Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Wednesday, 4 January 2012

sweet 17

15 januari 1995 - 15 januari 2012
kalau masih panjang umurnya, mungkin usianya dah 17 tahun kan?? sayang sekali. cuma dapat bertahan selama 8 tahun sahaja. sebabnya?? rasanya biarlah rahsia (eceh.. macam siti lak). sekarang. sekolah tu dah takde. bangunan still ada tapi dah jadi sekolah lain. sekolah agama imtiaz ke kalau tak salah aku.
sekolah ku.. MRYT-MARA Dungun. sayang sanagt sekolah tu  sebab ada banyak sebab. huhu apaye?? sebab di situ lah:
  • tempat bermulanya aku belajar berdikari. jauh dari mak abah.
  • aku kenal cikgu2 yang baik sekali dalam dunia ni. takde cikgu yang baik pernah aku jumpa selain kat situ. (adakah mungkin kerana kami pioneer?? hehehe
  • distu jugak kenal kawan2 yang semacam adik beradik. kami close. especially dengan kawan kelas, dorm, n homeroom...
hari ni
alhamdulillah semua bekas pelajar sekolah tu dah menjadi orang yang berjaya. berjaya pada aku bukanlah bekerja dengan jawatan tinggi dan bergaji besar. berjaya sebab anak2 murid situ telah menjadi insan yang berguna dah sekarang. yang tak bekerja, menjadi suri rumah jugak adalah antara orang yang berjaya. pada aku, aku tak mampu nak jadi suri rumah. susah tu... pada yang keje kecik2 anda jugak berjaya sebab tu semua menyumbang kepada kejayaan negara. (ewah.. hehehe)

tapi, baru2 ni aku dikejutkan dengan berita ombak besar kat dungun. masa tengok berita malam tu, aku rasa terkejut sangat. nampak sekolah aku dulu tu kat situ. huhu.. nasib baik jugak sekolah tu dah ditutup. kalau tak, agaknya ada lagi saki baki cikgu2 aku yang masih mengajar kat situ. tak mau la diorang berada dalam bahaya. nak diorang sentiasa selamat dan dilindungi oleh NYA.
(gambar ambil dari google) habis semua jalan ranap....

masa tengok berita tu, tiba2 aku teringat pulak aktiviti2 yang pernah kitorang buat dulu. sedihnya. rasa macam dah tak selamat lagi je. ye lahkan. mengikut ilmu yang aku dah pelajari, hakisan ni bukan boleh dijangka. semuanya kejadian Tuhan yang Maha kuasa. kalau nak ditambun balik pon pantai tu, mesti tetap tak sama dengan ciptaan Allah yang satu. sama jugak kalau kejadian tanah runtuh. memang kejadian macam ni tak boleh nak salahkan sesapa. sebab tanah tu boleh berubah perangainya. sama macam manusia. yeahhh.. memang manusia dijadikan daripada tanah. kalau hari ni, kita design sesuatu cerun tuh selamat.. tak semestinya 10-20 tahun akan datang ia sentiasa selamat. sebab tanah tu akan dipengaruhi oleh unsur2 lain macam angin, air.. (eh melalut pulak aku ni)

mmm.... dekat pantai tulah:
  • kami berorientasi bersama cikgu kamal. mana ada budak lain berorientasi dengan cikgu. tapi disebabkan kami ni perintis.. dan itulah keistimewaan kami..) owh rindunya.
  • kat situ jugak kadang2 kita keluar beriadah kalau tiba2 warden bagi kami kebenaran keluar
  • tempat aku termenung merenung ombak (macam ombak rindu lak)
  • pada budak2 kelas b.. dulu kita bukak rahsia yang kita main mentor menti kat pantai ni kan.
  • tempat kita kacau kapel2 yang sibuk bercengkerama.. haish diorang tak baik sungguh. (agaknya Tuhan dah tak mau tengok tempat tu jadi tempat maksiat lagi la tu)
  • apa lagi ek?? lupa dah kot
dulu
masa kat sekolah.. kalau hujan lebat malam2 selalu dengar bunyi ombak menghempas pantai (ewah.. ayat tak hengat).. aku takot.. sampai termimpi2. ombak tu jadi besar (eh.. dah terbongkar satu rahsia).. tak sangka selepas 17 tahun, mende tu betul2 jadi. semoga inilah kali pertama dan terakhir.

oklah.. dah la. terhasilnya entry hari ni sebab ulangtahun sekolah tu kalau ia wujud lagi.. cuma terkenang seketika. to all my frens, cikgu. love u so much. entah bila kita boleh jumpa semua beramai2 semula. masing2 sibuk dengan tugasan.

Tuesday, 27 December 2011

eeee anjing

mmm kelam kabut sungguh pagi ini.. perancangan yang dirancangkan tidak menjadi.

asalnya...
aku kene naik tren berulang dari seremban minggu ini untuk ke kerja. abang ku cuti pada minggu ini. jadi dia berhajat nak duduk kat umah mak dia la. aku pulak??? huhu... segan untuk meng apply cuti memandangkan aku masih baru di sini. sebab tu la kene berulang alik dari seremban. tapi semalam bila balik je seremban. rumah itu senyap sunyi. adoyai... semua orang takde. adik2 abang semuanya takde. jadi kami membuat keputusan untuk pulan semula ke KL. haish. mula2 malam tu jugak tapi di anjak ke pagi tadi. huhu... boleh je kalau nak tinggal kat sana tapi xakan nak susah kan ibu jaga si kecik pulak. kalau adik2 ipar ada, ok la sket. xpelah abang. nak buat camana. lenkali kita cuti sesama yer. tu la abang. lenkali cakap kat diorang betul2 abang selalu memain je ngan diorang. mesti diorang pon ingat abang memain hari tu. dengan saya2 naik kompius ni.
packing is done. hehehe


eh
ni bukan cerita anjing seperti tajuk di atas

hehehe.. sebenarnya cerita ni dah terperam selama dua minggu. memandangkan kesibukan tak dapat nak berblogging sanagt. dua minggu lepas, sajala nak menghabiskan masa mengok rumah baru. lepas tu sajala bawak budak kecik tu mandi. tapi qis je la mandi. si baby tengok je. tanya abang kenapa tak celup si baby macam si kakak dulu. ayahnya cakap, x mola. dia kata, kakak dulu lepas berendam je mesti demam. so, dia xmo perkara sama terjadi juga. (aku pon tak hengat sebenarnya... ibu memang tak prihatin nih)..

tengah sedap bermandi manda tu. tetiba adalah sorang tu bawak anjing.. (bangsa apa.. t ak yah la cakap. tapi sure yang baca tau kan).. "vudus" punya orang!!!!! ada ke patut dia lepaskan anjing dia berkeliaran kat situ. dah la kawasan situ basah. ramai orang pulak tu. orang melayu pon ramai ok. tak faham sensitiviti orang melayu betulla!!! tetiba aku rasa nak marah balik je. eee geram. vudus. vudus. vudus.

ada ke patutu dia lepas kan anjing dia. dia ingat kitorang ni agama sama ngan dia. lepas tu dengan senang hati nya anjing tu pergi kat kitorang. melompat kami semua atas kerusi kat situ. dah la aku pegang baby. kalau aku ngan baby jatuh masa tuh. memang nahas la kau. abang aku dengan geramnya menjerit.. 'oiiii ambek la anjing kau ni!!!!' baru orang tu terhegeh2 nak amek anjing dia. dah la jalan lenggang kangkung. lari la sket oi. eee geram seh.

pastuh.. ada sorang budak tu g salut2 anjing tuh. kalau ikot rupa orang tu n bapak dia. aku rasa dia orang melayu tapi tak tahu kenapa bapak dia leh sengih2 je bila nampak anak dia salut2 anjing tuh. mungkin dia bukan orang melayu kot. takpon orang melayu yang tak mementingkan halal haram. atau mungkin muka je melayu.

masa nak balik tu, abang aku sound lagi mamat tu. pastu ada ke patut dia kata dia dah say sori. hangguk kau. kau ingat menatang tu halal ke ngan kitorang. hangin. hangin. kalau sekali lagi kitorang jumpa anjing kau berkeliaran. nahas la kau.

k la.. habis cerita geram pasal anjing dan tuannya yang vudus. geram. geram aku geram.

Thursday, 22 December 2011

mari halau itu nyamuk

nyamuk...

huhu.. minggu sebelum ni nyamuk begitu berleluasa sekali. dah penat menyembur rumah tapi still ada itu nyamuk. haish. apa nak buat ni. kalau gigit aku takpelah. kalau gigit baby. huhu.. ciannya dia. dah la kalau kene gigit tu bukan main merah lagi. lepas tu lama pulak nak hilang. lepas merah jadi hitam. dah tak lawa muka sayang ibu tuh.

ada satu hari tu member ofis bawak satu mende. mende ada lah....

insect repeller
ok lah. setakat ni nyamuk takde. dia kata dia guna system wave. entah. pakai frekuensi yang membuatkan nyamuk tak suka dengan bunyi tu kot. aku bukannya sound engineer. so, i don't know how to explain how the thing's work. hahaha... cuma hari tu sekali nyamuk berjaya jugak menggigit si kecik sebab aku pasang lepas baby dah tido. huhu.. cian. dua2 belah kaki pulak tu kene gigit.

hope lepas  ni xde lagi yang berani gigit sayang bucuk ibu ni...