![]() |
| air terjun sungai congkak |
hujung minggu lepas memang menyeronokkan.. dapat berkelah!!.. rasanya lama sangat dah tak berkelah. sejak dari zaman bujang.. zaman bujang pon pernah ke berkelah?? hahaha.. takde kot.. tapi masa kecik pernah la. abah bawa pergi air terjun sekayu... kadang-kadang kat kampong pergi air terjun gunung ledang..
hari jumaat, tiba2 abang kata kawan dia ajak pergi berkelah kat sungai congkak. aku tak fikir apa terus cakap nak. pastu kawan dia request cream puff.. mmm.. part ni lemah sikit sebab lama tak buat. pastu terfikir jugak macam rindu nak makan krimpaf jugak. so, setuju aja la. hope menjadi kan. qis pon dah lama minta... dia kata, bila ibu nak buat kuih ayah.. hehe.. sebab ayah dia suka sangat krimpaf ni. so kitorang panggil kuih ayah je. so, Alhamdulillah menjadi..
semuanya 3 family pergi.. kawan2 polis abang la. kalau kawan2 aku tak tau la dapat join ke tak kan. rasanya tak dapat nak join kot. huhuhu.. tapi tak dapat la nak diceritakan kenapa dan bagaimana.. hehe.. satu family bawak makanan berat+air.. aku bawak krimpaff dan satu lagi bawak sandwich. macam segan nak bawa krimpaf je so aku buat kek sekali. tapi memang expected kek tu tak bermakan jadi boleh bawak balance balik rumah mak. tengok abah pon suka kek tu kan.. cuma balance krimpaf je bagi kat orang yang request sebab family aku tak makan sangat krimpaf tu..
so bertolak dari rumah pukul 730.. jmpa kawan abang kat rumah dia pukul8. sampai kat sungai congkak dalam 9 lebih.
masa dalam perjalanan tu, lalu kawasan kampong.. tiba2 aku touching2 lak. rasa rindu kampong yang amat sangat. lama rasanya tak merasa waktu pagi kat kampong yang memang sangat best.. tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.. pastu sampai je kawasan air terjun.. sejuknya.. best sgt rasa sejuk tu. tu belum sentuh air dah sejuk yang amat.. menyesal tak bawa baju sejuk kan.. tapi mana tau tempat tu sejuk. hehe..
budak2 pulak.. Nampak air terus tak sabar-sabar nak mandi. penat pujuk ayah. hehe.. aku memang tak berhajat nak mandi. pakai pon sopan je kan. tapi kalau nak mandi pon kene sopan jugak.. tapi tula.. rasa macam leceh pulak nak mandi.. risau terselak sana sini.. so, ambil keputusan takpelah.. biar anak-anak mandi dengan ayah dia je la.. sampai terus susun makanan paastu pasang khemah.. pssssttt... kami takde khemah tapi nasib bos abang bawa khemah lebih.. hehe.. lepas siap pasang khemah, ajak budak2 mandi.. dalam 10 lebih macam tu kot.. pastu berenti makan... pastu sambung balik berendam.. dah dekat pukul 12 kot baru diorang berenti mandi.. memang kecut la kaki tangan semua.. dah mandi, semua masuk khemah... zzzzzzzzzzz..
bangun tido, kemas-kemas balik.. dah pukul 3 jugak la time tu.. rancangan awal kul2 balik.. hehe.. on da way keluar tengok ramai nya orang.. kami masuk dalam sangat sampai tak terasa tempat tu ramai pengunjung.. tapi ok la privacy kan kalau mcm tu
k lah.. tak mo cerita panjang... tengok gambar je.
![]() |
| sibuk nak ajak mandi.. sejuk ni sayang oiii |
![]() |
| mula-mula takut nak sentuh air.. kan ibu dah cakap.. sejuk |
![]() |
| main syampu rambut.. hehehe |
![]() |
| berhenti makan |
![]() |
| berhenti makan.. adik tak nak makan nasi |
![]() |
| suka dapat masuk air!!! |
![]() |
| sesi kedua lepas makan.. masuk dlm kolam bawak dr rumah.. ni la semua anak2 kawan abang.. yg palin gkecik, yang dokong.. mengeraskan diri mak dia nak masuk kan dalam air.. comel sgt |
![]() |
| da siap mandi... masa untuk tido. hehehe |









No comments:
Post a Comment
tinggalkan luahan hati di sini