datang agak lambat sikit sebab menunggu mak dan abah aku balik dulu. memang diorang akan balik jugak sebab kalau balik ahad, nanti jalan jem. lagipon ada kenduri kat kg. so, satu jalan je la. tapi akhirnya, aku yang balik akhir sekali. dah maghrib agaknya aku balik sebab abang ku sayang itu ada kes pulak. kesian kat abang. walaupon sibuk, masih melayani aku ini. siap belikan aku novel lagi untuk mengisi masa lapang ku di ofis ku ini. sememang nya aku dah boring dengan fb ni. so, aku kene cari alternatif lain untuk mengisi keboringan aku ni

kepada tuan rumah:
thanks sesangat. kesian tengok korang. tabah. he. dengan si abang mengamuk. si adik yang terbatuk2. tapi nasib baik si adik tak banyak ragamnya. abang je yang asyik nak buat perangai. asyik nak mengikut ayahnya aja. tapi aku tengok, syed begitu sabar. he. hanya Tuhan dapat membalas jasa baik korang semua. kepada syed fazrul, send my thanks to your wife laili k. disebabkan aku balik yang terakhir, dapat la tengok perbezaan perangai si kecik masa orang2 tengah ramai dan masa takde orang. sememangnya diorang ni akan baik masa orang takde. anak ku pon, masa tu la baru dia mintak makan. dapat melepaskan kaki ku. hihi... ni la kan. dah jadi mak dah aku.

gambar2 masih belum diupload lagi. lupa pulak nak amek kamera pagi tadi. kalau tak, mesti dah masukkan dalam fesbuk ni. tapi aku amek sikit je gambar sebab aku lupa sebenarnya aku bawak kamera pada masa kejadian tu. sayang sekali. tapi takpe. aku hope, kawan2 yang ambil gambar2 tu cepat2 la masukkan gambar. boleh kiter share tengok ramai2.

cenderahati aku pon ada 13 lagi lebih. so, kepada sesapa yang nak, boleh la bitau saya. saya akan tolong pos kan. sapa cepat, dia dapat. yang dah dapat tu, macam mana? korang suka tak? he. so, next gath (kalau ada la) kalau nak mintak saya jadi ajk cenderahati, saya boleh mem volunteer kan diri. he.

k lah.. takde gambar. kalau ada gambar, mungkin panjang sikit la penceritaan ku. tapi takpelah. panjang2 pon nak buat apa kan. so... maybe next time, gathering kenela rancang dengan lebih teliti dan memikirkan macam mana nak menarik lebih ramai orang yang akan hadir.

Friday, 30 April 2010

emosi

sedar tak sedar. esok dah 1 mei. bulan depan dah setengah tahun kiter menempuh tahun 2010 ni. hmmm cakap tu macam bermaksud sekejap je masa berlalu kan. sebenarnya apa yang kurasakan selama ni adalah:::: LAMANYA MASA BERLALU. YA TUHAN KU. BANTULAH HAMBAMU INI... entahla. masuk bulan 5 ni, dah lapan bulan aku 'menganggur'. aku tak tahu sampai bila ni semua akan berakhir. dan aku tak tahu sampai bila aku boleh bertahan dengan hati dan perasaan ku sendiri sekarang ni. aku terpaksa tersenyum tapi hakikatnya bukan senyuman yang aku berikan tapi sebaliknya. hanya Tuhan yang maha mengetahui segalanya. dan kepadanya juga lah aku berserah. kalau aku tak de pedoman hidup, mungkin dah lama aku buat perkara yang bukan2. harap dijauhkan. dah la abang aku asyik bz je. jadi memang aku takde tempat nak mengadu domba. nasib baik ada kawan aku. walaupon kitorang ni cuma borak macam kanak-kanak ribena melalui YM tapi ok la. dapat meredakan keresahan hatiku. thanks wani. tak tahula kalau takde wani. walaupon sibuk, masih sudi melayan diriku.

teringat aku dengan cerita adamaya. ada ke patut si maya tu pergi berdating ngan ex-bofren dia. alasan sebab dia rasa kosong. rasa sunyi. sang suami penat bekerja, dia pon 'bekerja' jugak. memang rendah akhlak betul. dahla sang suami dia tu sangat la baik orangnya (abang pon baik jugak. cuma terlalu pikirkan kerja. huhu) YaALLAH. mintak aku dijauhkan dari mende2 macam tuh. aku tak nak tergolong dari umat mu yang (^%^$^%%(*&#.....

hmmm entah kenapa aku merepek sampai ke situ. aku ni sebenarnya nak bagitahu yang aku sekarang ni suka sangat emosi. entah tak tahu kenapa dan bagaimana ianya berlaku. tapi yang ada dalam kepala aku ni, yang membuatkan aku rasa semua ni adalah kerana keadaan aku sekarang ni. kalau dulu, aku jarang sangat nak naik angin macam ni. kalau orang tak nak buat keje. aku akan cakap lantak la kau tak nak keje. aku buat, bukan susah pon. dan yang bestnya. masa pregnant pon aku tak la se emosi macam ni dan aku cukup tak suka kalau orang ni emo emo tak tentu hala. sekarang? sendiri yang kene. sendiri yang emo. ya ALLAH. apa dah jadi pada aku ni. aku rasa, aku dah buang perangai ni lama dulu. sejak duduk kat U, seingat aku masa tahun pertama je aku emo. lepas tu, aku tak tahu mana perangai aku tuh hilang dan aku bersyukur sangat. sangat. sangat. sehinggalah tiba saat ini. emo tu kembali lagi.

dan yang paling kesian adalah orang yang paling hampir dengan ku. orang yang kusayangi tentulah abangku dan si kecik bucuk. abang. saya memang tak pernah berniat nak marah2 abang. sebab memang takde sebab pon untuk saya marah2 tapi saya tak tahu. dalam hati ni rasa panas je. pantang ada silap sket. cepat je nak melenting. hope abang paham. sori jugak kat si kecik walaupon dia tak tahu apa2. dah cuba tahan. tapi meletup jugak. sekarang pon dah start baca quran. (mungkin yang pernah baca blog ku yang lepas tahu pasal ni.)

hari tu, masa borak2, akak tu cakap, kemungkinan bulan 6 ni ada promotion. Ya ALLAH. DIA je yang tahu betapa aku mengharap kan itu semua. opsss.. aku bukan kejarkan gaji untukpromotion tu. tapi aku kejarkan pertukaran tempat tu. tapi kalau dapat kenaikan gaji. syukur alhamdulillah. kepada MU aku berterima kasih. kepada semua yang dapat membaca blog ku ini. doakanla semoga apa yang diperkatakan tu benar2 terjadi.

hmmm pagi tadi memang hati ku panas, pening aku dibuatnya. tiba2 dapat surat dari hq. entah la. pada aku, memang tak kene la dia nak hantar surat tu. tapi dia pon menjalankan tugas dia kan.

aku pening dengan kerja aku. dasar yang baru dah keluar. "Panduan Pelaksanaan Dasar Pengagihan Kerja Kepada Kontraktor Kelas E dan F". adoi. yang dasar sebelum penambah baikan tu pon aku tak berapa paham. tiba2 keluar penambah baikan yang ni pulak. aku mula rasa pening. bertambah pening.

Hubungan Bahagian aku ni dengan CIDB, MARA, JKR, PKK.... apa ye. apa tugas bahagian aku ni. apa. dan apa yang penting, apa tugas aku ni. dan yang paling aku rasakan sekarang ni, tugas aku hanya menyibuk2 je ngan badan2 yang aku sebut tadi tu. tapi kenapa pembekal2 bumiputera ni asyik sibuk nak tekan aku. eee aku tak paham la. staf aku pon cakap, kiter ni banyak keje. entahla. aku kurang pasti. cuba mengerti dan memahami tapi sukar dimengertikan. apakan dayaku ini.

hmmm.. rasanya takde apa nak cakpa lagi dah. rasa lega jugak la membebel sendiri kat sini. aku masih mengharap dan terus mengharap. tapi harapan aku semoga aku dapat tempat yang aku suka. bos yang baik. keje pon ok... amin....