pagi tadi on da way g keje, kebetulan sinar jemput dr fadilah kamsah. dan yang menariknya si pemanggil tu mengutarakan masalah yang sama. dan dr fadilah adalah bagi ayat2 yang boleh dibaca dan dihembuskan kepada anak. tapi aku tak ingat. huhu.. so, aku pon dengan segera menggugel.. harapnya, boleh la kami amal kan nya. kat bawah ni, aku dapat dari blog terapi jiwa..... owh. terima kasih
Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)
Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati
Mengikut aturannya, bacalah:
Baca surah Al-Fatihah
Al Fatihah……………..
Baca Ayat di Bawah:
Lauanzalna hazal qurana (nama orang/diri)…………………..akhir
Baca ayat 1-5 Surah Taha
(di bawah hanya disertakan maksud - baca ayat asalnya tanpa tarjim)
1. Thaahaa.
2. Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4. Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.
5. (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy.
Kemudian baca doa pelembut hati di bawah
“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”
“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”
Kemudian tiupkan ke air
Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.
* di ruangan (nama)……..letakkan nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri sendiri
ada jugak yang aku dapat dari blog2 lain. tapi nampaknya sama sahaja kandungannya. mungkin ada juga kelainan. nanti boleh la baca sendiri yer. ni dia blog resepi rahsia.
aku juga nak baca kepada diriku sendiri agar menjadi ibu yang penyabar juga. :) amin
kepada abangku, nanti kita baca sama2 untuk buah hati kita tu ye. semoga dia jadi anak yang soleh dan solehah
kepada abangku, nanti kita baca sama2 untuk buah hati kita tu ye. semoga dia jadi anak yang soleh dan solehah
umi nak adik lagi kot..hee hee..
ReplyDeleteBoleh try juga Ya latif, zikir banyak kali2 tiup pada ubun2 dia...
masa dia dh lena..cuba cakap supaya dia behaves...dan insyaALLAH doa ibu kan makbul..kita cuba doa banyak2 yee..
umi nak adik lagi kot..hee hee..
ReplyDeleteBoleh try juga Ya latif, zikir banyak kali2 tiup pada ubun2 dia...
masa dia dh lena..cuba cakap supaya dia behaves...dan insyaALLAH doa ibu kan makbul..kita cuba doa banyak2 yee..
haish aida ni.. cukup2 la tuh. tak mampu lagi ni.. orang kata kalau nak tambah pon, yang kecik yang meragam. so, bukan nak dapat adik la. hihi... tula. kekadang tu susah nak amalkan sebab ibu tido dulu sebelum qis. ibu ikot baby tido. apa pon, kami akan berusaha lagi untuk mencuba semua petua.
ReplyDelete