ingat kan tak nak berblog lagi untuk bulan september ni. tapi aku tak tahan sebab arini aku stress. aku benci. benci. benci. eee tak baik kan benci orang, kerja or anything la. orang kata, lagi kiter benci orang, lagi orang benci kat kiter mana kita tahu kan. kat benda pulak, lagi kiter benci, lagi dekat dia datang. betul ke??? ada sesapa penah dengar pasal ni.
entah apa anginnya orang tua tu. tak pernah2 dia panggil staf dia, arini dia sibuk mintak itu ini. (tapi nasib aku tak kene. aku pon tak tahu kenapa aku tak kene. aku ni memang halimunan ke kat ofis ni?? lantak la.). walau pon tak kene, aku terkena tempias cuak itu. aku tak suka perasaan macam ni. kalau aku memang ada kerja yang aku nak buat, aku rasa mungkin aku tak secuak ni. kalau la dia panggil aku??? owh. tak dapat ku bayangkan bagaimana keadaan ku masa tu. perasaan tertekan macam ni buatkan aku rasa nak menjerit. menjerit sekuatnya. biar semua orang tahu yang aku tak suka!!!
dah la. malas dah nak membebel. membebel sikit je. membebel banyak pon takde kesudahannya jugak. aku tetap macam ni. mintak maaf la sesiapa yang membaca. aku memang begini. huhu
Pages
Wanita…
Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan
Thursday, 29 September 2011
Tuesday, 27 September 2011
kepala paip
aku masih tak puas hati dengan pemasangan kepala paip di rumah kami yang baru siap tu. patutkah aku membiarkan aja. atau macam mana ek?? memang la mende tu kecik tapi dia telah mencacatkan pemandangan mataku.. kalau tak ingat camana develper pasang pipe tu, leh la tengok link ni.
kepala paip yang tenggelam
bukan ke sepatutnya kepala paip tu dipasang sebegini. dia mesti ada leher dan ada cover sedikit (macam gambar di bawah- sorilah gambar kureng sikit. malas la nak touch up selepas dicuri gambar ini dari mana entah). baru tombol paip tu dipasang kan??

| takde la aku nak paip aku ni kaler emas. huhu.. ni just nak tunjuk je |
waaaaaaaa... tolong. tolong.
sekarang, kami sedang nak mencari paip ni. malas nak mencari. tapi kene mencari jugak. kalau suh kontraktor yang cari. memang dia balun sampai beratus la jawabnya. mcm la dia susah sgt nak cari mende tu. padahal dia dah ada stok kot. contohnya lampu kitorang. ada ke patut diorang code sampai beratus ringgit. tengok n cari kat kedai sendiri. takdelah sampai beratus. sabar ajala.
nak pecah kan bata kat dapor pon satu hal. mahal jugak... tanya orang yang sama pecah didnding ni pasal plaster siling dia mintak 6k. ada ke patut. con lain 3k++... apa dia nampak laki aku tu muka cap duit ke??
tu jelah luahan untuk kali ni berkenaan progress rumah.
sudah sihat
sebenarnya kereta ku yang sedang sakit tempoh hari telah pon sihat. minggu selepas kene eksiden aritu aku bercuti. agaknya kereta ku itu merajuk sebab abang cakap nak bawak kereta dia bila bercuti nanti. hehe.. lepas balik dari cuti pon aku bawak kereta abang jugak. rasa takot masih ada. waaa...
thanks to my abang kerana telah bersusah payah memulihkan kereta ku itu. huhu. kalau abang takde, sapa saya nak mintak tolong ni. mmmm... kawan2 je la akan menjadi mangsa ku. hehe. tapi tayarnya masih tidak berpakaian. di manakah harusku mencarikan pakaian mu wahai tayar. abang... tolong... (abang lagi.. huhu)
pagi tadi kengerian eksiden terimbau kembali. tiba-tiba bas yang telah memenyetkan kereta ku berada di situ lagi. di tempat yang sama. memang tak syak lagi sebab aku tahu. bas star shuttle itu. kusangka kan bas lain. tapi bila tengok plet nombor dia. sama!!!! bjg 2270. biarlah. nak bitau jugak dalam ni. geram nih. memang laju sgt dia bawak. ciluk sana n sini. sekejap dia ke depan dan hilang dari pandangan mata ku ini.
disebab kan eksiden itu, aku telah menjadi seorang yang penakot untuk menukar lane. menjadi takot bila ada je objek besar di tepi ku. kurasakan seperti gorgon sedang menyerang gaban. seperti raksasan sedang bertarung dengan ultraman. huhu... (banyak pulak pengaruh tv di dalam ini)..
sampai bilakah fobia ku ini akan berakhir????

Subscribe to:
Posts (Atom)