Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Thursday, 2 August 2012

puasa 2012

rentetan blog2 puasa tahun lepas...

aktiviti tahunan bulan puasa
dan
makanan kesukaan bulan pose

tahun ni???
huhu... takde apa yang ku excitedkan.. huhu.. tak baik ke berperasaan begini.... tapi aku memang tak rasa apa2 untuk menyambut raya kali ni... cuma terasa bersyukur sebab dapat lagi berpuasa walaupon aku agak takut untuk menjalani puasa kali ni. takut tak dapat menjalankan ibadah puasa ni dengan sebetul-betul ibadah. huhu... (teruk jugak ke berperasaan begini).. bukan apa... tahun ni settelah menunggu sekian lama, abang tak dapat cuti lagi. huhu. seingat aku, abang cuti cuma tahun pertama kami beraya bersama. lepas tu takde dah. abang janji tahun ni nak cuti tapi atas sebab teknikal, masih tak dapat bercuti... huhu... walaupon abang masih balik beraya (takde la kami duk KL) tapi tak best la. asyik dalam keadaan standby je... telefon kalau takde line je dah risau.. (ye lakan... kat kampung kekadang tu line tak berapa nak ok)... tapi takpelah abang. yang penting anak2 hepi...

bulan2 pose ni, orang lain duk sibuk nak balik awal.. tukar jadual datang n balik keje. aku je yang tak mengejar macam orang lain. takpelah.. pada aku, birlah aku solat asar dulu baru la aku balik.. kalau aku balik awal pon, belum tentu aku sampai awal... tapikan.. aritu ada buat jahat sekali.. huhu.. balik la awal. konon2 nak sampai awal. tengok2 sama gak. dahla tak asar lagi. memang kelam kabut la. dengan bebudak lagi. haish... takpela.. korang nak balik awal, balik la. insyaAllah... Allah sentiasa menolong hambaNYA...

persiapan?
hahahaha... baju raya je beli. cuma, yang abang belikan saya tu kan bang, saya tak pakai kot raya ni. huhu.. cantik sangat la abang. dengan aidil yang lasak tu, saya takut nanti sekali tu je leh pakai. huhu... saya pakai baju lain ye abang.

lepas tu persiapan yang lain, takde pon. kuih raya mana nak cari ni. huhu.. orang lain dah tau nak beli apa dan dah tempah pon. haish. pening la kepala. nak bagi pengasuh qis pon tak tahu. huhu.. adoi. tolong. tolong.. ada idea tak?? (sekarang cuma duk pikir persiapan rumah baru je.. ngeh ngeh ngeh)..

puasa...
2 tahun dah aku puasa penuh.. tahun ni camana ek.. huhu.. dah lupa nak ganti pose macam mana nanti. (oppsss)... setakat hari ni. hari ni, 13 ramadhan masih berpuasa penuh... :)

k lah.. tak reti nak membebel apa... huhu...


Wednesday, 25 July 2012

fitrah pendidikan anak-anak


artikel ini juga di kopi pes dari fitrah pendidikan anak
sayang kamu berdua
biarla rumah bersepah begini asalkan perkembangan otak mereka 'berjalan lancar'....

Anak-anak perlu dibelai dan diasuh mengikut fitrahnya bukan mengikut kehendak ibu bapa. Perkara yang selalu gagal difahami oleh ibu bapa tentang anak-anak ialah wujudnya ‘sensitive period’ sepanjang perkembangan mereka.
Contohnya, semasa anak-anak sudah pandai bertatih, ada satu tempoh kita dapati anak-anak ini suka sangat memanjat tangga (sensitive period for stairs climbing).
Selalunya, kita akan halang anak itu sebab takut terjatuh atau tercedera. Lalu kita pasang semacam pagar di tangga untuk halang anak dari memanjat tangga. Secara tidak sedar kita halang perkembangan fizikal mereka yang sepatutnya dipuaskan secara fitrah. Sedangkan aktiviti (memanjat tangga)tersebut melatih perkembangan psikomotor anak-anak. Juga menanam rasa yakin diri pada anak-anak.
Sepatutnya, biarkan sahaja anak-anak itu meniti tangga. Jangan dihalang, tetapi dipantau dari jauh. Ibu bapa boleh sahaja mengikut dari belakang dan apabila anak-anak berjaya tiba di tangga paling atas, berikan ganjaran atas ‘kejayaannya’ itu.
Persekitaran anak-anak juga sepatutnya lebih child-centered bukan adult centered. Maksudnya, persekitaran rumah perlu membantu ke arah mengasuh fitrah anak-anak ini. Jangan terlalu taksub dengan perhiasan rumah yang mahal dan pelbagai sehingga menghalang perkembangan fizikal dan mental anak-anak.
Pada usia 0-3 tahun, anak-anak perlu dibelai dan disantuni. Mereka terlalu kecil untuk memahami jerkahan atau herdikan daripada ibu bapa (terutamanya ketika menyepah rumah dengan kertas atau mainan). Didik dan sentuh jiwa mereka dengan lembut serta kasih sayang. Kekerasan tidak membawa natijah yang positif pada peringkat ini. Pada peringkat usia 4-6 tahun boleh diperkenalkan konsep disiplin secara lembut.
Contohnya, bungkusan makanan perlu dibuang dalam tong sampah, ampaikan tuala di tempatnya atau susun kasut sebelum masuk ke rumah. Anak-anak juga sudah boleh diajar konsep perkongsian pada peringkat ini. Contohnya, makan dengan kawan-kawan bekalan makanan yang dibawa ke sekolah atau pinjamkan pensel warna kepada kawan yang terlupa membawanya ke sekolah, atau masukkan sebahagian daripada duit belanja dalam tabung Palestin setiap hari.
Berikut disenaraikan tips untuk membantu perkembangan anak-anak secara fitrah:
1. Sensitive period: menyonteng
Selalunya: Kita marah apabila anak-anak menconteng dinding. Lalu kita sorokkan pen atau pensel supaya dia tidak dapat menconteng dinding.
Kesalahan kita: Menghalang perkembangan motor halus (penggunaan jari) dan daya tumpuan anak (fokus mata)
Sepatutnya: Salurkan minat menconteng pada tempat yang betul. Sediakan kertas dan melukislah bersama anak-anak ini. Beri ganjaran pada hasil ‘seninya’ dalam bentuk pujian, ciuman dan gosokan di kepala.(At the age of 18 months my little Itqan and Ijlal had already known the correct way of holding a pencil. Little Ijlal can spend hours doodling on her art book (used exercise book)instead of watching cartoons or playing with toys.)
2. Sensitive period: main pisau
Selalunya: Kita halang anak-anak masuk ke dapur setiap kali hendak masak. Apabila anak-anak menunjukkan minat untuk menggunakan pisau, kita marah kerana bimbang tercedera atau terluka.
Kesalahan kita: Mematikan minatnya terhadap kerja-kerja di dapur. Dia mungkin membesar dalam keadaan membenci atau tidak berminat dengan kerja-kerja di dapur.
Sepatutnya: Sediakan set memotong khas untuknya. Gantikan pisau yang tajam dengan pisau mentega misalnya dan sediakan satu ruang khas untuk dia ‘menjalankan’ kerja-kerja dapurnya. (my little Ijlal loves to ‘help’ everytime I cook. So, she has her own butter knife to cut pieces of potatoes or carrots)
3. Sensitive period: basuh pinggan
Selalunya: Kita larang anak-anak kecil untuk membasuh pinggan sendiri kerana tidak mahu mereka main air atau pinggan tak bersih atau takut pinggan pecah.
Kesalahan kita: Apabila anak-anak menunjukkan minat untuk mula membasuh pinggan, bermakna mereka telah faham sedikit sebanyak konsep kebersihan. Jika kita melarang, bermakna kita menghalang perkembangannya secara fitrah. Mereka mungkin cenderung menjadi ‘rebel’ jika keinginan ini tidak dipenuhi.
Sepatutnya: Tunjukkan cara yang betul untuk membasuh pinggan. Gunakan pinggan atau peralatan plastik jika takut pecah. Andainya tidak puas hati dengan kebersihan pinggan yang dibasuh, basuh semula ketika anak itu tidak nampak. Practice makes perfect. Selepas beberapa kali, pasti anak itu telah mahir. Selepas ini mereka pasti lebih bersemangat untuk membantu ibu di dapur kerana telah punyai satu kemahiran baru!
4. Sensitive period: makan sendiri
Selalunya: Kita tidak gemar membiarkan anak menyuap makanan sendiri kerana takut bersepah atau lambat makan.
Kesalahan kita: Secara tak langsung kita halang perkembangan koordinasi motor kasar dan halusnya (mencedok makanan dengan sudu, menyuap makanan ke mulut). Kita desak anak-anak supaya menghabiskan makanan dengan cepat sedangkan ketika makan itu derianya belajar mengenalpasti rasa dan tekstur makanan dan otaknya merekod maklumat yang dikenalpasti oleh deria itu.
Sepatutnya: Sediakan peralatan makan yang khas untuk anak-anak. Tunggu dengan sabar setiapkali anak-anak makan. Beri ganjaran setiapkali mereka berjaya menggunakan sudu atau garfu dengan betul (pujian, ciuman, tepuk tangan). Jangan dimarahi jika makanan tertumpah kerana mereka masih belum mampu mengawal pergerakan sebaik orang tua. (At the age of 3, little Itqan can eat on her own without my assistance. Little Ijlal still learning)

………more tips to come
Sensitive period bagi setiap anak adalah berbeza-beza. Jangan dilabel anak-anak itu sebagai lambat jika dia belum mencapai tahap sebagai mana anak-anak lain. Bukanlah bermakna anak itu lemah tetapi tempoh ‘sensitive periodnya’ masih belum tiba. Jadi, bersabarlah dengan karenah anak-anak kerana mereka bertindak berdasarkan fitrah bukan logik akal. Semoga berjaya menjadi ibu bapa yang dirahmati Allah atas kesabaran antum mendidik anak-anak amanah daripada-Nya.

berhenti belajar... bermain lah


artikel di bawah di kopi pes dari : berhenti-belajar-bermainlah-www-saifulislam-com

“Saya tak suka dengan cara montessori. Banyak main. Belajarnya tidak!” kata seorang ibu.
Tentu sahaja seorang ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya.
Namun, amat rugi apabila seorang ibu tidak tahu apa yang terbaik untuk anaknya.
Kerana sayang dan mahukan yang terbaik, boleh sahaja seorang ibu ‘merosakkan’ si anak, atas nama kasih sayang seorang ibu.
mainla puas2 sayang
Kita mahukan sistem pendidikan melahirkan manusia yang baik. Kita ada idea yang canggih tentang makna BAIK. Tetapi kita sering terperangkap dan keliru dengan makna MANUSIA. Akhirnya dek kerana BAIK yang canggih dan MANUSIA yang keliru, apa yang lahir daripada pendidikan kita adalah ROBOT BAIK.
Sejak tahun 1980′an, Small Wonder sudah secara halus memberi nasihat kepada ibu bapa agar jangan membesarkan anak-anak menjadi Vicki the Robot!

Di era pendidikan ala-ala ‘lebih banyak lebih tidak cukup’ ini, saya dan isteri sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan anak-anak saya bermain. Kami tidak kisah mereka lambat membaca, kami tidak kisah mereka perlahan mengira, kami juga tidak peduli anak-anak kami pada usia kecil tidak menghafal doa dan surah al-Quran yang panjang-panjang. Kami hanya mahu mereka bermain.
Bukan kerana apa.
Saya dan isteri percaya bermainlah cara yang penting untuk kanak-kanak belajar.
Di Brainy Bunch Islamic Montessori, sedikit sebanyak saya gembira dengan pendekatan yang digunakan untuk mencapai tujuan ini. Si anak diberitahu supaya datang ke sekolah membawa bunga raya (hingga baru saya tahu betapa susahnya hendak mencari bunga raya pada tahun 2012 ini), ada harinya kena ke sekolah dengan membawa apa-apa jenis rumput. Bukannya buku teks seberat 1kg di dalam beg ala-ala pramugari!
Mungkin bagi yang duduk di kampung, membawa rumput dan bunga raya ke sekolah itu mengarut.
Tetapi bagi anak kampung yang membesarkan anak-anak bandar, saya amat menghargai pendekatan belajar seperti ini. Menggunakan seluruh deria anak untuk menimbulkan rasa seronok mereka belajar. Mereka rasa mereka sedang bermain, lalu mereka gembira. Hakikatnya mereka sedang belajar. Dan pelajaran yang mereka belajar dalam permainan itu, tidak mampu diberikan biar pun oleh silibus krim paling krim, yang memisahkan bermain daripada anak-anak.
SUNNAH
Di dalam Sahih Ibn Hibban, Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu menceritakan bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjelirkan lidahnya kepada Al-Husain bin Ali radhiyallahu ‘anhuma supaya anak kecil itu dapat melihat merahnya lidah baginda lalu dia gembira ceria.
Kalau adalah ustaz atau ustazah di sekolah menjelirkan lidah bergurau dengan seorang budak, mungkin ibu robot akan membalas, “Huh, tak tsiqah!”
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
43000 Bandar Seri Putra