Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Tuesday, 24 February 2015

persekolahan

alhamdulillah.. dah sekolah selama dua bulan anak dara ibu.. memang senang sangat menguruskan dia sekolah.. dia memang suka sekolah.. dari umur 3 tahun dah mintak nak pergi sekolah.. alhamdulillah.. takde la pening kepala ibu ayah nak pujuk bagai..

pengalaman sebagai ibu yang anak dia dah sekolah?
hmmm.. agak kelam kabut juga la bila anak dah sekolah ni... semua nak kene cepat.. ye la kan.. pukul 9 qis nak kene tido dah... so, memang waktu yang ada cuma sikit tu memang nak kene siapkan macam-macam.. biasa sampai rumah dalam 6.30-6.40.. kalau hujan, biasa sampai lambat sikit.. belum masuk meeting yang habis lambat lagi.. semuanya nak kene dalam jadual.. kalau lambat, susah jugak la... sampai rumah nak kene masak.. kalau boleh, kene suap budak-budak makan sebelum pukul 8 (suap sebab malas nak kemas.. kalau suap sendiri, makanya berselerak la rumah).. lepas tu kene biarkan dapur dulu.. tanya qis apa dia belajar semua.. pastu tido.. hmm.. kalau sampai awal sikit, boleh la qis rehat sikit kan.. kesian dia rushing.. tapi nampak dia berminat nak belajar walopon nampak maata dah layu sebab penat.. semoga semangat qis tu berkekalan

bila budak dah tido (biasanya qis je la tido awal skrg.. iskandar xmo tido.. geram ngan budak sorang tu.. hehehe).. barula bermula kerja mengemas.. kemas dapur yang tinggalkan tadi, dan skrg, bertambah satu lagi kerja sebab kene basuh baju sekolah qis.. basuh dengan tangan sebab ada part yang kene sental.. kat siku, kat bahagian punggung dengan kocek.. setakat ni memang basuh baju hari2 sebab pakai sampai petang kan.. takmola budak kecik tu busuk.. maklum la budak kecik mana pakai perfume. hehe. dah siap semua baru ibu mandi.. tu pon kalau rajin dan larat.. hehe..

mula-mula ayah yang hantar budak2 ke sekolah.. tapi macam kesian pulak sebab qis takmo naik moto.. hash budak kecik tu.. alasan dia sebab takmo tudung tu rosak.. uhu.. kecik-kecik dah pandai melawa.. sabar ajala.. so ibu yang tak pandai bawa moto la yang kene hantar.. mula-mula macam terpaksa tapi bila dah lama-lama  seronok pula tengok dia berjalan masuk ke pintu pagar sekolah tu.. :)

ok..nanti sambung lagi cerita
balik sekolah
pergi sekolah

Tuesday, 13 January 2015

permulaan darjah satu

12/1/2015

bermulalah sesi persekolahan qis. sesi persekolahan lambat seminggu.. sebab banjir teruk yang jadi kat pantai timur.. harap merreka tabah menghadapi ujuan Allah ini.. sebenarnya sesi skola yang lambat menganggu juga perancangan kami.. dan nak menjawab soalan qis yang asyik Tanya bila nak skola tu pening juga.. tapi takkan la nak merungut kan.. kena la adil dengan orang yang dilanda musibah.. ni masa diorang.. masa kita nanti, entah macam mana kan..






 mula ingat nak cuti dua hari.. tapi terlupa.. bos pulak setting meeting hari kedua tuh.. adoila.. nasib baik qis ok.. hari pertama je takde masalah.. kami hantar.. lepas tu, hantar dia kat perhimpunan.. tengok dia msuk kelas.... lepas tu tnaya cikgu masa rehat.. pastu kami kuar bekfes.. hehe.. iskandar pon dah start mergam (kalini pon terpaksa bawa dia)

masa rehat tiba
tnggu kelas qis tak keluar-keluar.. sementara tunggu tu, sempat jalan-jalan keliling sekolah.. biasala iskandar tu dah start enjin dia.. bawak la jalan-jalan.. wowww, ada mini zoo.. hehe.. adoila cikgu ni pon.. excited beno nak mengajar.. masa rehat dah nak abes...dah Nampak je kelibat qis, aku terus suruh dia beratur beli makanan (malam sblm sekolah tu dah ajar sikit2pasal macam mana nak belanja).. so aku tengok dari jauh. dia beli air sirap dengan mee goring.. hehe. lulus.. Alhamdulillah.. makan tak habis loceng dah bunyi macam yang aku expect.. tercekik-cekik budak tu makan.. kesian.. cikgu pulak panggil budak kelas beratur.. tapi tak kira  berapa terus jalan.. dah la budak2 yang ketinggalan keretapi tercari2 mana semua orang pergi.. rupanya kene berhimpun.. aku seedy. tapi qis happy je.. haha.. dah masuk kelas, kami tinggal qis lagi.. balik rumah jap.. mandi2 kan iskandar, pastu ayah yang amek dia balik.. makan-makan (semua makan banyak tengah hari tu.. kelaparan semua orang.. hehehe.. ) siap-siap, pergi sekola agama pulak..

petang tu, ibu yang amek sekola agama sebab ayah keje.. tapi masuk kereta je dah lelap.. kesiannya... harap qis sentiasa suka sekola..

kalau la ibu tak keje....

Monday, 5 January 2015

orientasi qistina

tahun ni qistina dah masuk darjah satu.. so 31disember, adalah hari orientasi untuk qis.. qis asyik Tanya je bila nak sekolah.. tak sabar-sabar betul dia nak sekolah.. excited sangat.. tapi hakikatnya ibu ayah agak risau.. boleh ke qis survive nanti sebab sekolah rendah tak sama macam masa tadika.. masa tadika, semuanya cikgu handle.. makan minum dll.. huhu...





 ingat masa hari orientasi nanti boleh la tinggal iskandar rumah mak dia.. so kami bertiga je ke sekolah.. taaaaapi, mak diorang kata nak hantar kakak shafiqah juga orientasi tingkatan 1..huhu.. sangat hampa. sebab dah tau dah mesti dia buat perangai nanti (anggapan kami sebab kebiasaan nya memang mcm tu) tapi redha jela..

so pendaftaran pagi macam biasa.. ramai jg ibu bapa datang.. ramai jg yang bawa anak-anak lain selain yang didaftarkan.. so takdelah kami rasa lain macam.. lepas daftar, kami masuk dewan.. lepas tu cikgu panggil qistina beratur dekat luar. sebab nak hantar dia masuk kelas ke apa ntah.. memang tak dengar sangat pon sebab memang bising dgn budak-budak kecik. so dah hantar qis keluar, msuk dewan balik. masa ni iskandar dah start merengek-rengek... (ibu dah mula rimas).. lepas tu bagi je la apa makanan yang ada dalam beg.. huhu..senyap sekejap.. tengah -tengah aku konon-konon nak konsentrate apa cikgu cakap tu.. tiba-tiba air milo basah kat muka aku. ya Allah!!!!.. habis tudung.. rasa nak ngangis pon ada.. dengan tak sengaja terus cubit budak iskandar, terus dia meraung mcm kene dera.. kalau ayah takde.. dia tak nangis macam tu kot.. sebab kat rumah, kalau ayah takde, kene cubit lagi kuat dari tu pon dia boleh lawan mata balik dengan ibu... terus tak dapat nak konsentret langsung kat taklimat cikgu.. dengan bau milo.. dengan panas dalam dewan terus buat kepala pening..

ayah tengok ibu dah naik singa terus bawak iskandar keluar.. hahahaha

dah habis taklimat, tengok qis kat kelas jap.. amek buku teks.. kitorang pon balik.

the end..