Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Friday, 14 October 2011

cara mendidik nafsu

Sebagai manusia kita memang ada macam-macam jenis nafsu. Nafsu amarah, nafsu makan, nafsu shopping, nafsu mahukan kuasa, nafsu seks, nafsu nak kejar "glamour" dan macam-macam lagi. Namun, jauh dilubuk hati yang masih terpalit dengan iman ini pula mahukan keadaan yang lebih baik. Persoalannya, bagaimana caranya agar kita boleh mendidik nafsu?

Ini adalah suatu kisah yang saya sendiri kurang pasti akan sumber dan kesahihannya. Semasa Allah mencipta Nafsu maka Allah tanyakan kepadanya "Wahai Nafsu, siapa kau dan siapa Aku?". Maka Nafsu pun menjawab dengan angkuhnya pada Allah yang menciptakannya "Kau adalah Kau dan aku adalah aku".

Lalu Allah campakkan Nafsu ke dalam neraka Jahanam yang menyala-menyala selama sekian waktu. Lalu Allah berkeluarkan Nafsu dan bertanya lagi "Wahai Nafsu, siapa kau dan siapa Aku?". Namun, Nafsu yang Ego, Bongkak, lagi Angkuh menjawab "Kau adalah Kau, dan aku adalah aku".

Lalu sekali lagi Nafsu dihumban ke Neraka Jahanam agar dia bertaubat untuk sekain kalinya. Kemudian Allah keluarkan Nafsu dan bertanya lagi "Wahai Nafsu, siapa kau dan siapa Aku?".  Namun Nafsu masih dengan jawapan yang sama "Kau adalah Kau, dan aku adalah aku". memang tak makan ajar sungguh si Nafsu untuk tunduk dan mengakui Allah sebagai Tuhan yang Esa.

Lalu Allah biarkan nafsu dengan lapar dan dahaga untuk sekian waktu. kemudian Nafsu ditanya lagi, "Wahai Nafsu, siapa kau dan siapa Aku?" Lalu Nafsu menjawab dengan rendah diri dan patuh "Sesungguhnya, Engkau adalah Allah tuhan yang Maha Esa, dan aku adalah hambaMu".

Demikianlah perihal bagaimana Nafsu dapat dididik agar tunduk dan patuh kepada Allah. Maka, marihal kita sama-sama mendidik nafsu kita dengan berpuasa. Wallahua'lam

Wednesday, 12 October 2011

tawaf

banyak mende yang bermain difikiran ku ini. tapi tak terkeluar. tapi aku paksa jugak supaya dia keluar sebab aku rasa aku kene meluahkan segalanya supaya lepas. nak meluahkan kat orang takot orang bosan takpelah. sini pon jadila kan.

berbalik cerita mengikut title kat atas (dah rasa nak tergelak dah ni).. semalam tengah nak semayang maghrib, tiba2 qis nanges.. terus je aku tengok. apa sudah terjadi. adik aku kata bukannya sakit pon. aku pon takde dengar kepala terhantuk.

ibu: 
dah duk betul2. meh duk atas kerusi yer. sambung makan jagung ni (masa tu dia tengah makan jagung)
qis:
(terkelip-kelip tengok ibu) waaa... (aduh nanges makin kuat lak. buat2 tersungkur balik)
ibu:
tula.. sapa suruh main adik punya walker. kan dah jatuh (dia letakkan kaki dia kat walker tu kot. bila walker jalan... dia pon jalan la. terus tergolek dog).. dah2 duduk makan jagung yer. ibu nak sembahyang maghrib ni. qis diam ye. makan ye.
qis:
(nangis lagi2 lagi dan lagi)
yan (adik aku):
dah2. makan meh. duduk ngan cik yan ni. adik tengok ni. malu la. (dia dokong baby is. aku pulak solat la sebab dah lambat. huhu)... berlakulah sesi pujuk memujuk di situ.

aku pon solat la. pastu aku tengok qis pergi merangkak kat meja (haish.. tengah sembahyang pon menjeling2. astaghfirullah.. nampak sgt tak kusyuk). aku ingatkan dia nak amek sesuatu atau pon amek jagung dia yang bersepah ke (sambil menangis). tengok2 dia pusing2 meja tu sambil menagis. adik aku dah mula gelak2 sambil bertanya qis buat apa tu tapi dia tetap menangis sambil membuat pusingan baru. dah masuk dua tiga pusing adik aku dah ketawa terbahak2. aku pulak rasa nak gelak jugak je. huhu.. aku tengah solat. hai la. qis. qis. agaknya dia nak cover malu dia jatuh tu. tu yang buat ntah apa2. hahaha.. aku nak gelak guling2. tapi adika ku berjaya memujuk dia dengan mengalihkan perhatian dia. ajak dia main lego. buat rumah. syabas yan. hehe....

lepas solat je aku meneruskan rutin biasa. memasak. memasak simple2 seperti biasa

pagi tadi.. pukul 6 baby dah bangun. huhu... agak payah jugak nak menguruskan diri bila si kecik dah bangun. tapi aku berjaya. abang bangun bila aku kejutkan dia untuk jaga si kecik tapi tido balik pastu. huhu... penat sgt la tu. huhu. sabar aja la.

di ofis... seperti biasa. tak tahu what to do. pagi tadi dah call cawangan negeri. pastu dah entah.. termenung lagi lagi dan lagi. bloging la. apa lagi. fesbuk dah suram. twitter yang baru ku kenali jugak memeningkan kepala. huhu. dah la minggu  ni not in mood. tak tahu la kenapa. tapi aku rasa aku masih berharap dengan itu 'pink' walaupon selalu ku pujuk diri untuk redha. Allah tahu apa yang Dia buat... ya Allah.. tabahkanla hati hamba Mu ini... meeting pulak batal. entah apa2.

dah la. kalau sampai bab tu, mesti rasa nak marah. sebelum kemarahan keluar dengan lebih membara. baik lah aku stop. semoga luahan ku ini tidak membosankan walaupon aku tahu luahan tang ofis tu agak menjengkelkan.. huhu. aku pasrah

thats all. thank u

mari menyanyi

rasa nak menyanyi la pulak. huhu.. tengah layan lagu ni. best. terbawak2 dengan cerita cinta elysa. layannnnn.. zasssss,....

Lirik Lagu Stacy – Kisah Dongeng

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
(korus)
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati
(ulang korus)

Lirik Lagu Hatimu Milikku – Nera AF9

Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Akan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku
[*]
Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu
[**]
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa batas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu
Kan kuabadikan dikau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya
Kan kucoretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
Ulang [*][**]
Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku
Ulang [*][**]
Aku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidupku ini