semalam call mak.. lama jugak tak borak ngan mak. nak blik umah mak pon tak sempat je.. mak pon asyik balik kampung n pergi kenduri sana sini. malas la aku nak balik kalau takde orang. banyak jugak mak bercerita pasal adik2 ku.. semua nya agak menyakit kan kepala aku... (
si adi (dah masuk gambar entry sebelum ni)
mak cakap dia tak suka duk KL... huh.. dah duk free umah abah pon tak suka. kalo duk tempat lain, sah-sah kene bayar sewa. dia kata kalo kontrak bini dia dah habis, dia nak suh bini dia cari keje tempat lain.. hellooo... ingat senang ke nak cari keje. huhu...dia ni susah la.. pikir tak panjang. kalau tegur dengar. baran pon ada..
si aizat..
budak ni lagi la. membawa diri.. lama jugak tak balik. tak tahu silap sapa. huhu
si alfian (dah masuk gambar entry sebelum ni)
budak ni duk umah aku.. setakat ni perangai dia ok la cuma selalu kuar dating. aritu dia gi johor jenguk awek dia (awk dia tengah buat master).. pastu sampai tengah malam tak balik2 sms call tak jawab... pastu dengan tenang dia kata dia tertido dalam bas. ceh. hampeh. kita ni punya la risau kot jadi apa2.. pastu bila tengah malam, abang cakap moto dia kene curi lak. kesian pon ada. tapi tak dapat nak tolong apa. patutla kerisauan agak luar biasa hari tu... tu la kuar lagi tak bitau... pastu abah kata sabtu ni nak gie muar. jumpa mak bapak aweks budak ni. huhu... tunggula budak tu habes master dulu baru kawen.
si akmal
| adzmi (kiri) akmal (kanan) |
maria... (susah nak amek gambar dia ni.)
adik aku sorang pompuan ni... tak tahu apa citer spm dia. sekarang tengah keje kat taska.hahaha... anak sedara pon takle urus.. jaga anak orang. apa2 la maria oi. tu yang abah hot je bila tengok akmal tak keje2 lagi... aduhai...
adzmi
baru lepas pmr. tapi dapat 6a je... memang tak power. haish. sadis. ni pon keje nya internet!!...
adam
![]() |
| mak abah aku n adam |
ni lagi sorang.. baru lepas sunat awal cuti sekolah hari tu.. nampak gaya macam nak sama jugak perangai nya macam si adi. sebab dia rapat betul dengan adi nih. haish. harap2 nya tak macam tu la. pastu pantang mak abah tak perasan. lesap je. merayau je keje.
adzmira??
aku ler tu.. mana aku tau nak komen pasal aku. yang aku tahu aku ada husband aku yang best ngan budak dua orang yang comel tuh.. hehehe.
hihi...

