Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Wednesday, 4 January 2012

sweet 17

15 januari 1995 - 15 januari 2012
kalau masih panjang umurnya, mungkin usianya dah 17 tahun kan?? sayang sekali. cuma dapat bertahan selama 8 tahun sahaja. sebabnya?? rasanya biarlah rahsia (eceh.. macam siti lak). sekarang. sekolah tu dah takde. bangunan still ada tapi dah jadi sekolah lain. sekolah agama imtiaz ke kalau tak salah aku.
sekolah ku.. MRYT-MARA Dungun. sayang sanagt sekolah tu  sebab ada banyak sebab. huhu apaye?? sebab di situ lah:
  • tempat bermulanya aku belajar berdikari. jauh dari mak abah.
  • aku kenal cikgu2 yang baik sekali dalam dunia ni. takde cikgu yang baik pernah aku jumpa selain kat situ. (adakah mungkin kerana kami pioneer?? hehehe
  • distu jugak kenal kawan2 yang semacam adik beradik. kami close. especially dengan kawan kelas, dorm, n homeroom...
hari ni
alhamdulillah semua bekas pelajar sekolah tu dah menjadi orang yang berjaya. berjaya pada aku bukanlah bekerja dengan jawatan tinggi dan bergaji besar. berjaya sebab anak2 murid situ telah menjadi insan yang berguna dah sekarang. yang tak bekerja, menjadi suri rumah jugak adalah antara orang yang berjaya. pada aku, aku tak mampu nak jadi suri rumah. susah tu... pada yang keje kecik2 anda jugak berjaya sebab tu semua menyumbang kepada kejayaan negara. (ewah.. hehehe)

tapi, baru2 ni aku dikejutkan dengan berita ombak besar kat dungun. masa tengok berita malam tu, aku rasa terkejut sangat. nampak sekolah aku dulu tu kat situ. huhu.. nasib baik jugak sekolah tu dah ditutup. kalau tak, agaknya ada lagi saki baki cikgu2 aku yang masih mengajar kat situ. tak mau la diorang berada dalam bahaya. nak diorang sentiasa selamat dan dilindungi oleh NYA.
(gambar ambil dari google) habis semua jalan ranap....

masa tengok berita tu, tiba2 aku teringat pulak aktiviti2 yang pernah kitorang buat dulu. sedihnya. rasa macam dah tak selamat lagi je. ye lahkan. mengikut ilmu yang aku dah pelajari, hakisan ni bukan boleh dijangka. semuanya kejadian Tuhan yang Maha kuasa. kalau nak ditambun balik pon pantai tu, mesti tetap tak sama dengan ciptaan Allah yang satu. sama jugak kalau kejadian tanah runtuh. memang kejadian macam ni tak boleh nak salahkan sesapa. sebab tanah tu boleh berubah perangainya. sama macam manusia. yeahhh.. memang manusia dijadikan daripada tanah. kalau hari ni, kita design sesuatu cerun tuh selamat.. tak semestinya 10-20 tahun akan datang ia sentiasa selamat. sebab tanah tu akan dipengaruhi oleh unsur2 lain macam angin, air.. (eh melalut pulak aku ni)

mmm.... dekat pantai tulah:
  • kami berorientasi bersama cikgu kamal. mana ada budak lain berorientasi dengan cikgu. tapi disebabkan kami ni perintis.. dan itulah keistimewaan kami..) owh rindunya.
  • kat situ jugak kadang2 kita keluar beriadah kalau tiba2 warden bagi kami kebenaran keluar
  • tempat aku termenung merenung ombak (macam ombak rindu lak)
  • pada budak2 kelas b.. dulu kita bukak rahsia yang kita main mentor menti kat pantai ni kan.
  • tempat kita kacau kapel2 yang sibuk bercengkerama.. haish diorang tak baik sungguh. (agaknya Tuhan dah tak mau tengok tempat tu jadi tempat maksiat lagi la tu)
  • apa lagi ek?? lupa dah kot
dulu
masa kat sekolah.. kalau hujan lebat malam2 selalu dengar bunyi ombak menghempas pantai (ewah.. ayat tak hengat).. aku takot.. sampai termimpi2. ombak tu jadi besar (eh.. dah terbongkar satu rahsia).. tak sangka selepas 17 tahun, mende tu betul2 jadi. semoga inilah kali pertama dan terakhir.

oklah.. dah la. terhasilnya entry hari ni sebab ulangtahun sekolah tu kalau ia wujud lagi.. cuma terkenang seketika. to all my frens, cikgu. love u so much. entah bila kita boleh jumpa semua beramai2 semula. masing2 sibuk dengan tugasan.

No comments:

Post a Comment

tinggalkan luahan hati di sini