budak-budak
so, harini macam takde mood nak kerja. malam tadi pengasuh anak minta cuti lagi untuk esok. so, aku macam takde mood sangat nak kerja. mulanya abang kata nak jaga. tapi entah. bukan tak percaya abang. tapi tak percaya dengan kerja dia yang selalu tiba-tiba.. risau.. tengoklah esok camana. harini pon abang dah jaga waktu pagi sebab nak bagi pengasuh berehat pagi ni.. katanya dia demam malam tadi. hope dia cepat baik. yang aku perasan, mak budak2 ni kalau balik kampong, mesti baliknya dia akan demam. huhu.. tapi dia jela tempat harapan nak jaga budak2 ni. orang lain, takut tak tahan dengan perangai diorang ni. mak aku pon tak tahan. huhu.. mak mertua entahla.. dari pemerhatian aku, mungkin ok kot sebab mak mertua ni jenis yang suka puji2 budak. budak-budak ni kalau kene puji suka la diorang. huhu..
risaukan qis pon ye juga.. hope dia dapat membaca tahun ni. tengok budak darjah satu dah kena buat ayat buatkan aku seram.. aidil pula tak nak sekolah. macam-macam la perangai budak-budak ni. kakak dulu tergedik-gedik nak sekolah. huhu..
![]() |
| pasrah je la |
dua tiga menjak ni asyik dengar nama aku naik lagi untuk ditukarkan unit. aku rasa dah tak best nak kerja. bulan dua ni baru masuk 8 bulan kerja dengan bos sekrang. aku bukan jenis orang yang pandai nak cakap dekat pengarah aku tak nak dan berikan berpuluh sebab kenapa tak nak. pening tau. entah la.. aku tak tau la nak cakap camana.. tapi pertukaran memang tak best. nak sesuaikan diri adalah sesuatu yang baru adalah tak mudah bagi aku yang tak banyak cakap ni. mana nak kenal hati budi bos. mana nak amek hati anak buah.. waaaa.. rasa nak nangis. berenti kerja boleh tak??? hope pertukaran yang digembar gembur cumalah khabaar angin.. tapiiii pengarah sendiri dah cakap dengan aku. khabar angin apa lagi... nangis balik
menjahit
setakat ni belum dapat beli mesin jahit. huhu.. semuanya terpaksa ditangguh.. tapi tetiba beli gelang untuk mak pula. lama dah berhajat. sejak gelang mak hilang dulu. tapi tu je la mampu beli mak. mak doakan supaya murah rezeki anak mu ini. kalau ada rezeki lebih lagi boleh belikan yang lagi besar.
semoga segalanya berjalan lancar.
owh ye.. mak abah dah selamat balik masa cuti thaipusam haritu. Alhamdulillah semuanya baik-baik aja. cuma Nampak diorang penat. mungkin penat sebab transit. kalau flight terus takde la penat sangat kan. pastu batuk ngan selesema. huhu.. orang kata, balik dari Mekah memang macam tu. dah seminggu ni Nampak dah baik sikit. semoga semuanya baik-baik aja.



No comments:
Post a Comment
tinggalkan luahan hati di sini