Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Tuesday, 10 April 2012

kurang asam punya motor!!!

entah apa la malang nasib ku pada hari ini!!! dengan tiba2 ada sebijik mototr telah melanngar side mirror ku yang cantik itu..  dah la bawak laju macam pelesit!!! moto lain lalu kat sebelah aku ni takde apa pon. apasal tetiba kau pergi langgar lak kete aku ni!!!

cermin tercabut

cover belakang pon tercabut
apa pon, terima kasih kepada abang ku sayang kerana sudi membelanja membetulkan telingga kereta ku ini. huhu.. mahalnya. nasib tak terkulai layu telinga itu. kalau tak mesti lagi mahal kan. kalau korang nak tahu sebelah telingga itu berharga 360. kalau sepasang 700++... ni nasib cermin n cover je. setelah merayau satu ampang (abnag la yang merayau.. hehe) dapat 222. huhu.. cermin sahaja pon dah 170. waaaa duit terbang melayang2 seperti ditiup angin. thanks abang. thanks. thanks.... sayang abang... :P

sampai ofis, meja penuh... owh
sampai je kat ofis.. owh bayk nya kerja menunggu tapi its better like this than kosong..

Tuesday, 3 April 2012

tak sekolah

semalam qis tak sekolah lagi.. masa ambil dia dari rumah pengasuh, mak dia cakap, dia nak ibu hantar. adoi la qis sayang. kalau la ibu tak kerja, boleh la ibu hantar. ibu pon lagi suka tengok qis pergi sekolah dan selamat sampai sekolah sendiri. siapkan qis ikut cara ibu tapi bila ibu bekerja ni, ibu terpaksa serahkan semuanya kepada orang. buat masa ni, tentula dengan mak qis...

tapi, kalau ibu tak kerja, boleh ke ibu bawak kereta. entah2 lesen pon ibu takde. semua nak kene mengharap dengan ayah. tapi ibu harap qis akan faham. memang hidup sekarang perlu untuk kami bekerja. semuanya perlukan duit sayang..

haritu, masa ibu kerja jauh, dua hari qis tak sekolah kan. qis memang terlalu ayah manjakan. tapi aku tak salah kan ayah. sebab kalau aku tegas, kenela ayah nya lembut. huhu. kalau tak nanti, bimbang qis cepat memberontak. budak2 sekarang ni lain sikit kan. memang budak2 macam tu ke?? kalau tak nak sekolah, senang2 je cakap tak nak. huhu.. ibu rasa ibu dulu takde pon macam tu sayang. ke ayah macam tu. hehehe... ibu memang pantang sangat orang ponteng. rntahla. mungkin ibu dididik macam tu.


apa pun, ibu harap qis akan memahaminya suatu hari nanti. faham pentingnya menimba ilmu. bukan bermaksud kalau kita pandai, kita dapat kerja bagus. sebab rezeki semua di tangan TUHAN... tapi kita ni manusia kene berusaha. sebab kita tak tahu apa akan jadi masa depan.

eh
kenapa aku berbicara begini......

bakal menantu lagi

diam tak diam dah masuk bulan 4 dah kan. haish. adik aku jadi ke nak kawen ni... kalau ikot tarikh dia nikah bulan depan 5 mei. tapi senyap sunyi sepi. takde berita apa. kad jemputan ke. persiapan kawen ke? dia ni nak kawen ke tak. kalau ikot kebiasaan, patutnya sekarang ni dalam fasa (eceh.. fasa tuuu) penghantaran kad jemputan kepada rakan taulan, sahabat handai. tapi nampaknya dia ni nak kawen macam tak beria. orang nak kawen beria -ia. aku pening dibuatnya. pening bila mak tanya camana. camana dan camana. huhu...

susah la dia ni. nak cakap karang terasa. aritu mak dah tanya tapi dia pulak marah mak. katanya mak macam tak percaya kat dia. dia kata tahulah dia cari duit. huhu.. pada aku, kalau tahu kenapa tak hantar duit belanja? dia ingat bapak dia tu kaya ke. dia terlalu nak ikut cara aku. aku memang la takde bagi apa2 sebab duit belanja sume laki aku dah bagi kat mak abah. huhu... camana ni. takkkan dia tak tahu aku ni perempuan. dia lelaki.

mak tanya jugak, kat belah lelaki tak nak buat ke??? dia kata kalau tak nak buat pon takpe. ada ke cakap mcam tu. aku tahu kalau tak dibuat kan mesti sampai mati dia akan mengungkit. silap2 sampai tua tak balik umah. pada aku, ada aku kesah kalau dia balik ke tak. menyusahkan je. tapi mesti mak aku sedih. rindu kan anak teruna dia tu. hati mak kan. jahat mana pon, anak dia jugak.

entahla. aku pon sebenarnya tak tahu nak cerita macam mana. tapi yang penting, cepat la habis semua urusan ni. dah kalau bole adik2 lain nanti, kalau nak kawen, pandai2 la uruskan. carila duit dan kumpul la duit secukupnya. takdela mak pening.

aku??
hanya mampu berdoa. harap lepas kawen, takde la dia bawak masalah lagi. huhu... aku bukan nak cakap dia bawak masalah tapi entah la. dah tak tahu nak cakap apa dengan diorang. kalau nak diikutkan hati, memang tawar sgt hati ni nak pergi kenduri dia. takpela. ni last aku jaga hati dia.