Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Tuesday, 4 February 2014

celaru

hari ni baru masuk kerja lepas cuti yang panjang.. walaupun cuti panjang, tak ke mana pun sebab abang sayang tu kerja kan. so, lepas balik rumah mak, rumah mak mertua, balik rumah sendiri habiskan sisa-sisa cuti..



budak-budak
so, harini macam takde mood nak kerja. malam tadi pengasuh anak minta cuti lagi untuk esok. so, aku macam takde mood sangat nak kerja. mulanya abang kata nak jaga. tapi entah. bukan tak percaya abang. tapi tak percaya dengan kerja dia yang selalu tiba-tiba.. risau.. tengoklah esok camana. harini pon abang dah jaga waktu pagi sebab nak bagi pengasuh berehat pagi ni.. katanya dia demam malam tadi. hope dia cepat baik. yang aku perasan, mak budak2 ni kalau balik kampong, mesti baliknya dia akan demam. huhu.. tapi dia jela tempat harapan nak jaga budak2  ni. orang lain, takut tak tahan dengan perangai diorang ni. mak aku pon tak tahan. huhu.. mak mertua entahla.. dari pemerhatian aku, mungkin ok kot sebab mak  mertua ni jenis yang suka puji2 budak. budak-budak ni kalau kene puji suka la diorang. huhu..

risaukan qis pon ye juga.. hope dia dapat membaca tahun ni. tengok budak darjah satu dah kena buat ayat buatkan aku seram.. aidil pula tak  nak sekolah. macam-macam la perangai budak-budak ni. kakak dulu tergedik-gedik nak sekolah. huhu..

pasrah je la
kerja
dua tiga menjak ni asyik dengar nama aku naik lagi untuk ditukarkan unit. aku rasa dah tak best nak kerja. bulan dua ni baru masuk 8 bulan kerja dengan bos sekrang. aku bukan jenis orang yang pandai nak cakap dekat pengarah aku tak nak dan berikan berpuluh sebab kenapa tak  nak. pening tau. entah la.. aku tak tau la nak cakap camana.. tapi pertukaran memang tak best. nak sesuaikan diri adalah sesuatu yang baru adalah tak mudah bagi aku yang tak banyak cakap ni. mana nak kenal hati budi bos. mana nak amek hati anak buah.. waaaa.. rasa nak nangis. berenti kerja boleh tak???  hope pertukaran yang digembar gembur cumalah khabaar angin.. tapiiii pengarah sendiri dah cakap dengan aku. khabar angin apa lagi... nangis balik

menjahit
setakat ni  belum dapat beli mesin jahit. huhu.. semuanya terpaksa ditangguh.. tapi tetiba beli gelang untuk mak pula. lama dah berhajat. sejak gelang  mak hilang dulu. tapi tu je la mampu beli mak. mak doakan supaya murah rezeki anak mu ini. kalau ada rezeki lebih lagi boleh belikan yang lagi besar.

semoga segalanya berjalan lancar.

owh ye.. mak abah dah selamat balik masa cuti thaipusam haritu. Alhamdulillah semuanya baik-baik aja. cuma Nampak diorang penat. mungkin penat sebab transit. kalau flight terus takde la penat sangat kan. pastu batuk ngan selesema. huhu.. orang kata, balik dari Mekah memang macam tu. dah seminggu ni Nampak dah baik sikit. semoga semuanya baik-baik aja.

Monday, 13 January 2014

terasa penat

seminggu lagi emak dan abah balik dari umrah.. terasa lama pulak masa berlalu.. rasa lambat pulak mak dengan abah balik. huhu.. selama ni kalau mak abah ada tak terasa pulak.. huhu.. so, hujung minggu aritu memaksa diri balik jugak rumah mak, kalau ikut turn, time berehat kat rumah... huhu..



so, tu yang terasa penatnya. kene masak. waaaa... :'(
yang tak best nya bajet untuk banyak orang makan lepas tu rupanya takde yang balik. haish.. so, terbuangla nasi dan lauk yang ada.. ahadnya pulak, masak sikit. taak cukup pulak.. eh.. cukupla.. tapi cukup2 ajala.. (kesimpulannya memang aku tak pandai bajet. hahaha) karang tak masak karang kesian pulakkan.. tapi dorang ni makan time berterabur. sarapan masa tengah hari. pastu dah petang baru nak lunch. haish.. malam x makan. patutla kurus kering budak adam tu.. ke, time mak takde ni masa makan diorang dah jadi  berterabur.. tapi nasib baik jugakla kitorang balik aritu, kalau tak tinggal adam dengan maya je berdua, dahla diorang tu asyik bergaduh je. tak boleh jumpa. asal jumpa gaduh.. asal gaduh jumpa.. huhu..

eh
apa aku merepek ni.. hahahaha.

in shaa Allah jumaat ni mak abah balik. harap selamat semuanya. huhu..

Monday, 6 January 2014

Happy New Year

hari ni dah 6 jan.. macam2 azam tahun baru yang dibaca dalam fesbuk kan.. aku macam biasala takde azam.. hahahaha.. sebenarnya ada.. hari2 ada azam tapi hari2 tak berapa nak tercapai. adoila... sedihnya.. bermula dengan awal muharam aritu, banyak azam yang ditanamkan.. dan aku sedang berusaha untuk mencapainya.. semoga dengan doa kawan2 dan orang tersayang, aku mampu melaksanakan... eceh.. macam ayat skema lak.. huhuhu..

tahun ni jugak, tengok ramai kawan2 yang dah start hantar anak pergi sekolah.. kekadang macam terasa awal jugak aku kawen.. ke kengkawan yang kawen lambat. huhu.. qis tahun ni dah masuk tahun ke3 bersekolah.. so, kami tak berapa nak excited dengan penghantaran anak ke sekolah. hehehe.. tahun depan dah darjah satu.. darjah 1???!!!.. owh cepatnya masa berlalu.. hope qis dapat membaca tahun ni.. risau sangat sebab budak darjah satu sekarang dah kene buat ayat tak kiralah subjek BM atau BI... kesian budak2 zaman sekarang kan?? seingat aku dulu, aku pandai baca bila nak masuk darjah dua.. sebab tu masa darjah satu, dapat nombor corot.. huhu.. lepas tu, alhamdulillah dapat nombor top 5.. hihi..
gambar ni masa hari terakhir dia dalam kelas 5 tahun. besar dah anak ibu ayah ni kan...
ni hari pertama dia dalam kelas 6 tahun.. tengok kawan baru nangis masuk kelas.. dalam hati, nak pujuk camana ni.. hehehe.. gaya rambut baru menampakkan kebulatan dia.. hehehe

budak kecik ni, tak tau la bila nak hantar sekolah.. manja dia lain macam...
 so, hujung minggu haritu, balik seremban.. macam biasa bawakan sesuatu untuk di makan.. kali ni aku bawa kan cheese kek.. satu adunan. tapi aku rasa banyak gila dapat. huhu.. dah mula risau takut tak habis. tapi alhamdulillah.. dapat habiskan.. happy rasa..

hari ni, mak abah pergi umrah. harap mak abah selamat pergi dan selamat pulang.. huhu.. tiba2 je.. diorang ni bukan nak bagitau awal.. kalau tak, takdelah aku arrange meeting esok.. so, rasa kelam kabut sikit harini sebab bila esok nak meeting banyak menda la nak kena uruskan.. hope sempat buat.. budak adam, setakat ni adi yang jaga.. agak kurang percaya di situ, tapi sapa lagi yang boleh diharapkan.. kalau qis belum sekolah, boleh la.. huhu..

apa lagi nak cerita ye.. huhu.. rasa taadi macam banyak yang nak diceritakan..