Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Thursday, 20 February 2014

konflik diri

mm.. kenapa tajuk macam tu???

memamng.. memang sedang mengalami konflik dalam diri.. pada aku pada usia 30-an macam ni, sepatutnya semua konflik dalam diri dah berakhir.. dah berkeerja untuk tahun yang ke-8, sepatutnya dah menjadikan aku seorang pekerja yang berdedikasi.. orang kata kalau doctor tu, dah boleh jadi doctor pakar la.. dan yess.. kalau tengok kawan-kawan doctor, ada yang bergelar doctor pakar.. tapi aku?? ..

entahla...
tak tahu  nak salahkan sapa.. kalau aku, memang aku salahkan human resource tempat keje aku la.. sapa lagi aku  nak salahkan kan.. aku tahu sikap aku memang macamni.. so, dari awal.. dari habis belajar, memang aku dah tetapkan aku nak spesifikkan kerja aku.. aku nak jadi engineer struktur.. tu aje.. tak mau buat kerja lain.. betapa susah aku nak meminati kursus aku sepanjang berada dekat u.. bila time kerja, HR suruh aku jadi engineer serba boleh la konon.. pandai management.. pandai design.. pandai itu, pandai ini.. owhhh.. amat tidak boleh masuk dek akal aku ni.. rasa nak nangis. menda macam ni mengambil masa.. mungkin tak bagi orang lain.. tapi yessss bagi aku.. so, sampai sekrang, aku tak suka bekerja.. tak nak bekerja.. tapi kalau tak kerja, aku nakk bayar hutang dengan apa?? kalaula takde hutang, memang aku dah lama berenti dah.. kecewa dengan dasar yang entah apa-apa...

macam ada kawan aku cakap, kene pandai adapt.. yes.. im trying.. tapi susahnyaaaaaaaaa Tuhan aja yang tahu..
my love.. my soul

antara cara untuk aku menggembirakan diri sendiri.. masak.. buat sesuatu yang Nampak hasilnya.. contoh kalau deko kek.. Nampak cantik.. diri terasa puas.. dan kalau orang suka kepuasan berganda.. yes.. im still trying.. menghepikan diri sendiri.. dan tentunya keluarga  merupakan satu-satunya dorongan buat aku...

mungkin ni cara Allah untuk aku dapat menerima keadaan apa sekalipun.. dan aku masih percaya setiap apa yang diberi mesti ada hikmah disebaliknya..

aku redha.. tapi ya Allah.. bantulah hambaMu ini untuk bersabar... sabar dan terus bersabar.

J.I.W.A

gambar ihsan pakcik gugel

sekarang ni, slot AKSI kat tv3 tengah siarkan cerita tajuk JIWA.. bukan nak promote cerita tu.. tapi nak cerita perbandingan yang aku buat.. cerita tu baru 3 kali kot.. 3 kali maksudnya 3 minggu... tapi tak kira la.. nak cerita jugak.. mungkin cerita akan datang ni watak akan berubah.. so, cerita yang aku nak cerita ni berdasarkan cerita yang 3 minggu je la yer.. hehehe (apa ku cakap ni.. macam pening)

nak bagitau macam mana peribadi seorang ibu tu memainkan peranan penting untuk anak-anak.. dan aku berharap, aku dapat jadi macam ibu jiwa tu... lembut je tutur bahasa walaupun suami dia garang.. (suami den tak garang.. kadang2 je garang kalau budak2 buat perangai.. hehehe)... garang bukan jenis garang yang biasa. tapi garang jenis takmo dengar cakap orang la... tapi aku kagum sangat dengan isteri dia tu.. sentiasa lembut.. walaupun anak dia selalu cakap pasal perangai ayah dia yang selalu marah2 tu.. tapi si ibu tu pandai cakap cara lembut.. dan aku tengok peribadi tu ada dalam diri anak dia.. hope anak2 ku jugak begitu.. tapi.. aku kene ubah sikap aku dulu.. ya Allah.. bantulah hambamu ini....

yang sorang lagi.. opss.. si suami tu ada dua bini... (part ni memang tak best.. pasang dua.. askar je pon).. sikap mak dia sedikit pemarah.. suka membebel.. suka melawan balik bila husband dia naik marah.. so, Nampak si anak yang nama iskandar (kenapala dia bagi nama iskandar) tu sedikit tak berfikir panjang oraang nya.. mmm.. suka melawan juga..

memang ni cerita dalam tv.. cuma lakonan.. cuba hayati.. memang ni semua terjadi kat luar sana.. cuma yang tak berapa logic perangai bapak (faizal husin) dia je la.. hehehe.. nama pon cerita...


satu je la aku respek bapak dia dalam cerita ni.. takde pulak pukul bini.. hehehe

Monday, 10 February 2014

perkelahan

air terjun sungai congkak

hujung minggu lepas memang menyeronokkan.. dapat berkelah!!.. rasanya lama sangat dah tak berkelah. sejak dari zaman bujang.. zaman bujang pon pernah ke berkelah?? hahaha.. takde kot.. tapi masa kecik pernah la. abah bawa pergi air terjun sekayu... kadang-kadang kat kampong pergi air terjun gunung ledang..

hari jumaat, tiba2 abang kata kawan dia ajak pergi berkelah kat sungai congkak. aku tak fikir apa terus cakap  nak. pastu kawan dia request cream puff.. mmm.. part ni lemah sikit sebab lama tak buat. pastu terfikir jugak macam rindu nak makan krimpaf jugak. so, setuju aja la. hope menjadi kan. qis pon dah lama minta... dia kata, bila ibu nak buat kuih ayah.. hehe.. sebab ayah dia suka sangat krimpaf ni. so kitorang panggil kuih ayah je. so, Alhamdulillah menjadi..

semuanya 3 family pergi.. kawan2 polis abang la. kalau kawan2 aku tak tau la dapat join ke tak kan. rasanya tak dapat nak join kot. huhuhu.. tapi tak dapat la nak diceritakan kenapa dan bagaimana.. hehe.. satu family  bawak makanan berat+air.. aku bawak krimpaff dan satu lagi bawak sandwich. macam segan nak bawa krimpaf je so aku buat kek sekali. tapi memang expected kek tu tak bermakan jadi boleh bawak balance balik rumah mak. tengok abah pon suka kek tu kan.. cuma balance krimpaf je bagi kat orang yang request sebab family aku tak makan sangat krimpaf tu..

so bertolak dari rumah pukul 730.. jmpa kawan abang kat rumah dia pukul8. sampai kat sungai congkak dalam 9 lebih.

masa dalam perjalanan tu, lalu kawasan kampong.. tiba2 aku touching2 lak. rasa rindu kampong yang amat sangat. lama rasanya tak merasa waktu pagi kat kampong yang memang sangat best.. tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.. pastu sampai je kawasan air terjun.. sejuknya.. best sgt rasa sejuk tu. tu belum sentuh air dah sejuk yang amat.. menyesal tak bawa baju sejuk kan.. tapi mana tau tempat tu sejuk. hehe..

budak2 pulak.. Nampak air terus tak sabar-sabar nak mandi. penat pujuk ayah. hehe.. aku memang tak berhajat nak mandi. pakai pon sopan je kan. tapi kalau nak mandi pon kene sopan jugak.. tapi tula.. rasa macam leceh pulak nak mandi.. risau terselak sana sini.. so, ambil keputusan takpelah.. biar anak-anak mandi dengan ayah dia je la.. sampai terus susun makanan paastu pasang khemah.. pssssttt... kami takde khemah tapi nasib bos abang bawa khemah lebih.. hehe.. lepas siap pasang khemah, ajak budak2 mandi.. dalam 10 lebih macam tu kot.. pastu berenti makan... pastu sambung balik berendam.. dah dekat pukul 12 kot baru diorang berenti mandi.. memang kecut la kaki tangan semua.. dah mandi, semua masuk khemah... zzzzzzzzzzz..

bangun tido, kemas-kemas balik.. dah pukul 3 jugak la time tu.. rancangan awal kul2 balik.. hehe.. on da way keluar tengok ramai nya orang.. kami masuk dalam sangat sampai tak terasa tempat tu ramai pengunjung.. tapi ok la privacy kan kalau mcm tu

k lah.. tak mo cerita panjang... tengok gambar je.
sibuk nak ajak mandi.. sejuk ni sayang oiii

mula-mula takut nak sentuh air.. kan ibu dah cakap.. sejuk


main syampu rambut.. hehehe

berhenti makan

berhenti makan.. adik tak nak makan nasi

suka dapat masuk air!!!

sesi kedua lepas makan.. masuk dlm kolam bawak dr rumah.. ni la semua anak2 kawan abang.. yg palin gkecik, yang dokong.. mengeraskan diri mak dia nak masuk kan dalam air.. comel sgt
da siap mandi... masa untuk tido. hehehe