Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Thursday, 17 October 2013

kerjaya

work station
mmm.. semakin hari semakin blurr dengan kerja harian aku.. semakin hari semakin tak pandai dengan kerja.. dah berpa tahun kerja tapi rasa macam asyik kerap tukar... semua ni buatkan aku rasa makin komfius.. memang la sepanjang 7 tahun kerja ni baru dapat berapa kali je surat tukar tu tapi perpindahan dalaman tu belum amek kira lagi... entah la.. setahun sekali ada kot aku transfer.. huhu..

orang kata, pindah tempat kerja  ni bagus.. leh tambahkan pengetahuan.. tapi bagi orang jenis aku ni.. memang tak boleh la  nak belajar dalam masa sesingkat setahun walopon macam2 tempat dah aku keje kan.. so, jawab  nya macam ni la aku

pulak tu, sekarang ni entah apa jenis penilaian pulak kene lepas... nak ada IR la.. doc la.. master la.. masterpisss bole la. huhu.. tapi yang ni sikit je kot markah dia tapi bab2 sumbangan tuh.. (macam aktiviti ko-q masa zaman sekolah2 dulu).. hadoi.. memang tak dapek la aku  nak join.. aku memang jenis macam ni.. susah tau nak tukar-tukar... dah memang tak minat.. so, sekrang ni aku rasa biarla aku kat jawatan aku skrg ni je.. tak naik pangkat pon takpela.. biarlah kawan2 dulu naik pangkat.. lagipun, aku rasa aku tak saanggup nak tanggung tanggungjawab yang lebih besar..

so, aku doakan semoga abangku sayang je la yang dimurahkan rezeki naik pangkat.. aku.. hmmm.. cari rezeki tambahan dengan cara laen la kot.. cara apa tak tau lagi.. mungkin jual goreng pisang tepi jalan ke.. huhu..


my everything
haritu bos ada offer aku jaga projek yang baru nak start..jaga kat site.. interested jugak.. sebab nak jugak belajar.. lepas tu bole la buar ir ke kan.. tapi jauh la pulak.. so, nampaknya aku terpaksa jugak lepas kan.. semuanya kerana anak-anak.. aku pon tak nak stress stress semata-mata nak kejar kerja yang tak menjamin aapa-apa.. huhu

Tuesday, 8 October 2013

down

alhamdulillah... malam tadi budak-budak tido nyenyak. tido sampai pagi.. lega sikit hati.. dua minggu lepas terasa amatla seksa bila dua budak kecik tu demam.. minggu pertama kakak demam.. lepas tu adik..



minggu pertama
badan kakak tiba-tiba panas. tapi dia macam biasa bila demam belah malam aja.. bila siang ok.. cuma suam-suam sikit la...so, dapat la pergi kerja juga walopon aku mengantuk sebab malam dia asyik merengek je... bila pegang kepala pon panas.. kene la basah-basahkan kepala dia dengan air kan. huhu.. tahu pulak dia cari ibu kalo sakit ye. kalo tak tak nak kawan ibu. nak kawan ayah je.. :( pastu adalah juga muntah.. tapi takpe sebab dia dah besar. dah pandai muntah dalam toilet. huhu..

minggu kedua atau minggu lepas
giliran adik pulak demam. ingatkan dia kebal. tak berjangkit dengan kakak tapi jangkaan ibu meleset rupanya. tapi aidil ni kalau demam tak macam kakak... dia kalau demam lembik lain macam. huhu.. muka pon sampai naik merah. kadang-kadang risau jugak ibu. dah la letak tuala  basah xmo. tapi nasib baik basahkan kepala dia tak kesah pulak... minggu lepas 3 kali ibu outstation.. lebih memenatkan tapi nasib baik time yang ibu tak ada kat ofis (outstation), aidil ok pulak. ye lah kan.. dah memang Allah janjikan.. DIA cuma menguji hambaNYA yang mampu aja.. walopon penat.. terpaksalah.. berapa kali tukar cadar. berapa kali basuh muntah.. malam semalam muntah lagi.. risau juga semalam dia demam balik tapi nasib baik ok.. huhu..

minggu ni pulak
aku yang terasa down.. terasa macam takmo keje sesangat. tapi kalau tak keje, sapa nak bayar hutang-hutang aku. huhu.. rasa nak nangis sebab terpaksa meneruskan rutin harian dalam jem ke ofis. entah la. kekadang jeles tengok orang laen. jeles kenapa pon tak tahu. just jeles. ke orang pon jeles tengok aku. hahaha.. ala, aku ni takde apa pon tak payah nak jeles-jeles.. (ayat memujuk diri.. mungkin orang laen pon akan kata mcm ni kan kat aku)... apa aku merepek di pagi selasa ni... entah ler... tak tahu nak cerita apa sebenarnya.. cuma rasa DOWN.....

ya Allah.. sesungguhnya Engkau maha mengetahui.

Thursday, 26 September 2013

menjahit

terasa gedik nak menjahit pulak.. dari awal tahun aritu asyik mem baking je.. tapi baking itu menyeronokkan sebenarnya.. lagi2 kalau ada yang suka dan appreciate...

aritu abang menempah kek dan desert untuk kawannya.. tq abang kerana mempercayai diriku ini.. hope suka walopon ada sikit2 comot sebab belum berapa mahir lagi... masih memerlukan latihan..


tapi
abang kata tunggu yan kawen dulu nanti bole letak mesin jahit tu kat bilik dia duduk sekrang siap dengan kerusi meja sekali.. ok umi.. sabar ok. sabar.. kalau dah nak menjahit nanti tak sudah kerja lain lak.. banyak nak buat ni. kenduri dah dekat ok. aritu pon beli barang hantaran tak cukup. haish.. hope bila sampai kedai nanti tak menambah beli barang laen lak. hahahaha...

ok.. ni je entry kali ni...
cuma nak memberitahu keterujaan nak menjahit lak.. apa-apa je budak umi ni. huhu..

#bosantakdekejeanakdabesarcamnilajadinya