Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Thursday, 8 December 2011

memujuk hati

semalam qis meragam lagi.. xmo ibu amek dari rumah mak dia. nak ayah yang amek. dekat sejam jugak la aku menunggu kat sana dan memujuk. tapi pujukan hanya berjaya 50% je sebab dia masih tak mau berjalan. ada ke nak masuk stroller. ibu mana larat nak tolak dia sambil dukung baby. waaa.. akhirnya mak dia suruh anak nya tolong aku tolak qis. huhu.. kalau hari2 macam ni, boleh jadi tebal muka ibu sayang. camana yer??


akhirnya, pujuk diri sendiri jugak la aku


"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, 
DIA datangkan petir dan kilat. 
Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, 
rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"

ye lakan.. orang kata, budak2 ni kalau banyak menyusahkan kita masa kecik, nanti besar dia senangkan kita.. petikan dari ayat ketua kampung pening lalat dalam cerita ahmad albab. hehehe

Wednesday, 7 December 2011

lembut hati

haish... qistina semakin menjadi2 ragamnya. aku dan abang tak tahu lagi dah apa nak buat. kalau terlalu ikotkan sangta kehendaknya takot memakan diri kami juga akhirnya nanti. ye la kan. dibuatnya dia mintak sesuatu yang kami tak boleh bagi mungkin sebab mahal atau takde kat mana kedai untuk dibelikan. apalah kami nak buat yer...

pagi tadi on da way g keje, kebetulan sinar jemput dr fadilah kamsah. dan yang menariknya si pemanggil tu mengutarakan masalah yang sama. dan dr fadilah adalah bagi ayat2 yang boleh dibaca dan dihembuskan kepada anak. tapi aku tak ingat. huhu.. so, aku pon dengan segera menggugel.. harapnya, boleh la kami amal kan nya. kat bawah ni, aku dapat dari blog terapi jiwa..... owh. terima kasih

Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)
Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati
Mengikut aturannya, bacalah:
Baca surah Al-Fatihah
Al Fatihah……………..
Baca Ayat di Bawah:
Lauanzalna hazal qurana (nama orang/diri)…………………..akhir
Baca ayat 1-5 Surah Taha
(di bawah hanya disertakan maksud - baca ayat asalnya tanpa tarjim)
1.  Thaahaa.
2.  Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3.  Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4.  Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.
5.  (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy.

Kemudian baca doa pelembut hati di bawah
“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”
“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”

Kemudian tiupkan ke air
Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.
* di ruangan (nama)……..letakkan nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri sendiri

ada jugak yang aku dapat dari blog2 lain. tapi nampaknya sama sahaja kandungannya. mungkin ada juga kelainan. nanti boleh la baca sendiri yer. ni dia blog resepi rahsia.

aku juga nak baca kepada diriku sendiri agar menjadi ibu yang penyabar juga. :) amin

kepada abangku, nanti kita baca sama2 untuk buah hati kita tu ye. semoga dia jadi anak yang soleh dan solehah

Tuesday, 6 December 2011

cerita tanpa kata

malas nak mengarang.. tengok gambar je la

kakak nak menjatuhkan diri

adik yang begitu beria nak ikut kakak lompat2 katil.. huhu.. sabarla sayang.
suka sangat tengok gambar ni. adik peluk kaki kakak masa tidur.. sweet