Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Tuesday, 27 September 2011

kepala paip

aku masih tak puas hati dengan pemasangan kepala paip di rumah kami yang baru siap tu. patutkah aku membiarkan aja. atau macam mana ek?? memang la mende tu kecik tapi dia telah mencacatkan pemandangan mataku.. kalau tak ingat camana develper pasang pipe tu, leh la tengok link ni.

kepala paip yang tenggelam

bukan ke sepatutnya kepala paip tu dipasang sebegini. dia mesti ada leher dan ada cover sedikit (macam gambar di bawah- sorilah gambar kureng sikit. malas la nak touch up selepas dicuri gambar ini dari mana entah). baru tombol paip tu dipasang kan??

   
takde la aku nak paip aku ni kaler emas. huhu.. ni just nak tunjuk je
waaaaaaaa... tolong. tolong.

sekarang, kami sedang nak mencari paip ni. malas nak mencari. tapi kene mencari jugak. kalau suh kontraktor yang cari. memang dia balun sampai beratus la jawabnya. mcm la dia susah sgt nak cari mende tu. padahal dia dah ada stok kot. contohnya lampu kitorang. ada ke patut diorang code sampai beratus ringgit. tengok n cari kat kedai sendiri. takdelah sampai beratus. sabar ajala.

nak pecah kan bata kat dapor pon satu hal. mahal jugak... tanya orang yang sama pecah didnding ni pasal plaster siling dia mintak 6k. ada ke patut. con lain 3k++... apa dia nampak laki aku tu muka cap duit ke??

tu jelah luahan untuk kali ni berkenaan progress rumah.

No comments:

Post a Comment

tinggalkan luahan hati di sini