Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Thursday, 4 August 2011

ramadhan datang lagi

hmmm... nampaknya ramdhan datang lagi. sekejap je kan masa berlalu. baru je rasa mangidam2 nak makan ani sup utara masa puasa tahun lepas. hehe.. asyik makan sup tu je la. haish. bila budaknya dah keluar, takde la rasa sedap mana pon sup tu. biasa2 je.

tahun ni, dah 4 tahun puasa sebagai isteri. 3 tahun sebagai ibu, 5 tahun la dah jumpa dengan abang. hehe. dan tak tahu berapa tahun dah aku puasa selama aku hidup ni sebab tak tahu bila aku start puasa masa kecik dulu. tapi kalau ikot cakap mak, darjah satu aku dah puasa penuh. kalau macam tu, 29-7 = 22. (dah tua rupanya aku ni. huhu). sungguh mencabar puasa aku dua tahun ni. tahun lepas mencabar sebab mengandung. tahun ni sebab menyusu kan budak. ada orang kata, puasa masa  mengandung lagi mencabar dari masa menyusu kan budak. pada aku, aku terasa sangat la lapar. mmm mungkin orang lain ada alahan kot. aku punya alahan masa tahun lepas cuma mengantuk yang teramat sgt. TUHAN je yang tahu macam mana rasanya. dan orang2 yang pernah kene alahan macam tu. huhu. sampai 9 bulan ngantuk tu tak hilang. hehe. nasib baik kat ofis tak banyak keje. leh la membuta je keje aku.

puasa tahun ni, tak tahu la macam mana. tahun lepas, 2 hari je kot aku masak kat umah. lain2 semua makan kat luar. dan yang paling banyak kedai sup tu la. kaya ani tu kan. tapi setakat 3 hari ni, dah masakla sehari. sebanya sehari balik umah mertua. sehari abang takde, so, beli je la. semalam la sempat masak. arini pon masak lagi. memandangkan dah ada anak kecik ni, agak sukar nak makan kat luar. kalau qis dulu tak kesah je. bila masuk kete je tido. tapi baby is ni, masuk kete tu la mata dia segar. hehe.. excited betul dia. geram pon ada gak. tapi comel. he. hmm dah la pose ni, selera kurang sket. tapi aku akan memaksa diriku untuk makan makan dan makan. persediaan lain?? aku kene minum susu.. waaaaa...

murtabak singapura yang extravaganza lazatnya
so, setiap kali puasa, mesti teringat kat murtabak singapura. tapi, start dari tahun lepas, kitorang tak dapat nak makan sebab mak abah aku dah pindah. dah tak duk jb lagi dah. huhu. sib baik tak mengidam tu kan. kalau tak, jauh nak kene cari ni. kedai murtabak ni dekat deretan kedai yang dekat pantai lido tu. ya Allah sedapnya. (haish.. aku ni. dah la bulan pose nih) nama kedai tu tepian tebrau. tak tahu la sekrang ada lagi ke tak. takut dah pindah tempat baru. sebab masa nak pindah dulu macam ada satu tempat baru disediakan. kitorang siap amek nombor telefon. kalau bulan pose jangan harapla nak dapat kalau tak tepon dulu. pagi2 dah tepon dah. hehe. tu jelah makanan yang paling diingati bila ramadhan menjelma. hmmm satu lagi popia basah. ni hidangan kat seremban. memang sedap la popia dia buat. kalau gie pasar ramadhan memang dekat gerai dia nila paling panjang orang beratur.

popia basah. nak try?? pergila kat stadium paroi tu. hihi
kepada abang ku, tahun ni takde nak buka pose mana2 ke. ngeh. ngeh. ngeh. ulangtahun kiter berjumpa suatu masa dulu. :P

apa lagi nak cakap. dah takde apa kot. semoga puasa aku kali ni lebih bermakna dari tahun2 sebelum ni. amin. walaupon terpaksa mengadap hari yang lama di ofis ni (takde keje nak buat kan). dan semoga aku dapat berpuasa dengan jayanya... huhu.

2 comments:

  1. tengok gamba makanan..........

    saya lapar!

    ReplyDelete
  2. tu la.. masa buat blog ni pon kecur je air liur. dah la pose. ish. ish.

    ReplyDelete

tinggalkan luahan hati di sini