Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Thursday, 3 November 2011

dua dunia

hari ni aku rasa amat tak best. rasa macam nak marah je. rasa sedih dengan keadaan diri. aku tahu ni semua ada hikmah dan mungkin adalah kerana kesilapan aku sendiri yang tak pandai nak bawak diri, jadi sekrang ni aku tengah memujuk diri la ni. huhu. memujuk diri dengan tidak memikirkan hal itu dan memikirkan hal yang lain walaupon hal yang lain tu sama je bebannya.

aku tak tahu macam mana nak mulakan cerita dua dunia aku ni tapi aku nak tulis jugak. aku akan menulis untuk memaham kan diri aku jugak. kalau sesiapa yang baca ni tak faham. abaikan je la... ni bukan cerita pasal amfibia yang duduk dalam dua alam ke apa ke. just nak membawa kita berfikir. huhu

apa ek perasaan orang kalau sudah 20thn lebih duduk dalam satu dunia yang lain. duduk dalam dunia yang dirasakan penuh dengan something yang negative berbanding dengan sesuatu yang positif. dunia ni macam apabila kita tengok tv pastu kalau cerita tu kelakar ke apa ke kita takleh nak bising2 gelak2 macam nak gila kerana boleh mengganggu kosentrasi orang lain atau dengan senang katanya takot dimarahi. sedih kan??? tapi dunia tu memang ada. dan bila ada orang berborak2 jangan sesekali menyampuk. nanti dikatanya budak2 jangan nak sibuk hal orang tua. apabila mendapat arahan tidak boleh sessekali mmberikan pandangan kerana pandangan itu akan ditolak mentah2. owh terasa macam kewujudan langsung tak dihiraukan. keadaan ni boleh membuatkan seseorang yang mempunyai potensi akan takot untuk menonjolkan dirinya kerana telah terdidik dengan keadaan duni yang sebegitu. agak malang orang itu.

dunia satu lagi pula begitu terbuka. sentiasa riang. boleh usik mengusik sesama sendri tanpa ada yang merasa tersinggung. boleh memberikan pendapat walaupon pendapatnya kadang2 memang bodoh dan tak masuk akal. sesungguhnya orang yang terdidik dengan suasana sebegini akan dapat dan senang bergaul juga senang untuk menyesuaikan diri di mana sahaja dia pergi.

bila kedua2 dunia bertemu dalam satu2 perkara dan contoh yang amat dekat adalah perkahwinan, tentunya yang daripada dunia kedua lebih selesa berbanding di dunia yang pertama. kesian orang tu. dah la susah nak menyesuaikan diri dan terpaksa menahan sabar dengan gurauan dari dunia kedua yang pada mereka gurauan itu adalah biasa bagi mereka. sentiasa dibayangi ketakutan. malu.....

jadi kesimpulannya....kesian kan kalau anak anda terdidik dalam dunia yang pertama tadi?? so,  jangan la mendidik anak anda dengan keadaan yang stress. tapi manusia sememang nya lemah. dia kene sentiasa dibantu jika dilahirkan dalam dunia yang pertama tadi. dia mudah untuk merasa marah kerana tak boleh kata2nya dibantah. dan kalau tiada pegangan agama yang kuat, akan senang untuk mengikut2 orang lain untuk mencari hiburan diri sendiri.

betul ke??
renung2 kan lah.....

Wednesday, 2 November 2011

meroti

setelah sekian lama menerjah tesco. akhirnya aku berjumpa jugak dengan mesin roti a.k.a bread maker atau juga lebih dikenali dengan BM... walaupon terlambat sedikit membelinya kerana tarikh harijadi mak dah lama terlepas. aku dapat jugak beli BM brand tesco yang pernah aku cakap dulu... dan dengan bangganya. inilah BM yang telah berjaya aku rembat dari tesco kajang pada 27/10/2011 (khamis) aritu....

ceh.. nasi sejuk tu pon nak enteprem kat situ

BM tu memang duduk dalam kereta je la selepas dibeli sebabnya esoknya aku nak balik umah mak dah. huhu... sampai je kat umah... petang tu jugak kitorang buat roti. roti sosej tu. 1st time buat tak berapa nak naik sebab aku letak sikit je yis. hehehe.. tak reti nak budget. mak suh letak sume tapi aku tak dengar. degil tul aku ni. roti pon tak berapa nak naik tapi still sedap. memang tak cukup la kitorang makan. almaklum la keluarga besar. sekelip mata je dah habis. dah la buat sikit. percubaan la katakan.

sabtu pon buat lagi sebab tak puas hati. kali ni buat dengan sekilo tepung (amekau). kali ni buat roti sosej tu lagi campur dengan roti sardin. roti sardin tu basah sket sebab sardin tu basah. lenkali buat kene keringkan dulu la. hehehe... ni la hasilnya. dapat dalam 20 bun roti sardin, 10 roti sosej. 3 ban roti kong dengan 3 roti pintal2... berbaloi2. kalau beli kat kedai tak ke berpuluh2 duit habis. eh belas2 kot. hari tu jugak habis. (diorang ni mcm buaya. semua ngap je. kali ni adik aku yang masukkan bahan. aku tengok je. hahaha... baby asyik nak melekat je ngan aku. tak dapat nak membuat walaupon aku nak buat sesangat)...

ni la hasilnya (tak amek sume gambar. huhu)

baru je kuar dari oven dah lesap 4 ketul. huhu.. roti sardin.

roti pintal2 sebab sosej dah habis. sedap cicah ngan air

lagi satu loyang bun sardin...
abang ngan adik aku yan tak dapat nak makan. abang bekerja dan yan berkonvo... takpe. masa masih panjang. lenkali leh buat lagi.

konvo

lama tak bersiaran!!!! (ayat poyo) wahhh.. teruja lak rasanya nak memblog lagi. minggu lepas sibuk engan persekolahan qistina dan men kontraktor kan rumah baru. hehehe... mcm2 hal.

k lah... berbalik pada cerita konvo... rasanya dah habis kot sesi berkonvo bagi IPTA seluruh mesia. tapi sorila kalau salah. alhamdulillah dua orang adik aku telah berjaya mendapat degree mereka. sama2 pulak diorang ni habis. yang nombor 3 dan 4. yang no. 3 tu lambat sket sebab ada masalah teknikal dan tak dapat dielakkan. semoga diorang menjadi engineer yang bekaki lebar. eh. berkaliber.

tapi diorang berkonvo aku tak dapat nak ikot sebab aku rasa tak mampu nak ikot dengan anak kecik. menyusu badan pulak tu. malas nak menyelak2 tengah2 crowd.... bestnya. (tetiba aku teringat masa aku berkonvo dulu).. eh best ke. macam biasa2 je. hehehe

alkisahnya.
adik aku balik di tengah malam isnin tu dengan membawa dua jambak bunga (adik yang no 4 sebab dia duk umah aku). jadi aku pon terus mesej kat abang...
bukan sejambak bunya yang sebenar. hehehe....

aku:
abang. yan balik bawak bunga. nak jugak. masa konvo dulu abang takde pon bagi bunga. (hahaha.. macam la aku dah kenal abang masa aku konvo dulu)
abang:
abang bukan anak orang kaya. tak mampu (poyo je ayat abang aku ni. aku baca sambil tersenyum je - cerita ni berkaitan dengan cerita aku yang lepas.)
aku:
nak jugak (mengada2 kan.. huhu)
abang:
tunggu sayang konvo lagi sekali lg la.... (dia memang dari dulu suruh aku sambung phd)
aku:
tak nak....

takde pape pon nak cerita. saja je nak menceritakan kesengalan aku. hahaha. ye la kan. dulu masa aku konvo sesorang je. selalu berangan nak berkonvo bersama insan tersayang. (dua kali konvo lak tu. iskh.- masa kat mrsm tak masuk la sebab masa tu masih remaja hingusan...) pastu, tu la time nak kenal kan dengan mak abah. haha. berangan tak hengat. tapi TUHAN maha mengetahui segalanya. aku berjumpa dengan abang ku sayang bila aku dah keje. tapi masa konvo dulu mak ada belikan aku bunga tapi sekuntum je la. mak pon bukan ada duit. tak keje kan. time kasih mak. dapat jugak bunga... :)

ni pon bukan gambar sebenar.
 aku yang bengong. hahaha