hari ni aku rasa amat tak best. rasa macam nak marah je. rasa sedih dengan keadaan diri. aku tahu ni semua ada hikmah dan mungkin adalah kerana kesilapan aku sendiri yang tak pandai nak bawak diri, jadi sekrang ni aku tengah memujuk diri la ni. huhu. memujuk diri dengan tidak memikirkan hal itu dan memikirkan hal yang lain walaupon hal yang lain tu sama je bebannya.
aku tak tahu macam mana nak mulakan cerita dua dunia aku ni tapi aku nak tulis jugak. aku akan menulis untuk memaham kan diri aku jugak. kalau sesiapa yang baca ni tak faham. abaikan je la... ni bukan cerita pasal amfibia yang duduk dalam dua alam ke apa ke. just nak membawa kita berfikir. huhu
apa ek perasaan orang kalau sudah 20thn lebih duduk dalam satu dunia yang lain. duduk dalam dunia yang dirasakan penuh dengan something yang negative berbanding dengan sesuatu yang positif. dunia ni macam apabila kita tengok tv pastu kalau cerita tu kelakar ke apa ke kita takleh nak bising2 gelak2 macam nak gila kerana boleh mengganggu kosentrasi orang lain atau dengan senang katanya takot dimarahi. sedih kan??? tapi dunia tu memang ada. dan bila ada orang berborak2 jangan sesekali menyampuk. nanti dikatanya budak2 jangan nak sibuk hal orang tua. apabila mendapat arahan tidak boleh sessekali mmberikan pandangan kerana pandangan itu akan ditolak mentah2. owh terasa macam kewujudan langsung tak dihiraukan. keadaan ni boleh membuatkan seseorang yang mempunyai potensi akan takot untuk menonjolkan dirinya kerana telah terdidik dengan keadaan duni yang sebegitu. agak malang orang itu.
dunia satu lagi pula begitu terbuka. sentiasa riang. boleh usik mengusik sesama sendri tanpa ada yang merasa tersinggung. boleh memberikan pendapat walaupon pendapatnya kadang2 memang bodoh dan tak masuk akal. sesungguhnya orang yang terdidik dengan suasana sebegini akan dapat dan senang bergaul juga senang untuk menyesuaikan diri di mana sahaja dia pergi.
bila kedua2 dunia bertemu dalam satu2 perkara dan contoh yang amat dekat adalah perkahwinan, tentunya yang daripada dunia kedua lebih selesa berbanding di dunia yang pertama. kesian orang tu. dah la susah nak menyesuaikan diri dan terpaksa menahan sabar dengan gurauan dari dunia kedua yang pada mereka gurauan itu adalah biasa bagi mereka. sentiasa dibayangi ketakutan. malu.....
jadi kesimpulannya....kesian kan kalau anak anda terdidik dalam dunia yang pertama tadi?? so, jangan la mendidik anak anda dengan keadaan yang stress. tapi manusia sememang nya lemah. dia kene sentiasa dibantu jika dilahirkan dalam dunia yang pertama tadi. dia mudah untuk merasa marah kerana tak boleh kata2nya dibantah. dan kalau tiada pegangan agama yang kuat, akan senang untuk mengikut2 orang lain untuk mencari hiburan diri sendiri.
betul ke??
renung2 kan lah.....
No comments:
Post a Comment
tinggalkan luahan hati di sini