Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Tuesday, 22 June 2010

merapu dan merepek

Ya ALLAH.. kenapalah aku rasa hari ni lambat sangat berlalu. (bukan ke memang perasaan aku selalu macam ni). perasaan geram. serba salah. semua adalah. ni yang rasa nak mengumpat kat dalam ni. boleh ke?

oktober, november, disember.. habis tahun 2009
masuk tahun 2010
januari, februari, mac, april, mei dan sekrang jun.
lamanya rasa. kalau dulu, tak pernak pon rasa lama mcam ni, aku ni. apalah. asyik cakap. dulu. dulu. dulu. entah la. rasa masih belum boleh membiasakan diri dengan kerja macam ni. aku rasa sangt rugi dengan kelulusan yang aku ada. bukan senang tau belajar. 6 tahun kat utm. last2 ini yang aku dapat. Allah memang nak menguji aku (kene bersangka baik selalu)...

ayat untuk menyedapkan hatiku sendiri

mungkin aku ditakdirkan kerja kat sini sebab:
  1. nak bagi aku satu kemahiran lain selain kerja aku dulu
  2. nak bagi aku kenalan baru memandangkan aku ni memang pendiam orang nya. so, untukm emudahkan berkenalan dengan orang. aku ditukarkan ke tempat lain
  3. memberikan aku pengalaman baru
  4. bagi aku rasa macam mana jadi bos
  5. bagi aku rasa bekerja tapi takde keje
huhu... yeah aku tahu. tapi entahla. hati ni masih tak boleh nak menyukakan keadaan ni. tiap2 hari aku berdoa kepadNYA agar aku segera ditukarkan. dan dengan itu jugak. saban hari aku menunggu sehelai kertas yang berwarna pink untuk singgah di ofisku. tapi takjugak kunjung tiba, berapa lama lagi aku harus diuji.

tapi, bila aku pikir balik, kalau la aku dapat tempat lain yang aku tak suka jugak? camana? camana? camana? mampukah aku menerimanya lagi. tapi aku tetap bersangka baik. TUHAN tak mungkin menduga hambaNYA yang takm empu menerima dugaan itu. aku pasrah.

setakat aku bekerja kat sini, akutakde masalah dengan staf aku pks, j22, j26 dan j36 (sekarang dah 38) aku.. tapi haritu aku mintak tolong ngan j22 ni, dia suh aku cari sendiri pulak. hampes betul. tapi takpelah. aku tak kesah pon. dah selalu aku kene macam tu masa kat tempat lama. staf bawahan dah macam bos. nak buat camana. dah memang aku dilahirkan tak reti nak melawan. kan best kalau jadi macam abang ku sayang. kalau dia tak puas hati kat staf dia, dia cakap direct je. sesungguhnya. aku tak mampu. pada aku, abang aku ni dapat keistimewaan pandai berkata2 dan pandai buat kerja... kalau la aku macam dia. takde la aku asyik memendam rasa je kat tempat keje. huhu

yang j38 ni pulak. asyik takde kat opis je. keje dia asyik bagi ceramah je. entahla. kalau ikot hati, nak je aku tahan dia kat opis n buat semua report yang terbengkalai. tapi eee.. dah big bos suruh. ni la salah satu staf yang pada aku pandai bercakap tapi kerja takde. ish. memang geram la. dia duk sibuk cakap "kiter ni sebenarnya banyak kerja nak buat.kiter kene bangunkan orang melayu. bla. bla. bla" tapi aku tengok, takde apa pon yang di buat. entahla. asyik jumpa big bos je kat hq.

tadi dia accident kat seremban. dia ni duk kat muar. semalam tak datang keje sebab uruskan anak dia masuk ipta. pastu tetiba call driver opis suh amek dia kat seremban. kenapa dia tak call aku? dia ingat kete opis ni boleh main pakai sesuka hati je ke. nanti kalau orang atasan tanya. aku jugak nak kene menjawab. memangg serba salah aku dibuatnya. last2 aku call dia. aku suh dia balik sendiri. huhu. kejam ke aku. umur dia dah sebaya abah aku. dan dia ada anak sebaya aku. huhu. tapi aku dah mintak maaf. bukan aku tak bagi. kalau kompeni ni aku yang punya. aku tak kesah je. tapi sebab ni bukan aku yang punya. adoi.

last2. dia tak datang opis. dia bitau driver, yang dia dapat mc sebab dia cedera jugak disebabkan accident tadi. see!! tak bitau aku lagi. salah ke aku? salah ke?

yang driver aku ni pulak salah satu jugak orang yang pandai cakap. dia siap cakap ngan aku lagi dia nak jadi seorang motivator suatu hari nanti. tapi aku tak kesah la kan. tu cita2 dia. aku cuma mampu nak mendengar. cuma kadang2 aku tak tahan bila dia asyik komplen pasal polis. semua pada dia semua tak betul. aku kadang2 geram. kadang2 ke. mana ada. setiap kali dia cakap tu aku akan geram. aku tahu la abang aku polis. cakap memang la senang. kalau nak buat. cuba dia yang jadi polis. entahla. aku tahu. memang banyak orang cakap yang tak baik pasal polis ni. pada aku, biarlah dia. yang penting, kalau kiter jadi polis tu, kiter kenelah buat yang betul. dan tak payah la nak judge keje orang lain. buat keje sendiri lagi baguis. lagi berfaedah.

dah la. geram. dah la opis ni sejuk. aku tak buat apa pulak tu. memang terasa sgt sejuknya. waaaaaaaaa

No comments:

Post a Comment

tinggalkan luahan hati di sini