Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Wednesday, 30 November 2011

baru ku tahu

hati ku memang terlalu gembira dengan kehadiran pink ku

tapi
dalam masa yang sama aku merasa agak gementar untuk ke tepat baru. huhu.. entah macam mana la keadaanya kan. entah2 lagi teruk dari kat tempat sekarang ni. tapi aku dah fikir habis2 untuk menerima apa sahaja yang berlaku selepas ini. huhu

setelah difikirkan kembali, baru ku tahu Allah itu telah memberikan yang terbaik untuk aku. kini baru ku tahu kenapa aku tak ditukarkan masa aku naik pangkat januari lepas. rupanya memang terlalu banyak sebab dan musababnya. tapi ye lah kan. memang Allah buat kerja dia dalam diam dan bila dah terjadi, barulah kita tahu kenapa. semuanya ada hikmah yang tersurat dan tersirat.

1
aku dapat tempat kerja yang lebih dekat dengan rumah. kalau aku dapat tempat lain masa bulan satu haritu (sepertimana yang telah kuceritakan dalam blog ku yang lepas... yang menyatakan betapa gembiranya hatiku... tapi bila dapat berita yang sebenarnya, semuanya hampeh dan menyebabkan aku menanges berhari2 lamanya)... mungkin aku akan merasakan kepenatan yang 'dahsyat'. maklumlah berita itu menyebabkan aku ditempatkan ditempat yang menyukarkan aku membawa kereta ke tempat kerja dengan alahan yang agak teruk daripada qistina haritu. (masa tu mengandung. hihi)

2
tak dapat la aku melihat2 keadaan rumah baru dengan lebih kerap dan memantau kerja2 kontraktor

3
tak dapat nak menguruskan persekolahan qistina.. alhamdulillah.. semuanya berjalan baik sekrang

4
mungkin bekalan susu untuk baby agak berkurang kerana didapati di sini agak sukar untuk mengepam susu.

sesungguhnya aku berterima kasih kepada MU ya Allah kerana memberikan yang terbaik untuk aku. dan terima kasih kepada abangku yang juga sentiasa sudi mendengar semua rintihan walaupon ianya adalah perkara yang sama diungkit setiap hari. maafkan aku ya Allah kerana selalu merungut walaupon aku tahu semuanya kejadian ada hikmahnya.

terima kasih Allah... terima kasih

Tuesday, 29 November 2011

sudah cat dan grill

huhu..
nampaknya pasni takleh la nak menjenguk rumah ni selalu. nampaknya abang je la yang tengok sampai la rumah ni siap... maklum la dah gie tempat keje baru. hahaha... dah cat. dah pasang grilll...

kat bawah ni ada gambar tapi agak blur.. tapi nak letak jugak. hahaha.. gambar kenangan nih.

master room

bilik qis. pink... tapi gambar ni gegar la pulak. haish

ruang tamu

bilik 2nd

gambar dapur??? dapur tengah bersepah.. takde mood nak amek. hehehe

tak sabar nak duk sini

Wednesday, 23 November 2011

mr pink

owh... aku amat hepi hari ni.. mood ku begitu baik hari ni.. tak dapa tdi gambarkan setelah mendapat ..... (gambar di bawah)

mmuah... mmmuah.. sambil mencium surat ini... owh. sayang kamu

apa pon, aku tetap takot nak ke sana. berdebar2. camana la keadaan baru yek. camana kawan baru. bos baru. anak buah baru. semoga semuany a berjalan lancar...

ops... lupa nak cakap.. ke sana 1 dis ni.. no tangguh2 ok. i lama tunggu.

(aku yang hepi)